INJECTIVE icon

Injective (INJ) adalah satu platform desentralisasi untuk menempatkan aplikasi kewangan desentralisasi (DeFi) yang boleh diskalakan, pantas dan selamat. Injective menyokong bursa desentralisasi (DEX), derivatif dan produk-produk kewangan lain melalui penggunaan mekanisme konsensus Proof-of-Stake unik dan rekaan berprestasi tinggi. Injective juga memberikan pengguna dagangan yang pantas dan bercaj rendah.

Nota

Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan INJ, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima INJ.

Siapa mencipta Injective?

Injective dicipta pada tahun 2018 oleh Eric Chen dan Albert Chon dengan matlamat ingin merevolusikan DeFi. Eric, seorang pakar kewangan dan dagangan serta Albert, seorang pengasas rantaian blok, membina Injective untuk menyelesaikan limitasi yang dihadapi pada rantaian-rantaian blok lain, seperti caj yang tinggi dan transaksi perlahan.

Eric dan Albert ingin mencipta satu platform desentralisasi yang pantas, boleh diskalakan dan bersifat desentralisasi sepenuhnya. Injective juga memperkasakan pengguna dengan dagangan selamat, kesesuaian merentas rantaian dan pengalaman DeFi lancar.

Bagaimana protokol Injective berfungsi?

Injective adalah rantaian blok Layer-2 yang dibina untuk menjadikan aplikasi kewangan desentralisasi (DeFi) lebih pantas, lebih mampu milik dan bersifat desentralisasi sepenuhnya. Injective menggunakan mekanisme konsensus Proof-of-Stake (PoS), dimana pengguna menjadikan token INJ sebagai Stake untuk melindungi rangkaian dan memproses transaksi – dan pengguna mendapat ganjaran sebagai upah.

Dibina pada rantaian blok Cosmos, Injective boleh disambung dengan rantaian blok lain, membolehkan aset diniagakan dengan mudah merentasi pelbagai rangkaian. Platform ini memperkasakan DEX, dagangan derivatif dan produk-produk kewangan lain tanpa bergantung pada pihak tengah. Kaedah ini mengurangkan caj, meningkatkan kelajuan transaksi dan memberikan pengguna kawalan penuh terhadap aset-aset mereka.

Dengan fokus terhadap kelajuan, keselamatan dan kesesuaian merentasi rantaian, Injective membantu memperluaskan ekosistem DeFi dengan menyediakan pengalaman dagangan mesra pengguna serta lancar merentasi pelbagai rantaian blok.

Apakah mata wang natif Injective?

Mata wang kripto natif Protokol Injective adalah INJ. Dalam ekosistem Injective, pengesah (validator) dan pewakil (delegator) menerima INJ sebagai ganjaran bagi melindungi rangkaian dan memproses transaksi. Ganjaran-ganjaran ini diterima daripada caj yang dibayar oleh pengguna untuk dagangan, mencipta pasaran dan melaksanakan kontrak pintar.

INJ juga penting dalam tadbir urus protokol, memperkasakan pemegang token untuk mengundi kerta cadangan yang menentukan evolusi platform Injective. Ranga kerja tadbir urus ini telah membuktikan kepentingannya pada 2022 apabila komuniti memilih untuk membenarkan dagangan merentasi rantaian dan ini telah meningkatkan kebolehoperasian Injective. Kemaskini ini telah memperkenalkan jambatan baharu pada rangkaian Cosmos dan Ethereum.

Insiden keselamatan

Tiada insiden keselamatan pernah dihadapi oleh Injective.

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

Injective mempunyai bekalan maksimum sebanyak 100 juta INJ, dengan 83% token berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~89 juta INJ (~89% dari jumlah maksimum bekalan token).

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token INJ.

Tip

Ingin meneroka Injective? Ketahui mengenai asas-asas INJ dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.

Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual INJ? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?