Membuat deposit ke dompet Luno anda amatlah mudah. Setelah anda melakukan pengesahan identiti, anda boleh mendeposit wang ke dompet matawang tempatan anda dengan beberapa langkah mudah.
Cara-cara untuk mendeposit wang
-
Buka aplikasi Luno dan log masuk
-
Pilih Portfolio daripada menu
-
Pilih dompet matawang tempatan anda
-
Pilih Deposit
-
Pilih kaedah untuk menambah nilai dompet anda
-
Ikuti arahan pada skrin
Nota
Anda perlu mengesahkan identiti anda terlebih dahulu sebelum anda boleh membuat deposit.
Ingat
Apabila membuat deposit, pastikan anda 1) Membuat deposit daripada akaun bank tempatan di atas nama anda, 2) deposit dibuat menggunakan perbankan atas talian (kami tidak menerima deposit tunai), 3) anda menggunakan nombor rujukan yang betul (bermula dengan BX atau LN).
Apabila kami menerima deposit anda, kami akan menambahnya ke dalam dompet anda dan akan memberitahu anda melalui emel.
Bank akan mengambil masa sekurang-kurangnya tempoh 2 hari bekerja untuk memproses deposit (lebih lama pada hari minggu, cuti am atau anda membuat deposit di luar waktu). Oleh itu, sila menjangkakan akan ada sedikit waktu menunggu untuk wang anda dipaparkan pada dompet matawang tempatan anda.
Nota
Sila hanya hubungi kami jika anda tidak menggunakan nombor rujukan anda (bermula dengan BX atau LN) atau deposit anda masih tidak dipaparkan selepas tempoh 2 hari bekerja.
Bagaimana untuk mengesahkan pengenalan diri saya?
Sebelum membuat deposit, kami perlu mengesahkan butiran diri anda – seperti nombor telefon dan maklumat peribadi asas. Maklumat ini bergantung pada negara anda tinggal sekarang, rujuk pautan ini untuk menyemak dokumen yang diterima untuk pengesahan pengenalan diri.
Berapa lamakah kaedah deposit ini akan diproses?
Waktu deposit anda diproses adalah bergantung pada negara anda dan hari apakah deposit itu dibuat. Kesemua deposit diproses secara automatik sebaik sahaja Luno menerimanya, tetapi di sesetengah negara, proses ini mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum wang anda dapat dipaparkan di dompet Luno.
Tip
Rujuk maklumat ini untuk menyemak jadual deposit kami.