Peringatan ‘scam’ bagi pelanggan Luno

Matawang kripto menarik minat semua orang – termasuklah scammer atas sebab-sebab yang sama: pembayaran yang pantas dan tidak boleh diterbalikkan. Namun pada masa yang sama, oleh kerana matawang kripto merupakan teknologi yang boleh dianggap baharu, scammer boleh mengambil peluang memperdaya pengetahuan orang awam mengenai matawang kripto.

Kami ingin anda selamat dan ingat, ilmu adalah kuasa. Oleh itu, kami menyenaraikan beberapa contoh yang dikesan baru-baru ini:

Penyamar kakitangan Luno

screenshots of scam social media profiles pretending to be Luno traders on LinkedIn and Instagram

Luno adalah platform matawang kripto yang dipercayai oleh berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. Untuk mendapatkan kepercayaan mangsa, scammer akan mendakwa mereka bekerja untuk Luno sebagai pedagang, ejen atau pengurus akaun agar anda memindahkan wang kepada mereka, atau memberi kawalan akaun anda.

Bagaimana untuk mengenal pasti penyamar

Individu yang mendakwa mereka ‘bekerja’ untuk Luno akan:

  • Menawarkan dagangan bagi pihak anda, atau menguruskan akaun Luno anda

  • Menjanjikan keuntungan pantas (biasanya dalam tempoh 4 jam)

  • Berkomunikasi terus melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram, atau menghantar DM terus ke profil media sosial anda

  • Meminta akses ke akaun Luno atau akaun bank anda

  • Menghubungi anda dengan alamat emel bukan dari Luno; seperti Gmail, Hotmail atau Yahoo

LUNO TIDAK AKAN:

  • Menggajikan pedagang atau pengurus akaun

  • Menjanjikan keuntungan

  • Memberikan anda nasihat kewangan atau dagangan

  • Meminta anda untuk memberi akses ke akaun anda, atau mengesahkan transaksi bagi untuk kami

  • Menghubungi anda terus melalui WhatsApp atau Telegram, atau melalui profil media sosial peribadi

Kami hanya akan menghubungi anda melalui:

  • Aplikasi Luno

  • Alamat-alamat emel berikut:

    • noreply@mailer.luno.com

    • no-reply@luno.com

    • support@luno.com

  • Akaun media sosial yang disenaraikan di sini

Tip

Jika terdapat mana-mana individu yang mendakwa mereka bekerja dengan Luno dan ingin membantu anda menjana pendapatan, blok dan laporkan komunikasi tersebut. Mereka adalah scammer.

SMS Phishing

examples of phishing SMSs telling you to follow a link to avoid the suspension of your Luno account

Bagaimana mereka bekerja

  • Anda akan menerima SMS yang tidak dijangka untuk meminta anda mengemaskini atau mengesahkan akaun Luno anda

  • SMS biasanya akan berbaur ugutan – akaun anda akan dihalang, digantung atau dinyahaktifkan jika anda tidak melakukan tindakan yang dinyatakan dalam SMS tersebut

  • Pautan ini akan membawa anda ke laman web palsu Luno. Apabila anda cuba untuk log masuk ke laman web ini, anda akan mendapat mesej ralat – namun scammer telah berjaya mendapatkan maklumat log masuk anda

  • Anda kemudian akan menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa mereka dari Luno untuk membantu anda mengemaskini atau mengesahkan akaun anda

  • Scammer ini kemudian akan memperdaya anda memberikan kod OTP atau 2FA, atau mempercayai peranti mereka

  • Scammer akan melog masuk ke akaun anda dan mencuri wang anda

Bagaimana untuk melindungi diri anda dari scammer?

Luno tidak akan sesekali

  • Menghantar pautan yang diringkaskan seperti https://bit.ly

  • Meminta anda untuk meningkatkan keselamatan, mengemaskini, menaiktaraf, membuat pengesahan semula atau mengesahkan akaun Luno anda melalui SMS

  • Meminta anda untuk berkongsi kata laluan, kod OTP atau 2FA dengan sesiapa

  • Meminta anda untuk berkongsi pautan pengesahan dengan sesiapa

  • Meminta anda untuk mengesahkan tindakan yang tidak dibuat oleh anda

  • Meminta anda untuk mempercayai atau menyambung perati yang bukan milik anda

Tip

Ketahui lagi bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penipuan phishing.

Soalan lazim

Mereka tidak tahu. Scammer menghantar SMS yang sama ke satu senarai nombor telefon secara rawak, dengan harapan beberapa nombor telefon yang tersenarai dalam senarai mereka adalah pelanggan Luno. Ramai individu yang menerima SMS tersebut tidak mempunyai akaun Luno.

Terdapat beberapa kemungkinan – kebocoran data, senarai telepemasaran, penjana nombor telefon rawak, dan pelbagai lagi. Namun kami ingin menegaskan, dan yang pasti; mereka tidak menerima nombor telefon anda daripada kami. Kami adalah amat serius dalam memastikan keselamatan dan privasi anda, dan kami tidak pernah mengalami kebocoran data pelanggan.

“Pelabur” media sosial

Bagaimana mereka berkerja?

  • Scammer akan menghubungi anda di media sosial untuk menawarkan peluang melabur matawang kripto, option binari atau matawang asing (forex) bagi pihak anda

  • Scammer kadang-kala akan menyamar sebagai wakil/ejen Luno

  • Mereka akan menjanjikan anda pulangan besar dalam tempoh masa yang amat singkat (terima RM50,000 dalam masa 7 hari dengan melabur RM1,000, atau mendapat keuntungan berganda dalam tempoh 48 jam)

  • Selepas beberapa hari, mereka akan berkongsi tangkap layar (atau pautan ke laman web) yang memaparkan “keuntungan” anda

  • Mereka kemudian akan meminta anda untuk memindahkan lebih wang sebelum mereka ‘memproses keuntungan’ anda. Berikut adalah beberapa alasan yang diberikan:

    • Yuran perundingan

    • Caj pendaftaran dan pengesahan

    • Caj untuk cukai

    • Caj pengeluaran profit

    • Caj kos pemindahan (COT)

    • Atau mereka akan meminta anda untuk “tambah nilai” dompet untuk meningkatkan pelaburan dan menaiktaraf akaun

  • Untuk membayar caj-caj yang ‘dikenakan’ ini, mereka akan meminta anda untuk menghantar matawang kripto ke alamat dompet yang tidak diuruskan oleh Luno. Ini bermaksud Luno tidak dapat mendapatkan semula dana yang dipindahkan

  • Sebaik sahaja pembayaran dibuat, mereka akan memberitahu anda terdapat beberapa lagi kos-kos tersembunyi yang perlu dibayar, atau mereka akan terus memblok anda dan menghilangkan diri

Bagaimana untuk melindungi diri anda dari menjadi mangsa?

  • Jangan sesekali percaya sebarang janji yang menawarkan anda peluang untuk mendapat sejumlah wang besar dengan sangat pantas. Pulangan dalam pelaburan tradisional adalah di antara 1% hingga 10% setahun – jika lebih, ia mungkin satu scam pelaburan

  • Jangan sesekali menghantar matawang kripto keluar dari akaun Luno ke alamat yang anda ragu-ragu. Sentiasa ingat: tiada cara untuk Luno mendapatkan semula matawang kripto yang telah dihantar keluar

  • Jadi seorang yang skeptikal terhadap “pakar pelaburan” atas talian. Mereka akan membuat apa-apa sahaja untuk meyakinkan anda – sesetengah daripada mereka mungkin mempunyai laman web dan sijil-sijil yang kelihatan asli. Perkara-perkara ini mudah untuk dipalsukan

  • Mereka juga kadang-kala akan mendakwa berasal dari Amerika Syarikat atau Eropah, dan mengajak anda untuk “melabur” dalam USD, dan bukan RM

  • Jangan terpedaya dengan gaya hidup mewah yang ditunjukkan, atau wang yang ‘dijana’ untuk ‘pelanggan’ mereka – ini adalah palsu

  • Jika mereka mendakwa mereka bekerja untuk Luno, ya mereka adalah scammer. Luno tidak pernah. menggajikan mana-mana pelabur atau pengurus akaun yang melabur bagi pihak pelanggan

  • Luno tidak akan menghubungi anda melalui WhatsApp atau Telegram

  • Semua akaun media sosial rasmi, termasuk kumpulan Telegram boleh disemak di sini. Jika ia tidak disenaraikan, maka ia bukan dikendalikan oleh kami.

Penipuan penerimaan kripto

a scam SMS stating that there's a Bitcoin lottery prize that needs to be claimed

Bagaimana mereka bekerja

Anda akan menerima emel atau mesej yang tidak dijangka – menyatakan yang anda telah “menerima” atau “memenangi” matawang kripto. Tetapi anda perlu melengkapkan tindakan tertentu untuk menerima ‘dana’ tersebut.

Tindakan tersebut mungkin:

  • Menekan pautan yang membawa anda ke laman web palsu (ia mungkin kelihatan seperti Luno)

  • Memuat turun lampiran yang akan memasang virus ke dalam peranti anda

  • Membayar caj untuk menerima dana

Bagaimana untuk melindungi diri anda dari menjadi mangsa?

  • Jadi seorang yang skeptikal terhadap wang percuma. Jika anda tidak membuat pembelian kripto baharu, tidak menebus kod promosi, atau tidak meminta sesiapa untuk menghantar kripto kepada anda, tiada sebab untuk anda menerima mesej mengenai penerimaan kripto ke dalam dompet Luno anda

  • Ingat: anda tidak perlu membayar caj atau mengesahkan transaksi apabila anda menerima matawang kripto

  • Sentiasa menyemak alamat emel – jika ia tidak mempunyai “luno.com” selepas simbol @, emel tersebut bukan daripada kami. Berikut adalah aamat-alamat emel rasmi Luno yang digunakan untuk pelbagai jenis komunikasi dengan pelanggan kami:

  • Semak ejaan, tatabahasa atau sebutan yang salah – kami cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan kesilapan ini

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda