Bitcoin token on top of a stack of books

Bitcoin ialah wang maya yang boleh dihantar daripada satu individu kepada satu individu lain secara digital tanpa memerlukan campur tangan bank atau entiti kerajaan. Bitcoin juga boleh menjadi aset pelaburan atau penyimpan nilai.

Lebih maklumat tentang Bitcoin

Bitcoin (BTC) ialah salah satu bentuk matawang digital yang diasaskan ketika krisis kewangan 2008. Bitcoin dipercayai dicipta sebagai satu reaksi marah besar-besaran terhadap sistem kewangan semasa.

Petunjuk pertama yang diketahui tentang wujudnya Bitcoin bermula pada Ogos 2008, apabila nama domain bitcoin.org mula didaftar. Beberapa bulan kemudian, pelanggan emel menerima satu kertas bertajuk kriptografi Beberapa bulan kemudian, pelanggan emel Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System, Nama Satoshi Nakamoto disenaraikan sebagai penulis.

Penampilan awam Bitcoin pertama pada Januari 2009, apabila Satoshi Nakamoto mengeluarkan kod sumber terbuka (open-source code) untuk perisian Bitcoin dan mendedahkan blok rantaian blok Bitcoin.

Sejak itu, Bitcoin menjadi matawang kripto pertama yang terkemuka dan dikenali seluruh dunia.

  • Bitcoin bersifat global - IIa boleh dihantar ke sesiapa sahaja, dimana-mana sahaja di dunia, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 setahun – semudah menyerahkan wang tunai biasa.

  • Bitcoin tidak berpusat - Tidak seperti matawang fiat, a berpusat di bank dan dikawal oleh kerajaan. Bitcoin dikawal oleh rangkaian pengguna yang mengawal dan mengesahkan transaksi. Rangkaian Bitcoin mempunyai berpuluh-puluh ribu nod di seluruh dunia untuk mengesahkan semua transaksi yang berlaku di dalam sistem.

  • Transaksi Bitcoin tidak boleh diterbalikkan - Transaksi Bitcoin tidak boleh dibalikkan semula kepada penghantar. Ia juga tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak ketiga seperti entiti kerajaan atau institusi perkhidmatan kewangan.

  • Bitcoin bersifat terbuka - Setiap transaksi yang berlaku di rangkaian Bitcoin boleh diakses secara awam - tanpa sebarang syarat. Transaksi yang diterbitkan adalah bersifat anonim – tiada maklumat peribadi direkodkan kecuali alamat Bitcoin dan amaun.

  • Bitcoin selamat - Apabila setiap transaksi Bitcoin disahkan sebagai unik, ia akan ‘dirantai’ pada blok transaksi lain, dan menjadi mustahil untuk diubah. Kesemua blok ini membentuk rantaian blok. Kriptografi dalam rantaian blok digunakan untuk mengesahkan data dengan pengecam (identifier) yang unik dan tidak boleh dibuka yang mana peserta rangkaian lain boleh mengesahkan menggunakan algoritma kriptografi yang sama.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana melindungi Bitcoin anda dengan selamat di Luno, baca artikel tentang keselamatan di sini.

Insiden keselamatan

Bitcoin telah mengalami insiden keselamatan berikut:

Pepijat inflasi (Ogos 2010)

Penggodam berkemahiran tinggi telah mengeksploitasi kelemahan sebuah integer overflow pada protokol teras Bitcoin untuk mencipta anggaran 184 billion BTC baharu tanpa sumber dalam satu transaksi tunggal. Pembangun segera memperbaiki pepijat tersebut, mengeluarkan versi perisian dikemaskini dan rangkaian dikembalikan semula dalam keadaan sebelum insiden berlaku. Tindakan ini sekaligus membatalkan koin berlebihan dan mengekalkan had bekalan BTC sebanyak 21 juta unit. Sumber: Oreate AI

Godaman Mt. Gox (Februari 2014) 

Mt. Gox, bursa Bitcoin terbesar dunia pada masa tersebut, telah digodam dan penggodam telah mengambil token BTC dengan anggaran nilai sebanyak $460 juta. Walaupun insiden ini merupakan kegagalan keselamatan bagi bursa berpusat, ia memberi impak besar terhadap keseluruhan ekosistem Bitcoin dan sebahagian daripadanya disebabkan oleh masalah kebolehtempaan transaksi sedia ada dalam protokol. Sumber: Crystal Intelligence

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

Bitcoin mempunyai bekalan maksimum sebanyak 21 juta BTC, dengan 95% koin berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~1.10 juta BTC (~5.24% dari jumlah maksimum bekalan token).

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token BTC.

Tip

Mahu belajar lagi tentang Bitcoin? Belajar lagi tentang asas Bitcoin dan dapatkan semua berita terbaru mengenai matawang kripto di Luno Discover.

Mahu mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar, atau menerima Bitcoin? Kami ada jawapannya di sini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?