Terdapat beberapa sebab mengapa sesetengah pelanggan menghadapi masalah untuk menghantar matawang kripto. Jika anda mengalami masalah untuk menghantar kripto, sila teruskan pembacaan untuk mengenalpasti kemungkinan punca perkara tersebut terjadi serta cadangan solusi.
Tip
Pastikan anda telah menghidupkan fungsi hantar kripto pada akaun anda. Fungsi ini dimatikan secara lalai (default). Atas sebab keselamatan, selepas anda menghidupkan fungsi hantar, fungsi ini hanya akan dihidupkan dalam tempoh 24 jam sebelum anda boleh mula menghantar kripto.
Menghantar dan menerima tidak disokong untuk sesetengah syiling
Luno melaksanakan proses yang teliti dalam menetapkan sama ada Luno menyokong fungsi hantar/terima koin pada platform kami, dengan fokus terhadap keselamatan dan pengalaman pelanggan.
Kami masih belum mengaktifkan fungsi hantar/terima bagi koin-koin tertentu pada platform kami kerana kami tidak mempunyai keyakinan penuh bahawa ia akan mematuhi piawai pencegahan penipuan kewangan kami. Untuk membanteras jenayah penipuan kewangan, kami menggunakan perkhidmatan rantaian blok yang membantu kami menanda transaksi yang mencurigakan, tetapi kebolehan perkhidmatan ini mungkin tidak menyeluruh terhadap sesetengah koin (tidak sering berlaku, biasanya bagi koin-koin yang baru sahaja dilancarkan dan belum dibangunkan secukupnya)
Anda tidak boleh menghantar atau menerima DOT.
Kami berharap akan memperkenalkan fungsi hantar/terima kepada semua koin satu hari nanti.
Alamat tidak sah
Apabila anda menaip alamat dompet secara manual atau menampal alamat terima yang tidak sepadan, mesej ralat Alamat Tidak Sah akan dipaparkan. Alamat dompet kripto spesifik tidak boleh menerima jenis kripto yang lain – Dompet BTC hanya boleh menerima Bitcoin, Dompet ETH hanya boleh menerima Ethereum dan lain-lain. Sentiasa semak semula alamat dompet yang digunakan. Sebagai contoh, anda tidak boleh menghantar kripto dari dompet ETH ke dompet terima BTC.
Tip
Lakukan amalan menyalin dan menampal, atau imbas kod QR apabila anda perlu mengendalikan alamat dompet. Jika anda bercadang untuk menghantar kripto dengan jumlah yang besar, kami menggalakkan anda untuk menghantar kripto dalam jumlah kecil terlebih dahulu untuk mengesahkan sama ada penghantaran tersebut berjaya atau gagal.
Dana tidak mencukupi
Semua penghantaran kripto akan dikenakan caj rangkaian dinamik – sama ada meningkat atau menurun berdasarkan permintaan pada rantaian blok. Caj sentiasa akan dipaparkan pada skrin sebelum anda bersetuju meneruskan transaksi.
Jika terdapat banyak aktiviti yang berlaku pada rantaian blok, caj rangkaian akan meningkat dan anda mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai caj transaksi.
Tip
Apabila anda menghantar kripto, pastikan dana pada dompet kripto anda boleh membiayai amaun yang ingin dihantar dan juga caj penghantaran. Jika amaun kedua-duanya tidak mencukupi, skrin pengesahan akan memaparkan nilai negatif dan transaksi tidak akan berjaya. Ketahui lagi mengenai caj penghantaran tinggi dan kaedah untuk mengurangkannya.
Alamat dompet tidak sesuai dengan EIP55
Alamat EIP55 menggunakan campuran huruf-huruf besar dan kecil untuk memberikan hasil tambah semak kriptografi (checksum). Kaedah ini membantu untuk mengenalpasti sebarang ralat dan juga untuk meningkatkan keselamatan. Hasil tambah semak kriptografi adalah fungsi pengenalpastian ralat untuk memastikan tiada data yang diubah. Ia juga digunakan untuk mengesahkan integriti dan keselamatan data yang digunakan.
Atas sebab keselamatan, Luno hanya menerima alamat-alamat hasil tambah semak kriptografi. Anda mungkin akan menerima mesej ralat jika anda membuat cubaan untuk menghantar kripto ke alamat bukan EIP55 (bukan alamat hasil tambah semak kriptografi). Sebelum menghantar kripto, semak sama ada alamat yang digunakan mempunyai huruf-huruf besar dan kecil.
Tip
Semak artikel ini untuk lebih maklumat dan arahan mengenai penukaran alamat Ethereum kepada alamat EIP55: Bagaimana untuk menambah dompet Ethereum/ERC-20?
Akaun dikunci/dihalang
-
Akaun anda mungkin dikunci atas tujuan keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika akaun anda dikunci atas permintaan anda, anda sepatutnya telah menerima emel daripada kami dengan tajuk “Atas permintaan anda, kami telah mengunci akaun anda.” Emel ini akan memaparkan tarikh dan masa akaun anda akan dinyahkunci. Anda boleh mengembalikan akaun anda dengan mengikuti langkah-langkah mudah.
-
Luno mempunyai tahap-tahap pengesahan yang berbeza di setiap negara yang berlainan. Terdapat kemungkinan akaun anda dikunci disebabkan anda telah mencapai had deposit atau pengeluaran. Anda boleh melakukan nyahkunci kendiri dengan pergi ke Profil > Tetapan > Pengesahan dan ikut arahan yang dipaparkan.
-
Dalam kes-kes terpencil, Luno mungkin akan meletakkan halangan sementara pada fungsi hantar kripto pelanggan jika kami mempunyai sebab-sebab yang menunjukkan anda berada dalam risiko. Pasukan sokongan kami akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Had hantar
Had hantar bulanan, mingguan atau harian dikenakan sebagai sebahagian daripada pendekatan pencegahan jenayah kewangan untuk memerangi risiko-risiko penipuan. Walaupun terdapat had yang ditetapkan di setiap negara, had penghantaran ini bersifat dinamik dan disesuaikan dengan anda. Had-had ini hanya terhad kepada penghantaran kripto sahaja.
Tip
Semak kelebaran had di negara anda dan ketahui lagi mengapa had penghantaran anda dihadkan.