Ripple adalah sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberikan lebih banyak cara efisien untuk menghantar bayaran rentas-sempadan dalam industri kewangan. Ripple dan XRP sering digunakan, tetapi secara teknikalnya, Ripple ialah rangkaian pembayaran, manakala XRP ialah matawang kripto Ripple yang beroperasi secara bebas.
Lebih maklumat tentang Ripple
Ripple ialah satu teknologi yang berfungsi sebagai matawang kripto an juga rangkaian pembayaran digital untuk transaksi kewangan. Syarikat Ripple, diasaskan pada tahun 2012 dan mereka mempunyai visi untuk menjadi satu sistem yang digunakan oleh bank dan institusi kewangan untuk mengirim wang daripada negara ke negara. Matawang kripto XRP, akan digunakan oleh bank untuk mengirim wang. Bank pengirim akan menukar matawang fiat kepada XRP, dan bank penerima akan menukar XRP tersebut kepada matawang fiat yang lain.
XRP dianggap sebagai pra-lombong, bermaksud 100 billion unit koin yang tersedia ini telah pun dicipta sebelum ia dilancarkan. Ini dilakukan untuk memastikan inflasi tidak berlaku – oleh itu XRP bebas daripada turun naik harga. Ripple telah mengunci pegangannya dalam escrow, dan hanya akan mengeluarkan sejumlah XRP kedalam pasaran pada selang masa yang tetap.
Apa perbezaan Bitcoin dan XRP?
Bitcoin |
XRP |
Dicipta pada tahun 2009 |
Dicipta pada tahun 2012 |
Dicipta untuk menjadi tidak berpusat, serta medium pembayaran digital untuk barang dan perkhidmatan. |
Dicipta untuk menjadi satu sistem yang cepat dan cekap untuk mengirim wang, terutamanya penghantaran rentas sempadan. |
Mempunyai had bekalan sebanyak 21 juta unit yang dilombong melalui rangkaian tidak berpusat – Bitcoin terakhir akan dilombong sekitar tahun 2140 |
Mempunyai bekalan 100 billion unit koin yang telah pun dipra-lombong. 38 billion unit telah pun dibuat tersedia untuk individu awam. Ripple memegang bakinya, dan mengeluarkannya pada selang masa yang tetap. |
Transaksi mengambil masa leebih kurang 10 minit untuk diselesaikan. |
Transaksi mengambil masa lebih kurang lima saat untuk diselesaikan. |
Tip
Mahu belajar lagi tentang Ripple? Belajar lagi tentang asas Ripple dan dapatkan semua berita terbaru mengenai matawang kripto di Luno Discover.
Mahu mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar atau menerima XRP? Kami ada jawapannya di sini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.