Saya kehilangan akses ke akaun Luno saya. Bagaimana untuk memulihkan semula akaun saya?

Amaran keselamatan penting

Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.

Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.

Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.

Jika anda kehilangan akses ke akaun Luno anda, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan semula akses, bergantung pada situasi anda

Kod pengesahan 6-digit saya tidak berfungsi

Salah satu sebab biasa pengesahan dua-faktor tidak berfungsi ialah kerana tetapan masa pada peranti mudah alih anda tidak tepat. Ikuti langkah ini untuk membetulkan pengesahan dua faktor pada telefon anda.

Saya tidak dapat mengakses aplikasi pengesahan saya

Jika anda peranti mudah alih anda hilang, dicuri atau Google Authenticator/Authy telah dipadam pada peranti mudah alih anda, ikuti langkah-langkah pada artikel ini untuk mendapatkan semula akses ke akaun Luno anda.

Saya terlupa kata laluan saya

Jika anda terlupa kata laluan dan anda tidak dapat mengakses akaun anda, gunakan Pemulihan Akaun untuk menukar kata laluan. Log masuk ke Luno dan tekan Lupa Kata Laluan. Satu skrin akan dipaparkan untuk mengakses ke Pemulihan Akaun.

Anda memerlukan perkara berikut untuk menukar kata laluan anda:

  • Akses ke emel anda - untuk menerima PIN 6-digit sekali guna

  • Akses ke nombor telefon anda - untuk menerima PIN 6-digit sekali guna

Jika anda menggunakan aplikasi 2FA (pengesahan dua-faktor), anda perlukan perkara berikut untuk menukar kata laluan anda:

  • Akses ke emel anda - untuk menerima PIN 6-digit sekali guna

  • Akses ke aplikasi 2FA anda - untuk masukkan kod 2FA 6-digit

Jika anda masih tidak mengesahkan nombor telefon anda, anda perlukan perkara berikut untuk menukar kata laluan anda:

  • Akses ke emel anda - untuk menerima PIN 6-digit sekali guna

Anda juga boleh menghubungi kami jika

  • Tidak mempunyai akses ke emel anda untuk menerima PIN 6-digit sekali guna

  • Tidak mempunyai akses ke nombor telefon anda untuk menerima PIN 6-digit sekali guna

  • Tidak mempunyai akses ke aplikasi pengesahan dua-faktor untuk memasukkan kod 2FA 6-digit

  • Anda tidak mengetahui kunci tetapan 2FA (2FA setup key) untuk mengembalikan aplikasi pengesahan anda.

Saya tidak dapat mengakses peranti dipercayai saya

Jika anda tidak lagi mempunyai akses kepada peranti dipercayai anda, anda boleh nyahpaut peranti lama dan menambah peranti baharu dengan mudah.

PIN sekali guna (OTP) akan dihantar melalui pemberitahuan segera ke peranti dipercayai anda apabila anda log masuk ke akaun Luno. Anda boleh nyahpaut peranti dipercayai yang lama walaupun ia tidak lagi digunakan.

Nota

Pastikan anda masih boleh menerima SMS dengan nombor telefon asal anda untuk melengkapkan langkah ini.

Cara untuk nyahpaut peranti dipercayai anda:

  1. Pastikan anda log masuk menggunakan aplikasi Luno pada peranti baharu yang dipercayai
  2. Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
  3. Pilih Keselamatan
  4. Pergi ke Peranti
  5. Pilih peranti dipercayai yang ingin dinyahpaut dan tekan KELUARKAN

Peranti dipercayai yang lama kini telah dinyahpaut, dan OTP untuk log masuk seterusnya akan dihantar melalui e-mel.

Tip

Jika anda tidak dapat nyahpaut peranti dipercayai anda, pilih hubungi sokongan untuk berhubung dengan kami.

Saya kehilangan telefon (atau telefon telah dicuri), apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda kehilangan telefon atau telefon anda telah dicuri, kami tidak mengesyorkan anda untuk menutup akaun atau mencuba membuka akaun baharu. Membuka akaun baharu boleh menyebabkan wujudnya akaun pendua yang tidak disahkan, sekali gus menyukarkan proses pemulihan akaun.

Hubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan

Jika anda masih belum dapat menyelesaikan masalah ini, hubungi kami supaya kami dapat membantu melindungi akaun dan mendapatkan semula akses kepada akaun Luno anda.

Bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan terbaik, sila berikan maklumat lengkap dalam permintaan anda. Berikut beberapa tip untuk penyelesaian yang lebih cepat.

 

Hubungi sokongan

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?