Litecoin (LTC) mempunyai banyak persamaan dengan Bitcoin, tetapi perbezaan utama adalah transaksi Litecoin biasanya lebih pantas dan lebih murah untuk diproses.
Kelajuan dan kos transaksi Litecoin yang rendah membuatkan ia mempunyai potensi untuk menjadi lebih berguna bagi pembayaran harian, manakala Bitcoin telah beralih untuk menjadi simpanan nilai.
Lebih maklumat mengenai Litecoin
Untuk memahami lebih lanjut mengenai Litecoin dan asal-usulnya, anda perlu belajar sedikit mengenai perlombongan Bitcoin.
Apabila Bitcoin dihantar kepada satu individu ke satu individu lain, ia direkodkan pada antaian blok Bitcoin.Rantaian blok ini merupakan satu lejar awam yang mengandungi semua transaksi Bitcoin yang telah berlaku. Komputer di seluruh dunia bersaing untuk “menyelesaikan” blok baharu pada rantaian blok, supaya transaksi baharu boleh direkodkan dan disahkan. Apabila satu blok diselesaikan, komputer yang menyelesaikan blok itu akan diberi ganjaran Bitcoin baharu. Proses penyelesaian blok ini dikenali sebagai melombong.
Pada awal penciptaan Bitcoin, proses untuk melombong matawang kripto adalah pantas, murah dan senang. Sesiapa yang memiliki komputer yang sesuai boleh terlibat. Tetapi, rantaian blok Bitcoin sengaja direka khas untuk menggunakan lebih kuasa pengiraan bagi setiap blok baru yang hendak diselesaikan berbanding blok-blok yang lepas. Sekarang, melombong Bitcoin memerlukan rig komputer yang berkuasa tinggi dan mahal.
Masih bersama kami? Teknologi ini mungkin kedengaran kompleks untuk difahami, tetapi cuba anda anggap ia sebagai satu aktiviti perlombongan fizikal seperti emas: sumber akan berkurangan jika anda melombong dengan banyak, oleh itu perlombongan akan memerlukan usaha yang lebih.
Maka disinilah Litecoin bermula.
Diasaskan pada tahun 2011 oleh seorang bekas pekerja Google, Charlee Lee, Litecoin dicipta untuk menjadi versi Bitcoin lebih ‘ringan’. Litecoin dilombong sama seperti Bitcoin, tetapi ia memerlukan kuasa pengiraan yang kurang. Ini menyebabkan proses perlombongan lebih cepat, mudah dan lebih menjimatkan kos untuk melombong. Oleh sebab itu, Litecoin sering dianggap sebagai ‘perak’ kepada ‘emas’ Bitcoin.
Perbezaan Bitcoin dan Litecoin
Bitcoin |
Litecoin |
Dilancarkan pada tahun 2009 |
Dilancarkan pada tahun 2011 |
Bekalan terhad sehingga 21 juta unit sahaja |
Terdapat 84 juta unit |
Anggaran masa transaksi = 10 minit |
Anggaran masa transaksi = 2.5 minit |
Anggaran caj transaksi lebih tinggi |
Anggaran caj transaksi lebih rendah |
Memerlukan rig komputer yang berkuasa tinggi dan mahal |
Boleh dilombong dengan perkakasan yang senang didapati |
Tip
Mahu belajar lagi tentang Litecoin? Layari Portal Pembelajaran kami. Mencari berita terbaru tentang matawang kripto? Baca semuanya di Luno Discover.
Mahu mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar atau menerima Litecoin? Kami ada jawapannya di sini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.