Chainlink token on top of a stack of books

Chainlink ialah rangkaian oracle tidak berpusat yang dicipta untuk menyediakan ‘jambatan’ antara data dunia nyata dengan kontrak pintar pada rantaian blok. Apabila kontrak pintar memerlukan sedikit data dunia nyata, kontrak pintar ini boleh disambung dengan Chainlink untuk mendapatkannya. LINK ialah matawang kripto yang digunakan untuk membayar data tersebut, tetapi anda juga boleh jual atau beli LINK seperti matawang kripto lain.

Sebentar,  apa itu kontrak pintar?

Sebelum kita mendalami lebih lagi mengenai Chainlink dan LINK, mari mulakan dengan kontrak pintar. Kontrak pintar adalah program yang dicipta pada rantaian blok (seperti rantaian blok Ethereum) dan prgram ini bergerak secara automatik apabila beberapa syarat tertentu dipenuhi.

Sebagai contoh, Scarlett mahu mengumpul dana untuk satu projek. Jika beliau tidak mengumpul wang yang secukupnya untuk mencapai matlamat pengumpulan selepas sebulan, beliau tidak akan meneruskan projek tersebut; Scarlett akan memulangkan semua dan yang telah diterima kepada pelabur. Oleh itu, Scarlett boleh mencipta kontrak pintar dengan syarat berikut: Jika alamat Ethereum bagi projek ini tidak mempunyai baki sebanyak 3 ETH pada sekian haribulan dan masa, hantar semua bayaran yang diterima kepada dompet ia dihantar.

Pelabur dalam contoh diatas tidak perlu sekadar mempercayai apa yang Scarlett janjikan jika kontrak pintar telah dicipta. Kontrak pintar disimpan pada rantaian blok, terbuka dan tidak boleh diubah. Pelabur boleh melihat sendiri syarat-syarat dan hasil daripada perjanjian akan terjadi secara automatik jika syarat-syarat dipenuhi.

Mengapakah Chainlink berguna?

Kontrak pintar mempunyai limitasi yang besar: oleh kerana ia ‘tinggal’ di rantaian blok, ia cuma boleh berfungsi dengan data yang tersedia pada rantaian blok.

Jika kita mahu mencipta kontrak pintar yang mengembalikan semula wang jika penerbangan dibatalkan, atau memberikan pelanggan diskaun jika mereka diberikan makanan yang rosak? Rantaian blok Ethereum tidak mengetahui apa-apa mengenai penerbangan atau makanan.

Di sinilah Chainlink berfungsi. Apabila kontrak pintar memerlukan data dunia nyata, ia akan membuat permintaan pada rangkaian rantaian blok Chainlink untuk mendapatkan data tersebut.

Bagaimana Chainlink berfungsi dan LINK digunakan untuk apa?

Nod Chainlink (komputer yang disambungkan ke rangkaian Chainlink) menerima permintaan untuk data dunia nyata. Mereka menggunakan perisian khas iaitu oracle untuk mendapatkan data yang diperlukan oleh kontrak pintar.

Individu yang menjalankan nod Chainlink tersebut dibayar dengan LINK sebagai ganjaran menguruskan permintaan data tersebut. Mereka juga membuat deposit LINK apabila mereka mula-mula menyertai rangkaian Chainlink, dan mereka akan kehilangan sedikit LINK jika mereka memberikan data yang tidak tepat - menggalakkan kejujuran dan ketepatan.

Walaupun LINK merupakan matawang kripto asal yang menggerakkan rangkaian Chainlink, LINK juga merupakan koin yang boleh didagangkan seperti matawang kripto lain. Anda tidak perlu menjadi pengendali nod Chainlink untuk mendapatkan LINK kerana anda boleh membelinya di Luno.

Tip

Mahu mengetahui lebih mengenai Chainlink? Anda boleh belajar mengenai asas Chainlink dan dapatkan semua berita terkini mengenai matawang kripto di Luno Discover.

Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar atau terima LINK? Semak artikel bantuan di bawah untuk jawapan:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda