SEI icon

Sei (SEI) adalah platform yang direka untuk mengoptimumkan dagangan dan aplikasi kewangan desentralisasi. Sei bermatlamat untuk menawarkan transaksi yang berkelajuan tinggi, boleh diskalakan dan selamat serta menumpukan keperluan khas bursa desentralisasi (DEX), token tidak terpiawai (NFT), platform pasaran dan permainan Web3. Sei melakukannya dengan menggunakan Ethereum Virtual Machine (EVM) selari dan mekanisme Twin-Turbo Consensus.

Nota

Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan SEI, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima SEI.

Siapa mencipta Sei?

Sei diasaskan bersama oleh Jeff Feng dan Jay Jog. Feng mempunyai latar belakang pengurusan produk dan strategi dan telah berkhidmat di Goldman Sachs dan Coatue Management. Jog pula sebelum ini telah bekerja sebagai jurutera perisian di Robinhood dan AirBnB dan pengalaman beliau menyumbang kepada pembinaan solusi teknologi yang boleh diskalakan. Sei dibina untuk menyelesaikan had platform rantaian blok sedia ada dalam menguruskan dagangan berfrekuensi tinggi dan aplikasi kewangan kompleks.

Bagaimana Sei berfungsi?

Sei beroperasi pada mekanisme Twin-Turbo Consensus, satu variasi Delegated Proof-of-Stake (DPoS) khas yang meningkatkan keselamatan dan kecekapan rangkaian dengan membenarkan pemegang token untuk memindahkan kuasa Stake mereka kepada pengesah. Mekanisme ini mengoptimumkan propagasi blok dan proses pesanan transaksi, membolehkannya menjadi lebih laju dan mencapai finaliti lebih andal. Inovasi ini membantu pengesah untuk menerima dan memproses blok dengan lebih cekap, melancarkan proses konsensus dan meningkatkan keseluruhan prestasi rangkaian.

Ethereum Virtual Machine (EVM) yang selari dengan Sei membenarkan pemprosesan serentak, sekaligus dapat meningkatkan daya pemprosesan dan skalabiliti. Sei Database (SeiDB) adalah sebuah solusi pangkalan data lanjutan yang lebih menyokong penyimpanan dan pengambilan data berkelajuan tinggi – penting bagi rantaian blok berprestasi tinggi seperti Sei.

Apakah mata wang kripto natif bagi Sei?

Mata wang kripto natif bagi rangkaian Sei adalah SEI. Token ini memainkan beberapa peranan dalam ekosistem seperti pembayaran caj menggunakan token SEI untuk aktiviti atas rantaian (on-chain) dan memastikan kemampanan rangkaian. Token SEI juga boleh dijadikan Stake untuk melindungi rangkaian dan pemilik SEI boleh terlibat dalam keputusan tadbir urus yang boleh memberi pengaruh kepada masa depan pembangunan dan polisi rangkaian

Insiden keselamatan

Tiada insiden keselamatan pernah dihadapi oleh Sei.

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

SEI mempunyai bekalan maksimum sebanyak 10 billion. Setakat Februari 2024, sekitar ~5.96 billion SEI (~59.63% dari jumlah maksimum bekalan token) telah dijadikan Stake dalam Bonded Tokens Pool.

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token SEI.

Tip

Ingin meneroka SEI? Ketahui mengenai asas-asas SEI dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.

Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual SEI? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?