Sui dibina untuk menawarkan perkhidmatan transaksi pantas dan berkos rendah, serta sokongan terhadap aplikasi desentralisasi yang memerlukan hasil pengeluaran yang tinggi seperti permainan, platform sosial dan koleksi-koleksi digital. Sui direka untuk menyelesaikan masalah utama dalam rantaian blok sedia ada seperti kelajuan transaksi yang perlahan, caj gas tinggi dan skalabiliti terhad.
Tidak seperti rantaian tradisional lain yang memproses transaksi secara berurutan, Sui boleh memproses sejumlah transaksi secara selari. Ini bermaksud rantaian blok ini boleh menampung volum aktiviti dengan lebih tinggi tanpa kesesakan atau meningkatkan kos transaksi.
Sui juga memperkenalkan kaedah baharu untuk menguruskan aset-aset digital secara atas rantaian (on-chain). Berbanding dari menguruskan semua transaksi seperti baki dalam akaun, Sui menggunakan model berasaskan objek dimana setiap aset bersifat bebas pada rantaian blok. Melalui kaedah ini, fleksibiliti dan prestasi transaksi dipertingkatkan bagi para pembangun.
Siapa mencipta Sui?
Sui direka oleh Mysten Labs, sebuah syarikat teknologi rantaian blok yang diasaskan oleh bekas-bekas jurutera dari pasukan kripto Meta Novi. Pasukan pengasas terdiri daripada Evan Cheng, Adeniyi Abiodun, Sam Blackshear, George Danezis and Kostas Chalkias. Para jurutera ini membantu membina Diem – projek rantaian blok Meta dan menggunakan pengalaman mereka untuk mencipta platform lebih mudah diskalakan dan mesra pembangun.
Mysten Labs melancarkan Sui untuk terus memacu prestasi rantaian blok Sui, terutamanya bagi aplikasi bagi paparan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan maklumbalas masa-nyata (real-time).
Apakah mata wang natif bagi Sui?
Token SUI digunakan untuk membayar transaksi dan pelaksanaan kontrak pintar pada rangkaian Sui. Token ini juga memainkan peranan dalam fungsi Stake dan tadbir urus rangkaian SUI. Pemegang token boleh memindahkan SUI milik mereka kepada pengesah (validator) untuk membantu melindungi rangkaian dan menerima ganjaran.
SUI juga digunakan untuk proses membuat keputusan yang boleh mempengaruhi kemaskini protokol dan cadangan-cadangan tadbir urus utama lain. Kaedah ini memberikan ‘suara’ dalam komuniti SUI bagi sebarang perubahan rangkaian.
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan SUI, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima SUI.
Insiden keselamatan
Sui telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Eksploitasi Cetus DEX (2025)
Eksploitasi besar terhadap protokol Cetus disebabkan oleh pepijat librari matematik telah mengakibat rompakan bernilai ~$223 juta; pengesah telah membuat undian atas rantaian untuk membekukan sebahagian besar dana yang dicuri. Sumber: Binance
Kelemahan P2P DoS (2023)
Kelemahan denial-of-service dalam protokol P2P telah dipulihkan dalam versi 1.6.3 sebelum berlakunya sebarang eksploitasi. Sumber: Binance
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
SUI mempunyai bekalan maksimum sebanyak 10 billion. Setakat November 2025, 10 alamat dompet teratas mengawal anggaran ~18.16% dari bekalan edaran.
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token SUI.
Tip
Ingin meneroka Sui? Ketahui mengenai asas-asas SUI dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual SUI? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.