Kebanyakkan pelanggan Luno tidak menghantar keluar matawang kripto secara kerap. Mereka biasanya menggunakan Luno untuk membeli, menjual atau menyimpan matawang kripto. Atas sebab ini, dan untuk perlindungan tambahan, fungsi hantar kripto dimatikan secara lalai apabila anda mendaftar akaun Luno.
Sebelum anda menghantar matawang kripto, anda perlu menghidupkan fungsi hantar dahulu. Apabila anda telah menghantar matawang kripto, kami mencadangkan anda untuk mematikan semula fungsi hantar jika anda tidak bercadang untuk menggunakannya dalam masa terdekat.
Mengapa saya perlu matikan hantaran kripto?
Apabila fungsi kripto dimatikan, penyerang tidak akan dapat menghantar matawang kripto serta merta jika individu tersebut dapat masuk ke akaun anda. Untuk melindungi wang anda, terdapat tempoh menunggu yang lama (antara tempoh 24 jam sehingga 14 hari) sebelum fungsi hantar dihidupkan semula. Tempoh ini memberikan anda sedikit masa untuk melaporkan sebarang aktiviti tidak sah dan melindungi akaun anda.
Amaran!
Setelah anda menghantar matawang kripto, anda perlu mematikan fungsi hantar matawang kripto semula jika anda tidak bercadang untuk menghantar sebarang kripto dalam masa terdekat.
Luno tidak akan menggalakkan anda untuk menghidupkan fungsi hantar atau mengarahkan anda untuk menghantar matawang kripto ke alamat dompet lain. Berhati-hati dengan penipuan.
Bagaimana untuk matikan fungsi hantar matawang kripto daripada dompet saya?
- Log masuk ke Luno
- Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
- Pilih Sekuriti
- Pilih Hantar matawang kripto
- Tekan butang MATIKAN HANTAR
- Anda akan diminta untuk mengesahkan tindakan ini
Anda telah berjaya melindungi matawang kripto anda dengan mematikan fungsi hantar.
Bagaimana untuk hidupkan fungsi hantar kripto semula di masa depan?
Pergi ke Profil > Sekuriti > Hantar matawang kripto. Anda perlu mengesahkan yang anda memahami risiko, sahkan perubahan melalui emel atau notifikasi push, kemudian tunggu fungsi hantar dihidupkan pada tarikh dan masa yang dipaparkan.
Nota
Apabila anda menghidupkan fungsi hantar, pastikan anda menggunakan peranti yang sama untuk melengkapkan keseluruhan tindakan, atau jika anda menggunakan beberapa peranti, pastikan semua peranti disambung dengan router yang sama dan tutup fungsi VPN jika perlu.