Luno akan cuba untuk mengekalkan keselamatan matawang kripto anda, tetapi anda sahaja yang boleh melindungi dompet anda daripada cuba dimasuki oleh orang lain. Jika maklumat log masuk anda dicuri dan digunakan untuk mencuri kripto dari dompet Luno anda, tiada apa-apa yang anda boleh lakukan untuk mendapatkannya semula.
Oleh sebab yang demikian, kami telah mencipta senarai amalan baik ini untuk membantu anda mengekalkan keselamatan dompet anda.
Amat penting untuk menggunakan kata laluan yang kukuh. Kata laluan Luno anda bukan sahaja kukuh, ia juga perlu unik.
Jika anda menggunakan kata laluan yang sama pada akaun Luno anda, emel atau media sosial, anda adalah individu yang amat berani.
Namun begitu, ia adalah tindakan yang tidak digalakkan. Gunakan kata laluan yang berlainan, atau gunakan password manager, ia akan membantu anda mencipta dan mengingati kata laluan yang kukuh dan selamat
Tip
Password manager ialah aplikasi pada telefon, tablet atau komputer yang menyimpan kata laluan anda dengan selamat, supaya anda tidak perlu mengingatinya. Aplikasi ini juga boleh menyegerakan (synchronise) kata laluan anda kepada beberapa peranti berbeza, untuk memudahkan anda log masuk di mana-mana.
Anda digalakkan untuk mengemaskini kata laluan anda secara berkala. Kemas kini kata laluan anda di Pusat Sekuriti.
Cara-cara
-
Log masuk ke aplikasi Luno atau laman web, dan pilih Profil daripada menu
-
Pilih Sekuriti, dan kemudian Kata Laluan - di sini anda boleh mengemaskini kata laluan anda
-
Masukkan kata laluan semasa, kemudian masukkan kata laluan baru anda. Pilih SETERUSNYA apabila selesai
-
Masukkan PIN 4-digit Luno untuk mengesahkan kemaskini kata laluan
Berjaya! Anda telah menetapkan semula kata laluan anda. Anda akan menerima SMS untuk mengesahkan perubahan.
Fungsi ini adalah fungsi keselamatan terbaik dan ia sepatutnya tidak dianggap sebagai pilihan. Jika seseorang individu itu mempunyai masa dan kuasa pengkomputeran yang mencukupi, dia boleh meneka apa-apa kata laluan sahaja.
Tip
Kami telah menulis satu artikel untuk membantu anda setkan pengesahan dua-faktor pada akaun Luno anda
Fungsi ini memberikan anda pilihan untuk setkan pengesahan Biometerik (TouchID atau FaceID jika anda pengguna iOS) untuk pelbagai fungsi sekuriti pada akaun Luno anda, seperti menyahkunci aplikasi dan mengesahkan transaksi.
Tip
Anda boleh setkan biometrik dan TouchID/FaceID daripada Pusat Sekuriti dengan memilih Profil daripada menu, kemudian Sekuriti.
Fungsi pada Pusat Sekuriti ini memberikan anda kawalan untuk melihat peranti yang sedang digunakan untuk mengakses akaun Luno anda. Di sini anda mempunyai keupayaan untuk mempercayai peranti anda atau memadam sebarang peranti yang tidak lagi digunakan atau tidak dikenali.
Tip
Pastikan anda peka terhadap tag notifikasi yang mungkin sedang menandakan satu peranti aktif tidak sah. Lebih maklumat mengenai tag notifikasi pada bahagian Kekal Peka di bawah.
Kunci antaramuka pengaturcaraan aplikasi, atau kunci API, ialah kunci unik yang membenarkan sesuatu program untuk mendapat akses ke akaun Luno anda. Jika anda ingin melihat atau menguruskan kunci API anda, pergi ke Pusat Bantuan untuk berbuat demikian.
Luno akan berinteraksi dengan anda melalui emel. Ini adalah cara kami berkomunikasi dengan anda. Jika penjenayah mempunyai akses ke emel anda, anda berisiko tinggi untuk menjadi mangsa penjenayah.
Beberapa perkara yang anda boleh lakukan
-
Gunakan kata laluan yang unik dan kukuh
Amat digalakkan untuk anda mengemaskini kata laluan anda dengan kerap. Kata laluan yang kukuh adalah sekurang-kurangnya 14 aksara dan mengandungi campuran huruf, nombor dan simbol.
-
Setkan pengesahan dua-faktor bagi emel anda
Kebanyakan penyedia emel menyokong Google Authenticator atau sekuriti SMS. Semak tetapan anda.
