Arbitrum ialah solusi perskalaan Layer-2 yang dicipta untuk meningkatkan skalabiliti dan kecekapan Ethereum. Ia memproses transaksi di luar rantaian dan mengurangkan beban data dan pengkomputeran pada rangkaian Ethereum. Kaedah ini mengurangkan kos transaksi, meningkatkan jumlah transaksi yang boleh diproses dan menjadikan Arbitrum lebih berguna untuk aplikasi desentralisasi (dApps) dan kewangan desentralisasi (DeFi).
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan ARB, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima ARB.
Bagaimana Arbitrum berfungsi?
Teknologi Rollup
Arbitrum menggunakan Optimistic Rollups, iaitu kaedah yang menganggap semua transaksi adalah sah kecuali jika ia disyaki sebaliknya. Kaedah ini membolehkan proses pengesahan dibuat lebih cepat dan berkos rendah namun mengekalkan keselamatan rangkaian Ethereum. Dengan mengurangkan beban perkomputeran dari mainnet Ethereum dan mengekalkan keselamatannya, Arbitrum membantu para pembangun membina dan menskalakan platform dApps dan DeFi dengan lebih efisyen.
Anda boleh bayangkan Arbitrum adalah seperti satu barisan pengeluaran di kilang. Pekerja-pekerja kilang (Optimistic Rollup) membina dan membungkus produk di luar barisan pemasangan, dan mengumpulkan semua barangan yang siap dibungkus. Di akhir barisan pemasangan, semua produk dihantar ke bahagian pengurusan kualiti (mainnet Ethereum). Pengurusan Kualiti menganggap semua produk adalah menepati standard, melainkan jika terdapat laporan daripada pelanggan. Sistem ini akan mempercepatkan pengeluaran dan mengurangkan kos sambil mengekalkan kualiti, sama seperti bagaimana Optimistic Rollup meningkatkan kecekapan pemprosesan transaksi pada rangkaian Ethereum sambil mengekalkan kesahihan setiap transaksi melalui semakan berkala.
Apakah matawang natif bagi Arbitrum?
Matawang natif bagi Arbitrum ialah ARB. Ia memainkan peranan penting dalam ekosistem Arbitrum dengan memudahkan transaksi dan pentadbiran dalam rangkaian. ARB boleh digunakan untuk membayar caj transaksi dan kos gas pada rangkaian Arbitrum, membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan perkhidmatan dApps dan DeFi dengan lebih efisyen dan berpatutan.
Selain dari pembayaran caj transaksi, pemegang ARB boleh menyertai tadbir urus rangkaian Arbitrum. Para pemegang mempunyai hak untuk mengundi pelbagai cadangan seperti penambahbaikan fungsi, kemaskini protokol, pengagihan dana dan pemilihan ahli Majlis Keselamatan. Majlis Keselamatan bertanggungjawab untuk menyelia tindakan kecemasan dan pentadbiran dalam rangkaian. Fungsi pentadbiran dalam rangkaian Arbitrum memastikan pemegang ARB mempunyai hak dalam keputusan-keputusan yang dibuat dalam pembangunan dan pengoperasian platform Arbirtrum.
Siapa mencipta Arbitrum?
Arbitrum diasaskan oleh Steve Goldfeder, Harry Kalodner dan Ethan Cecchetti. Mereka bekerjasama daripada satu penyelidikan di Universiti Princeton. Projek ini dibangunkan oleh Offchain Labs, satu organisasi yang bertempat di New York dan diasaskan oleh pengasas-pengasas Arbitrum. Offchain Labs memfokuskan terhadap penciptaan solusi perskalaan lanjutan untuk teknologi rantaian blok.
Tip
Ingin meneroka Arbitrum? Ketahui mengenai asas-asas ARB dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual ARB? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.