Saya terkunci akaun saya

Jika anda tidak dapat mengakses akaun Luno anda, terdapat beberapa cara untuk memulihkannya. Berikut panduan yang kami sediakan untuk membantu anda mendapatkan semula akses bergantung pada situasi.

Saya tidak dapat mengakses aplikasi pengesahan dua faktor (2FA) saya

Jika anda tidak dapat mengakses aplikasi pengesahan dua faktor dan tidak boleh log masuk ke akaun Luno anda, anda boleh pulihkan akaun anda melalui beberapa langkah mudah:

  1. Pada skrin Masukkan kod 2FA anda, pilih Ada masalah?

  2. Pilih Saya tidak dapat mengakses aplikasi pengesahan saya daripada pilihan yang tersedia

  3. Pada skrin Pemulihan Akaun, pilih Seterusnya

  4. Sahkan kata laluan Luno anda pada skrin seterusnya, kemudian pilih Seterusnya

  5. Sahkan alamat e-mel anda, kemudian pilih Seterusnya

  6. Kami akan menghantar e-mel dengan kod pengesahan 6 digit. Masukkan kod tersebut pada skrin Semak e-mel anda

  7. Masukkan nombor pengenalan diri anda pada skrin seterusnya, dan pilih Seterusnya

  8. Sahkan nombor telefon mudah alih sedia ada anda, kemudian pilih Seterusnya

    Nota

    Pastikan anda memasukkan nombor telefon anda beserta kod negara.

  9. Kami akan menghantar SMS yang mengandungi satu lagi kod 6 digit kepada anda. Masukkan kod tersebut pada skrin Semak SMS anda, kemudian pilih Seterusnya

Anda akan diberitahu tentang permintaan anda untuk menyahaktifkan fungsi 2FA pada akaun anda. Apabila selesai, anda juga akan diberikan pemberitahuan. Anda boleh mengaktifkan fungsi 2FA semula daripada awal.

Tip

Terlupa cara untuk menetapkan 2FA? Jangan risau. Ketahui cara untuk mengaktifkan pengesahan dua faktor.

Saya tidak mempunyai akses kepada peranti dipercayai saya

PIN sekali guna (OTP) akan dihantar melalui pemberitahuan segera ke peranti dipercayai anda apabila anda log masuk ke akaun Luno. Anda boleh nyahpaut peranti dipercayai yang lama walaupun ia tidak lagi digunakan.

Nota

Pastikan anda masih boleh menerima SMS dengan nombor telefon asal anda untuk melengkapkan langkah ini.

Cara untuk nyahpaut peranti dipercayai anda:

  1. Pastikan anda log masuk menggunakan aplikasi Luno pada peranti baharu yang dipercayai

  2. Pada bahagian Profil, pilih Keselamatan

  3. Pergi ke Peranti

  4. Pilih peranti dipercayai yang ingin dinyahpaut dan tekan KELUARKAN

Peranti dipercayai yang lama kini telah dinyahpaut, dan OTP untuk log masuk seterusnya akan dihantar melalui e-mel.

Tip

Jika anda tidak dapat nyahpaut peranti dipercayai anda, pilih hubungi sokongan untuk berhubung dengan kami.

Saya tidak dapat mengakses alamat e-mel atau nombor telefon saya

Anda boleh mengemas kini maklumat anda dengan mudah pada bahagian tetapan profil.

Di sini anda boleh:

  • Menambah alamat e-mel baharu yang boleh digunakan untuk log masuk ke Luno, atau

  • Menukar nombor telefon yang dipautkan pada profil anda.

Anda juga boleh menukar nombor telefon walaupun anda tidak lagi mempunyai akses kepada nombor lama. Untuk melengkapkan langkah ini, anda perlu tahu maklumat log masuk dan anda masih ingat nombor lama yang digunakan dalam profil Luno anda.

Tip

Ketahui cara untuk mengemas kini alamat e-mel dan nombor telefon anda.

Jika anda tidak mempunyai akses kepada kedua-dua alamat e-mel dan nombor telefon lama anda, atau menghadapi sebarang masalah untuk mengemas kini maklumat ini, pilih Tukar alamat e-mel saya atau Tukar nombor telefon saya di bawah.

 

Tukar alamat e-mel saya

 

Tukar nombor telefon saya

Peranti saya hilang/dicuri, apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda kehilangan telefon atau telefon anda telah dicuri, kami tidak mengesyorkan anda untuk menutup akaun atau mencuba membuka akaun baharu. Membuka akaun baharu boleh menyebabkan wujudnya akaun pendua yang tidak disahkan, sekali gus menyukarkan proses pemulihan akaun.

Hubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan

Jika anda masih belum dapat menyelesaikan masalah ini, hubungi kami supaya kami dapat membantu melindungi akaun dan mendapatkan semula akses kepada akaun Luno anda.

Bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan terbaik, sila berikan maklumat lengkap dalam permintaan anda. Berikut beberapa tip untuk penyelesaian yang lebih cepat.

 

Hubungi sokongan

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda