Ethereum Name Service (ENS) adalah perkhidmatan nama domain (domain name service) atau DNS, sama seperti sistem DNS internet. ENS membantu pengguna untuk mencari alamat Ethereum melalui nama yang boleh dibaca oleh manusia berbanding karekter hexadesimal kompleks.
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan ENS, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima ENS.
Siapa yang mengguna Ethereum Name Service?
ENS digunakan oleh individu dan organisasi dalam ekosistem Ethereum yang ingin memudahkan interaksi dengan alamat rantaian blok. Dengan mendaftar domain ENS, pengguna boleh mengaitkan alamat-alamat dompet, kontrak pintar dan laman web desentralisasi dengan nama unik yang boleh dibaca oleh manusia untuk menyelarikan transaksi dan interaksi.
Siapa yang mencipta Ethereum Name Service?
ENS diasaskan bersama oleh Nick Johnson dan Alex Van de Sande – kedua-duanya merupakan bekas ahli Ethereum Foundation. Kepakaran mereka dalam kejuruteraan perisian dan rekabentuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ENS, yang telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017 sebagai sebahagian dari Ethereum Foundation sebelum berevolusi menjadi satu projek berbeza pada tahun 2018.
Bagaiman Ethereum Name Service berfungsi?
ENS beroperasi melalui sistem kontrak pintar dalam rantaian blok Ethereum, bersama tiga komponen utama: registry, resolvers dan registrars.
Registry mengekalkan senarai domain yang telah didaftarkan dan menyimpan semua maklumat penting seperti pemilikan domain, resolver berkait dan tetapan cache time-to-live.
Resolver bertanggungjawab untuk menterjemah nama domain kepada alamat atau sumber yang boleh dibaca oleh manusia untuk membolehkan interaksi lancar dapat dilakukan dalam ekosistem Ethereum. Registrar adalah kontrak pintar yang mentadbir pengagihan sub-domain. Pengguna boleh mendaftar domain “.eth” unik melalui pendaftaran ENS dan menyambungnya ke alamat Ethereum mereka. Proses ini memerlukan interaksi dengan registry ENS dan membuat konfigurasi resolver untuk mengaitkan domain tersebut dengan alamat atau sumber yang diingini.
Sebagai contoh, jika Ross memiliki nama “ross.eth”, anda boleh menghantar mata wang kripto dengan memasukkan nama tersebut pada dompet anda. ENS akan memajukan bayaran tersebut terus ke alamat Ethereum yang dikaitkan dengan nama tersebut.
Apakah mata wang natif bagi Ethereum Name Service?
Mata wang kripto natif bagi Ethereum Nave Service adalah ENS. Dilancarkan pada November 2021, token ENS berfungsi sebagai token tadbir urus dalam memperkuasakan pemegang token untuk menyertai keputusan-keputusan utama berkenaan dengan pembangunan dan polisi protokol.
Insiden keselamatan
Ethereum Name Service telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Kelemahan kritikal pada Kod Registrar DNSSEC (Mac 2023)
Satu kelemahan kritikal telah didedahkan kepada pasukan projek dalam versi kod registrar DNSSEC yang masih belum dilaksanakan. Pepijat ini mampu membenarkan mana-mana pengguna untuk menuntut atau mengemaskini nama DNSSEC milik pengguna lain. Sumber: ENS DAO Governance Forum
Mitigasi Potensi Serangan Tadbir Urus (Mac 2024)
ENS DAO telah memberi pampasan kepada pasukan keselamatan ‘blockful’ kerana telah berjaya mengenalpasti kelemahan tadbir urus yang boleh menyebabkan kecurian sebanyak ~$150 juta serta tangkapan protokol. Pendedahan proaktif dan usaha mitigasi ini telah menghasilkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan (Security Council) untuk meningkatkan keselamatan ENS DAO. Sumber: Tally.xyz
Kompromi Pakej ENS NPM (November 2025)
Beberapa pakej ENS telah dikompromi seketika sebagai sebahagian dari serangan rantaian bekalan npm "Sha1-Hulud: The Second Coming" berskala besar. Cacing yang boleh mereplikasi sendiri direka untuk mencuri kredensi pembangun dan menyusup keluar data, termasuklah payload “dead man switch” yang mengugut untuk memadam data pengguna jika infrastruktur command-and-control ENS dipotong. Sumber: StepSecurity
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Ethereum Name Service mempunyai bekalan maksimum sebanyak 100 juta ENS, dengan 60% token berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~84.72 juta ENS (~84.7% dari jumlah maksimum 100 juta bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token ENS.
Tip
Ingin meneroka Ethereum Name Service? Ketahui mengenai asas-asas ENS dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual ENS? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.