algo coin icon

Algorand ialah platform matawang kripto yang direka untuk menyokong kontrak pintar dan aplikasi desentralisasi (dApps). ALGO – matawang kripto natif bagi Algorand, digunakan untuk transaksi dalam rangkaian ini dan salah satu kaedah untuk melabur.

Algorand tergolong dalam kategori platform kontrak pintar dan merupakan pesaing bagi Ethereum, peneraju konsep kontrak pintar dan dApps namun menghadapi masalah skalabiliti. Algorand bermatlamat untuk menyelesaikan masalah ini melalui konsensus mekanisme Pure Proof-of-Stake (PPoS).

Apa yang menjadikan Algorand unik?

Fokus Algorand adalah terhadap kecekapan dan skalabiliti. Dengan penggunaan mekanisme konsensus desentralisasi, Algorand mencipta protokol lengkap yang cuba untuk menyelesaikan ‘trilemma’ rantaian blok – melaksanakan desentralisasi, skalabiliti dan keselamatan dengan serentak.

Usaha ini boleh dicapai melalui mekanisme konsensus yang digunakan oleh Algorand – Pure Proof-of-Stake (PPoS). PPoS bermatlamat untuk menyelesaikan tiga masalah rantaian blok ini.

PPoS ialah satu mekanisme konsensus yang bersifat amat demokratik, dimana satu koin ALGO tunggal boleh digunakan untuk menyertai fungsi Stake. Kaedah ini adalah berbeza berbanding model Proof-of-Stake lain seperti Ethereum, yang memerlukan sekurang-kurangnya 32 ether (ETH) untuk menjadi pengesah – sekaligus mencipta batas kemasukan yang tinggi untuk pengguna.

PPoS yang dibina oleh Algorand memindahkan risiko sentralisasi dan kesulitan yang berlaku dalam rangkaian dengan meggunakan teknik kriptografik yang dikenali sebagai Verifiable Random Function (VRF). Teknik ini digunakan kepada pencadang blok rawak, yang bertanggungjawab untuk mencadangkan dan mengesahkan blok transaksi baharu berdasarkan Stake mereka dalam rangkaian.

Dalam model Proof-of-Stake tradisional, pencadang blok biasanya ditentukan berdasarkan jumlah matawang kripto yang dijadikan Stake. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan pengagihan kuasa antara peserta yang mempunyai jumlah Stake yang tinggi. Ketidakadilan pengagihan kuasa ini boleh meningkatkan risiko kesulitan, dimana para peserta akan berkomplot untuk memanipulasi rangkaian untuk manfaat mereka sendiri.

Siapa yang mencipta Algorand?

Algorand dicipta pada tahun 2017 oleh seorang saintis komputer dan profesor MIT bernama Silvio Micali. Sebagai ketua penyelidik di Algorand, Micali menyelia pelbagai kajian termasuklah kajian teoritikal, keselamatan dan kripto. Dengan latar belakang pengalaman di Massachusetts Institute of Technology (MIT) sejak 1983, Micali dikenali ramai dari sumbangannya terhadap kriptografi, termasuklah penyahsulitan probabilistik dan Zero-Knowledge Proof. Micali juga merupakan penerima anugerah Turing, salah satu anugerah kehormat dalam dunia sains komputer.

Algorand Foundation

Algorand Foundation ialah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menyelia pendanaan dan pembangunan protokol Algorand. Organisasi ini juga menyokong pendidikan pembangun di university-universiti terkemuka seperti UC Berkeley, MIT dan institusi-institusi terbaik di seluruh dunia.

Organisasi ini mempunyai misi untuk membina platform hebat yang membolehkan ekonomi global bergerak secara inklusif, desentralisasi dan tidak terbatas.

Tip

Ingin meneroka Algorand? Ketahui mengenai asas-asas ALGO dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.

Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli, menjual, menerima atau menghantar ALGO? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda