Secara mudahnya, Jupiter (JUP) menjadikan dagangan desentralisasi lebih mudah. Jupiter membantu pengguna meniagakan token pada harga terbaik, menyemak pelbagai bursa desentralisasi (DEX) untuk mencari transaksi termurah dan terpantas agar pengguna dapat berjimat dan mengurangkan perubahan harga semasa dagangan.
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan JUP, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima JUP.
Siapa mencipta Jupiter?
Jupiter dibangunkan oleh Meow, pembangun anomim dan figura utama dalam ekosistem Solana. Platform ini dilancarkan pada tahun 2021 untuk menyelesaikan masalah serpihan kecairan dan menjadikan dagangan kewangan desentralisasi (DeFi) lebih bersifat mesra pengguna.
Matlamat Meow adalah untuk mencipta pekakas yang lancar dan inituitif agar pedagang boleh mendapatkan harga terbaik dengan cabaran minimum, sekaligus dapat memacu perkembangan DeFi Solana.
Walaupun identiti sebenar Meow terus disembunyikan, mereka kekal aktif dalam komuniti dan sering berkongsi kemas kini, tinjauan dan rancangan masa hadapan melalui pelbagai saluran media sosial. Pendekatan terbuka dan kebersamaan ini telah memberikan kepercayaan dan kesetiaan kepada penggunanya, menjadikan Jupiter sebagai salah seorang pemain utama dalam ekosistem DeFi Solana.
Bagaimana Jupiter berfungsi?
Jupiter adalah pengagregat (aggregator) bursa desentralisasi (DEX) pada rantaian blok Solana dengan mengimbas pelbagai DEX untuk mencari harga terbaik dan mempunyai caj paling rendah untuk dagangan token. Dengan menganalisis kecairan merentasi pelbagai platform berbeza, Jupiter akan mengenalpasti laluan dagangan paling efisyen, termasuklah menggabungkan beberapa DEX jika perlu.
Apabila anda membuat dagangan, Jupiter akan memecahkan transaksi kepada beberapa bahagian kecil dan memindahkannya ke pelbagai bursa untuk mengelakkan ayunan harga (slippage) yang tinggi dan memastikan anda mendapat nilai terbaik. Selain itu, Jupiter juga turut mengambil kira caj rangkaian dan saiz dagangan, sekaligus akan mengimbangkan semua faktor untuk mengoptimumkan hasil dagangan.
Keseluruhan proses ini dilakukan dalam beberapa saat, tanpa memerlukan anda untuk membandingkan harga-harga dagangan secara manual, atau risau mengenai pengiraan kompleks. Jupiter memudahkan dagangan desentralisasi, menjadikannya lebih mudah, laju dan murah untuk pengguna menukar (swap) token pada Solana.
Apakah mata wang kripto natif bagi Jupiter?
Mata wang kripto natif bagi Jupiter adalah JUP. Sebagai token rasmi platform, JUP memainkan peranan penting dalam memperkasakan ekosistem dan memberi ganjaran kepada pengguna. Token JUP juga digunakan untuk tadbir urus, membolehkan pelanggan mengundi keputusan-keputusan penting mengenai masa depan platform tersebut. Pemegang JUP juga boleh mendapatkan fungsi-fungsi istimewa atau diskaun dagangan dalam perkembangan seterusnya. Token ini dijangka akan memainkan peranan lebih besar dalam membentuk platform JUP dan menawarkan ‘suara’ dalam pembangunannya.
Insiden keselamatan
Jupiter telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Godaman akaun X rasmi Jupiter (Februari 2025)
Pada 6 Februari 2025, akaun media sosial rasmi Jupiter telah dikompromi oleh penggodam. Mereka menghantar pautan ke token meme palsu (cth $MEOW dan kemudian $DCOIN), menyebabkan para pedagang kehilangan wang selepas berinteraksi dengan hantaran palsu tersebut. Projek tersebut telah memberi amaran kepada pengguna untuk tidak menekan sebarang pautan sambil pasukan Jupiter mendapatkan semula kawalan akaun, dan mengesahkan bahawa dana on-chain dan kontrak pintar adalah selamat. Sumber: The Block
Pendedahan Alamat Emel On-Chain Jupary (Januari 2025)
Satu “kesilapan” dalam sistem tuntutan airdrop Jupuary telah menyebabkan ~4,800 emel disiarkan secara on-chain dan dihubungkan ke dompet Solana, menimbulkan kebimbangan privasi bagi pengguna yang terkesan; Jupiter kemudian memadam sambungan dan mengatakan bahawa mereka akan meningkatkan sistem. Sumber: SolanaFloor
Eksplotasi Li.Fi (Julai 2024)
LI.FI telah dieksploitasi melalui kelemahan kontrak pintar, menyebabkan anggaran $11 juta dikeluarkan daripada dompet bersama pengesahan token tanpa had. Pasukan Jupiter telah menerbitkan post-mortem pada 18 Julai 2024, mematikan komponen bermasalah dan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang serta rakan kerjasama keselamatan. Sumber: Coin Telegraph
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Jupiter mempunyai bekalan maksimum sebanyak 6.86B JUP, dengan 45% dalam edaran setakat Januari 2026.10 alamat dompet teratas memegang anggaran ~1.64 billion JUP (~23.9% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token JUP.
Tip
Ingin meneroka Jupiter? Ketahui mengenai asas-asas JUP dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual JUP? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.