Protokol Near ialah platform bagi para pembangun untuk melancarkan aplikasi desentralisasi (dApps) dan kontrak pintar – hampir sama dengan perisian Amazon Web Services, namun dalam versi desentralisasi. Laman web Near menjanjikan pengalaman atas talian yang “lebih telus dan lebih kukuh.” Bagi Near, pengalaman ini dibentuk dan dikawal oleh pencipta dan pengguna mereka.
Sesiapa sahaja yang membantu untuk membangunkan atau mengekalkan rangkaian ini melalui pemprosesan transaksi, keselamatan dan pembangunan kontrak pintar akan diberi ganjaran dengan matawang kripto natif protokol ini iaitu NEAR.
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan NEAR., namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima NEAR.
Bagaimana protokol NEAR berbeza dengan pesaing-pesaing lain seperti Ethereum?
Sharding
Sharding digunakan oleh rantaian blok untuk meningkatkan prestasi dan jumlah transaksi yang boleh diproses. Perkara ini dilakukan dengan memecahkan rantaian blok kepada set-set yang lebih kecil dan mudah diuruskan – dipanggil shard. Nod-nod komputer akan memproses setiap data dalam shard-shard individu untuk mengesahkan transaksi dalam rangkaian, berbanding membiarkan setiap nod memproses setiap transaksi dalam keseluruhan rangkaian tersebut. Kaedah ini membolehkan pemprosesan selari boleh dilakukan dan sekaligus dapat meningkatkan kapasiti transaksi rangkaian.
Near menggunakan kaedah sharding spesifik dipanggil Nightshade untuk menjadikan rangkaiannya lebih pantas dan selamat. Nightshade memecahkan rangkaian Near menjadi beberapa shard, dengan setiap shard mempunyai kumpulan pengesahnya sendiri. Untuk setiap shard berkomunikasi dengan satu sama lain, Near menggunakan satu sistem dipanggil “fisherman” untuk membuat semakan semula setiap transaksi, dan memastikan semuanya berjalan lancar. Melalui kaedah ini, Near boleh menguruskan sejumlah transaksi dengan pantas, tanpa perlu mengorbankan keselamatan atau keadilan keseluruhan rangkaian.
Thresholded Proof-of-Stake
Mekanisme konsensus Thresholded Proof-of-Stake (TPoS) Near membolehkan para pengesah untuk menyertai rangkaian ini berdasarkan jumlah matawang kripto yang dipegang. Pengesah perlu menjadikan sejumlah NEAR menjadi Stake, untuk memastikan komitmen mereka terhadap keselamatan dan integriti rangkaian.
Pendekatan ini meluaskan penyertaan untuk menjadi pengesah, namun pada masa yang sama, terus mengekalkan standard keselamatan rangkaian kerana pengesah yang mempunyai Stake lebih besar mempunyai pengaruh lebih besar terhadap keputusan yang dibuat oleh konsensus.
Aurora Virtual Machine
Near menggunakan Ethereum Virtual Machine (EVM) versinya sendiri, iaitu Aurora. EVM ialah satu set pekakas yang digunakan oleh para pembangun untuk membina dan melaksanakan kontrak pintar pada rantaian blok Ethereum. Integrasi ini membolehkan pembangun untuk memindahkan aplikasi desentralisasi (dApps) berasaskan Ethereum terus ke rangkaian Near.
Apakah matawang Protokol Near?
Matawang natif bagi Protokol Near ialah NEAR. Matawang kripto ini merupakan asas kepada sistem pentadbiran, keselamatan dan ekonomi. NEAR memberi ganjaran terhadap penyertaan aktif, memastikan keselamatan rangkaian dan membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan memberi sumbangan yang lebih besar terhadap ekosistem NEAR.
Tip
Ingin meneroka Near? Ketahui mengenai asas-asas NEAR dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual NEAR? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.