Saya tidak boleh mengakses aplikasi pengesahan 2FA

Amaran keselamatan penting

Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.

Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.

Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.

Jika telefon bimbit anda hilang, dicuri atau aplikasi Google Authenticator dipadam dari telefon anda, anda boleh mendapatkan akses anda ke Luno semula dengan salah satu cara berikut:

  1. Menyahaktifkan pengesahan dua faktor untuk mengakses kembali akaun anda
  2. Pulihkan kembali pengesahan dua faktor menggunakan kunci tetapan (setup key) anda

Baca artikel terperinci kami untuk mengetahui langkah tentang cara melumpuhkan dan memulihkan pengesahan dua faktor.

Perlu lebih bantuan?

Jika anda tidak mengetahui kunci tetapan 2FA anda, dan anda tidak mempunyai akses ke emel utama atau nombor telefon, kami terpaksa menyahaktifkan fungsi 2FA supaya anda boleh menetapkan semula daripada mula. Kami akan meminta anda untuk mengambil swafoto bersama pengenalan diri dan nota, untuk memastikan permintaan itu datang daripada anda.

Kami berusaha untuk melancarkan penyelesaian masalah anda, jika anda perlukan contoh bagaimana swafoto bersama ID dan nota dilakukan, sila semak artikel bantuan kami di sini. Setelah anda mengambil swafoto bersama ID dan nota, kembali semula ke sini dan pilih Nyahaktifkan 2FA di bawah.

Nota

Selain daripada swafoto, panggilan keselamatan juga mungkin akan diperlukan. Pasukan sokongan Luno akan menelefon anda pada nombor telefon yang telah disahkan pada akaun anda.

Apabila kami 100% bahawa andalah yang melakukan permintaan ini, kami akan menyahaktifkan pengesahan dua faktor pada akaun anda.

 

Nyahaktifkan 2FA

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?