Bittensor ialah rangkaian desentralisasi yang menggunakan mata wang kriptonya sendiri (dipanggil TAO) untuk memberi insentif kepada perkongsian kuasa pengkomputeran, model AI dan maklum balas yang diperlukan bagi melatih serta membangunkan model pembelajaran mesin. Idea utamanya ialah dengan menggalakkan kolaborasi, pembangunan AI dapat didemokrasikan—membolehkan pendekatan “bottom-up” di mana semua orang boleh mendapat manfaat daripada teknologi ini.
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan TAO, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima TAO.
Siapa mencipta Bittensor?
Bittensor dicipta oleh Jacob Steeves, bekas jurutera AI di Google. Projek ini dilancarkan secara rasmi pada tahun 2021 dengan visi membina rangkaian kecerdasan sumber terbuka yang terdesentralisasi—di mana sesiapa sahaja boleh menyumbang dan mendapat manfaat daripada pembangunan AI, tanpa dikawal oleh segelintir syarikat teknologi besar.
Bagaimana Bittensor berfungsi?
Di teras Bittensor ialah mekanisme konsensus unik yang dipanggil Proof of Intelligence (PoI). Berbeza dengan perlombongan yang menggunakan tenaga tinggi, Bittensor memberi ganjaran kepada peserta yang menyumbang maklumat daripada model pembelajaran mesin yang berguna.Sesiapa sahaja boleh menyambungkan model AI ke rangkaian, di mana ia akan dinilai secara berterusan oleh model lain berdasarkan kualiti dan kegunaan responsnya. Semakin bernilai output tersebut, semakin banyak token TAO yang diperoleh. Ini mewujudkan sistem yang mampan sendiri, di mana hanya model yang paling berguna dan berprestasi tinggi diberi ganjaran—sekali gus mendorong penambahbaikan berterusan dalam rangkaian. Ringkasnya, ia menjadikan pembangunan AI sebagai satu “pasaran terbuka” yang diberi insentif.
Apa yang menjadikan Bittensor berbeza?
Jika AI tradisional dilatih dan dikawal oleh organisasi berpusat, Bittensor mengubah model ini. Ia membina rangkaian peer-to-peer model AI yang saling bersaing dan bekerjasama. Lebih baik prestasi AI anda, lebih banyak ganjaran TAO yang boleh diperoleh.
Apakah kegunaan TAO?
TAO ialah token natif dalam rangkaian Bittensor dan digunakan untuk:
- Memberi ganjaran kepada penyumbang yang melatih dan menambah baik model AI
- Mengundi dalam keputusan tadbir urus, seperti kemaskini protokol
- Membayar akses kepada output AI dalam rangkaian
Insiden keselamatan
Serangan rantaian bekalan (Mei–Julai 2024)
Kod berniat jahat telah disuntik ke dalam keluaran rasmi Bittensor versi 6.12.2, yang dilancarkan antara 22-29 Mei 2024. Pengguna yang memasangnya tanpa disedari telah mendedahkan data kunci peribadi mereka kepada penyerang. Pada Julai 2024, penyerang mula mengosongkan dompet yang terjejas, mencuri anggaran $8 juta. Sumber: Halborn
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Bittensor mempunyai bekalan maksimum sebanyak 21 juta TAO, dengan 53% dalam edaran setakat Ogos 2026. 10 alamat dompet teratas secara kolektif memegang ~2.3 juta TAO (~11% daripada jumlah bekalan maksimum token).
Lawati taostats.io untuk melihat edaran dalam kalangan pemegang token tertinggi TAO.
Tip
Ingin meneroka Bittensor? Ketahui mengenai asas-asas TAO dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual TAO? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.