-
emak fungsi majukan emel pada tetapan
Penyerang biasanya akan mendapatkan akses ke emel anda. Mereka akan kekal senyap dan terlindung. Tanpa pengetahuan anda, mereka akan memasukkan emel milik mereka agar semua emel yang diterima anda akan terus dimajukan kepada mereka. Penyerang ini akan menunggu sehingga masa yang sesuai untuk memulakan aktiviti jenayah mereka. Melalui kaedah ini, kripto anda boleh dicuri walaupun akaun anda telah diceroboh lama dahulu. Semak tetapan majukan emel dan pastikan tiada peranti yang tidak diketahui melog masuk ke mel anda.
-
Jika anda mendaftar Luno menggunakan emel daripada Gmail, berikut adalah sumber tambahan untuk anda:
- Baca artikel bantuan mengenai sekuriti Gmail
- Daftar Advanced Protection Program Google
Laman web
Apabila anda ingin melawat laman web Luno, pastikan alamat laman web (atau URL) adalah alamat Luno https://www.luno.com yang betul.
Tip
ika anda melihat ada perkataan lain di alamat laman web, keluar daripada laman web tersebut secepat mungkin dan laporkan kepada kami secepatnya. Kami akan cuba untuk menutup laman web palsu tersebut.
Emel
Apabila anda menerima emel daripada Luno, pastikan ia benar-benar dihantar oleh Luno. Semak dari mana emel itu diterima sebelum menekan apa-apa pautan – anda boleh melakukannya dengan membuat semakan berganda pada emel pengirim.
-
noreply@mailer.luno.com
-
no-reply@luno.com
-
support@luno.com
Jika anda menerima emel phishing, sila jangan berinteraksi dengan sebarang pautan pada mesej yang diterima. Penyedia emel anda mempunyai butang “laporkan sebagai phishing”. Laporkan segera.
Panggilan telefon
Berhati-hati apabila menerima panggilan telefon dan sentiasa pastikan anda mengetahui siapa yang menghubungi anda. Penjenayah sering menggunakan taktik penyamaran sebagai pekerja di syarikat terkemuka atau badan kerajaan untuk mendapatkan akses ke akaun anda.
Jika anda menerima panggilan daripada kami, kami mungkin akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan sekuriti untuk mengesahkan identiti anda.
Soalan berikut tidak akan ditanya:
-
Kata laluan anda
-
Maklumat perbankan anda
-
Kod pengesahan dua-faktor
-
PIN OTP anda
-
Pautan pengesahan
Tip
Dapatkan maklumat terbaru mengenai penipuan terkini di negara anda di sini:
Baru-baru ini wujud malware yang dipanggil Alien yang menyasarkan pengguna Android menunjukkan penggodam amat berusaha untuk melakukan kegiatan jenayah mereka.
Malware (kata ringkasan bagi malicious software atau perisian berbahaya), ialah sejenis perisian (virus, kuda trojan, rootkits, lain-lain) yang dicipta khas untuk menyebabkan kerosakan kepada komputer, server, klein atau rangkaian komputer. Terdapat pelbagai cara penyerang mahu memperdayakan anda untuk memasang malware. Cara yang terbaik untuk menghentikan perbuatan mereka ialah mengelakkan peranti anda daripada dijangkiti.
Baca sebarang notifikasi yang dihantar oleh Luno dan laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan secepat mungkin kepada kami.
Tag ialah fungsi terbaru yang telah dilaksanakan pada Pusat Sekuriti. Jika terdapat satu peranti baru melog masuk ke akaun anda, atau kunci API baru dicipta pada akaun anda, anda akan menerima ikon notifikasi yang memaparkan tag “Baru” di sebelah item menu Pusat Sekuriti. Ini memudahkan anda untuk melihat dengan pantas jika terdapat sebarang aktiviti baru pada akaun anda. Fungsi ini amatlah berguna untuk mengawasi jika terdapat penyerang telah mendapat akses ke akaun anda.
Jika anda menyedari tag “Baru” dipaparkan pada akaun Luno anda, dan anda tidak log masuk daripada sebarang peranti baru, atau menambah kunci API baru, anda mempunyai kawalan untuk menyahaktifkan peranti tersebut atau padam kunci API yang baru dicipta tadi.
Tag notifikasi akan hilang apabila anda terus ke Peranti Aktif atau item API pada menu.
Ringkasnya, tiada masa yang dibazirkan dalam usaha menambah baik keselamatan. Kekal selamat dan sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan keselamatan, kami sedia membantu.