Uniswap ialah tukaran tidak berpusat (decentralized exchange) atau DEX: pasaran matawang kripto yang tidak diuruskan oleh badan berkuasa pusat. UNI ialah matawang kripto yang asalnya dicipta sebagai ganjaran untuk pelabur menyerta tukaran Uniswap. Pada masa yang sama, UNI ialah token tadbir urus (governance token), yang bermaksud individu yang mempunyai UNI boleh mengundi pada cadangan kemaskini untuk Uniswap.
Bagaimana tukaran Uniswap berfungsi?
Uniswap dibina pada rantaian blok Ethereum an ia membenarkan pengguna untuk mendagangkan ERC-20 tokens. ERC-20 ialah standard yang paling biasa digunakan untuk mencipta matawang kripto baru - oleh itu Uniswap menyokong berpuluh-puluh ribu pasangan dagangan.
Sebagai contoh, Jay mahu mendagangkan beberapa LINK untuk USDC (kedua-duanya ialah token ERC-20). Uniswap diprogramkan untuk mengira secara automatik harga pasaran yang adil, berdasarkan penawaran dan permintaan setiap matawang kripto. Contohnya, jika protokol Uniswap mengira harga LINK bernilai 16 USDC, Jay boleh “swap” (tukar) 1 LINK (dengan tambahan sedikit caj) untuk 16 USDC.
Tetapi, dari mana datangnya koin penawaran Uniswap? Bukan sahaja pengguna boleh mendagangkan satu matawang kripto dengan matawang kripto lain, pengguna juga boleh menambah kripto mereka kepada penawaran Uniswap. Penawaran koin ini dikenali sebagai kolam kecairan (liquidity pool), dan pengguna yang menawarkan kripto kedalam kolam kecairan dikenali sebagai penyedia kecairan (liquidity provider).
Caj yang dibayar bagi setiap dagangan Uniswap diagihkan secara sama rata dalam kalangan penyedia kecairan. Oleh itu, jika penyedia kecairan menyumbang 1% daripada kolam LINK/USDC Uniswap, secara asasnya mereka akan menerima 1% daripada semua caj yang dikenakan pada dagangan LINK/USDC. Tetapi ini bukanlah keuntungan yang dijamin: terdapat lebih banyak risiko menjadi penyedia kecairan berbanding hanya menyimpan matawang kripto pada dompet anda.
Jadi, apa itu UNI?
Matawang kripto UNI asalnya dicipta pada September 2020 sebagai ganjaran kepada individu yang menyertai tukaran Uniswap pada masa itu.
UNI juga mempunyai fungsi yang lebih mendalam sebagai token tadbir urus (governance token): Pengguna Uniswap boleh mewakilkan token UNI mereka untuk mengundi sebarang cadangan kemaskini terhadap bagaimana Uniswap berfungsi. Ini bermaksud, nilai UNI boleh naik atau turun, bergantung pada berapa ramai peserta Uniswap yang mahu membayar untuk mendapatkan lebih kuasa mengundi.
Selain itu, UNI juga berfungsi sebagai matawang kripto yang boleh didagangkan seperti matawang kripto yang lain - anda boleh beli dan jual tanpa perlu menyertai tukaran Uniswap.
Tip
Mahu mengetahui lebih mengenai Uniswap? Anda boleh belajar mengenai asas Uniswap dan dapatkan semua berita terkini mengenai matawang kripto di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar atau terima UNI? Semak artikel bantuan di bawah untuk jawapan:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.