Adakah perkara ini terpakai untuk saya?
Perkara ini terpakai untuk pelanggan yang mempunyai akaun disahkan di Malaysia dan menggunakan platform web atau versi aplikasi 8.88.0 (atau ke atas).
Untuk meningkatkan lagi keselamatan akaun dan transaksi, Luno kini memperkenalkan lapisan keselamatan tambahan bagi fungsi hantar mata wang kripto di Malaysia. Perubahan ini direka untuk lebih melindungi akaun dan dana dana melalui penggunaan Kunci Laluan atau Pengesahan Dua-Faktor (2FA) bagi tindakan berikut:
- Mengaktifkan fungsi hantar, dan
- Melengkapkan transaksi hantar
Perubahan ini akan membantu melindungi akaun anda dari akses tidak sah dan mengurangkan risiko cubaan penipuan.
Apa yang berubah?
Selepas ini anda memerlukan sekurang-kurangnya satu daripada dua perlindungan keselamatan untuk mengaktifkan fungsi hantar atau melengkapkan transaksi hantar.
Jika kunci laluan atau fungsi pengesahan dua-faktor (2FA) disetkan, kunci laluan akan digunakan secara automatik sebagai fungsi pengesahan utama kerana ia menawarkan penggunaan yang lebih pantas dan lancar.
Apa yang anda perlu lakukan
Untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa menghantar kripto, kami amat mengesyorkan agar anda mengikuti langkah berikut:
- Kemaskini aplikasi Luno anda ke versi 8.88.0 atau keatas
- Setkan kunci laluan (digalakkan untuk penggunaan terbaik)
- Atau aktifkan fungsi pengesahan dua-faktor (2FA)
Apabila kemaskini selesai dilakukan, anda akan diminta untuk mengesahkan pengaktifkan fungsi hantar atau melengkapkan transaksi menggunakan Kunci Laluan atau 2FA. Jika versi aplikasi anda telah lapuk, mesej ralat akan dipaparkan dan anda akan diminta untuk mengemaskini aplikasi anda dahulu.
Mengapa perubahan ini penting
Perubahan-perubahan ini akan meningkatkan keselamatan dengan mengesahkan sebarang aktiviti penghantaran kripto dari akaun anda walaupun terdapat individu berjaya memecah masuk ke peranti atau maklumat log masuk anda. Anda membantu melindungi kripto anda dan memastikan keselamatan akaun dengan melengkapkan langkah-langkah keselamatan ini.