Pyth Network menyediakan data harga masa-nyata yang tepat bagi mata wang kripto, saham, forex dan komoditi secara terus dari sumber institusi. Dengan menyediakan data bersifat masa-nyata dan selamat, Pyth membolehkan aplikasi DeFi, pedagang dan pembangun untuk membantu membuat keputusan termaklum. Pyth menawarkan lebih 600 suapan harga yang tersedia di lebih dari 90+ rantaian blok disokong.
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan PYTH, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima PYTH.
Siapa mencipta Pyth?
Pyth Network dilancarkan pada tahun 2021 oleh Michael Cahill, Ciarán Cronin dan Jayant Krishnamurthy dengan matlamat untuk menyediakan data kewangan kependaman rendah dan berkualiti tinggi kepada aplikasi desentralisasi (dApps).
Misi Pyth adalah untuk menjadikan data pasaran kewangan boleh diakses oleh semua melalui kaedah desentralisasi dan telus. Melalui teknologi rantaian blok, Pyth memberikan data berpendaman rendah dan berketepatan tinggi daripada sumber-sumber institusi boleh dipercayai kepada aplikasi DeFi dan kontrak pintar untuk membangunkan ekosistem Web3 yang lebih efisyen dan selamat.
Walaupun asalnya Pyth dilancarkan pada rantaian blok Solana, ia telah berkembang untuk menyokong beberapa rantaian blok dan meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam persekitaran Web3.
Bagaimana Pyth berfungsi?
Pyth Network merupakan oracle desentralisasi yang direka untuk memaparkan suapan harga masa-nyata dan berketepatan tinggi ke aplikasi-aplikasi rantaian blok. Pyth mendapatkan sumber maklumat harga secara terus dari penyedia institusi seperti firma dagangan, bursa dan market makers serta mengurangkan kebergantungan terhadap pihak tengah dan memastikan kemas kini harga dibuat dengan lebih pantas dan tepat.
Apabila data dikumpul, Pyth menukarkannya dalam bentuk agregat dan mengesahkannya sebelum menjadikan data tersebut tersedia untuk kontrak pintar menerusi pelbagai rantaian blok yang disokong. Rangkaian ini menggunakan model pull-based, bermaksud aplikasi DeFi akan membuat permintaan data apabila diperlukan berbanding dari menerima kemaskini secara berterusan. Pendekatan ini mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan mengekalkan kependaman rendah dengan hasil maklumat berkualiti tinggi.
Apakah mata wang kripto natif Pyth?
Mata wang kripto natif bagi Pyth Network adalah PYTH. Dalam Pyth Network, token ini memainkan peranan penting dalam melindungi dan memberi insentif terhadap rangkaian Oracle.
PYTH digunakan untuk tadbir urus dan membolehkan pemegang token untuk mengundi kemaskini protokol dan keputusan rangkaian. PYTH juga digunakan untuk memudahkan model pengagihan data unik rangkaian, dimana pengguna membayar caj untuk mengakses suapan harga masa-nyata berkualiti tinggi. Caj-caj ini adalah insentif kepada penyedia data dalam memastikan kemaskini dibuat dengan tepat dan tepat pada masanya.
Melalui PYTH, rangkaian ini dapat mengekalkan ekosistem yang lestari dan bersifat desentralisasi. Peserta rangkaian juga menerima ganjaran dari sumbangan data kewangan pada pelbagai rantaian blok Proof-of-Work. Dengan perkembangan penerimaan, PYTH terus menyokong misinya untuk memberikan data boleh dipercayai, mempunyai kependaman rendah dan mengekalkan posisinya sebagai solusi oracle penting untuk DeFi dan aplikasi-aplikasi rantaian blok lain.
Insiden keselamatan
Pyth telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Penyimpangan Suapan Harga BTC/USD (September 2021)
Suapan harga BTC/USD telah membuat kesilapan laporan terhadap harga BTC serendah $5,402 walaupun harga sebenar adalah sekitar $43,500. Sumber: Pyth Network
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
PYTH mempunyai bekalan maksimum sebanyak 10 billion. Setakat 15 Disember 2023, 10 alamat dompet teratas memegang anggaran ~7.55 billion PYTH (~75.48% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token PYTH.
Tip
Ingin meneroka Pyth? Ketahui mengenai asas-asas PYTH dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual PYTH? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.