Cosmos diasaskan pada tahun 2014 dengan misi untuk mencipta rantaian blok internet, membolehkan pelbagai rantaian blok untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dengan lancar. Matawang natif Cosmos, ATOM, digunakan sebagai medium tukaran dan melindungi rangkaian melalui fungsi Stake.
Tip
Sesetengah bursa mungkin memerlukan memo untuk menerima ATOM. Pastikan anda memasukkan sekali memo ini jika berkenaan. Anda tidak perlu menggunakan memmo apabila membuat penghantaran ATOM ke dompet Luno anda. Ketahui lagi mengenai memo.
Masalah yang ingin diselesaikan oleh Cosmos:
Terdapat tiga masalah utama untuk diselesaikan oleh Cosmos:
1. Kebolehoperasian: Terdapat beratus-ratus rantaian blok berbeza, namun setiap satunya cenderung untuk beroperasi secara terasing, dan tidak boleh berinteraksi dengan rantaian blok luar dari kawasannya. Masalah ini merupakan halangan bagi projek-projek yang mempunyai keperluan untuk dilebarkan ke pelbagai rantaian blok. Cosmos boleh memudahkan pertukaran aset dan data dengan mudah di antara pelbagai rantaian blok, membuka peluang untuk pelbagai penggunaan.
2. Kebolehskalaan: Rangkaian kripto biasanya akan menghadapi kesesakan dan masa transaksi yang lebih perlahan selepas berkembang. Cosmos menyediakan penyelesaian dengan menyediakan pelbagai rantaian untuk bergerak secara selari, mengurangkan masalah kebolehskalaan ini dan memastikan keseluruhan sistem tidak menjadi perlahan apabila ia berkembang.
3. Kehormatan: Banyak projek-projek rantaian blok mempunyai sistem tadbir urus sendiri yang mungkin boleh menyebabkan konflik dan kerapuhan. Cosmos memperkenalkan model tadbir urus yang memperkuasakan komuniti untuk mentadbir urus rantaian-rantaian individu secara autonomi, namun masih kekal bersambung dengan rangkaian Cosmos lebih luas.
Bagaimana Cosmos berfungsi
Rangkaian Cosmos menggunakan model “Hub and Zones”. Pusat rangkaian ialah Cosmos Hub, rantaian blok pertama yang dilancarkan pada rangkaian Cosmos. Ia merupakan rantaian blok utama bagi sistem Cosmos. Rantaian-rantaian blok lain dikenali sebagai “Zone”, dan dihubungkan ke Cosmos Hub. Setiap Zone beroperasi secara bebas – ia boleh menetapkan undang-undang tadbir urus sendiri dan menggunakan pengesahnya sendiri tetapi masih boleh menikmati manfaat-manfaat rangkaian Cosmos.
Kunci utama bagi kebolehoperasian dalaman Cosmos ialah protokol Inter-Blockchain Communication (IBC). IBC membolehkan rantaian-rantaian blok berbeza dalam rangkaian Cosmos berkomunikasi dengan satu sama lain dan memindahkan aset dengan selamat dan efisyen.
‘Jantung’ rangkaian Cosmos ialah mekanisme konsensus Tendermint Core Tendermint ialah sistem Byzantine Fault Tolerant (BFT), bermaksud ia boleh terus beroperasi dengan betul walaupun satu pertiga nod rangkaian gagal berfungsi atau digodam.
ATOM ialah matawang kripto natif bagi Cosmos, dan ia memainkan peranan penting dalam melindungi dan menggerakkan rangkaian. Pemilik-pemilik ATOM boleh menyertai tadbir urus rangkaian serta membuat keputusan terhadap kemaskini dan perubahan protokol. Tambahan juga, peserta boleh menjadikan ATOM sebagai Stake untuk menyokong keselamatan rangkaian dan menerima ganjaran.
Cosmos memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan industri kripto, menawarkan penyelesaian yang menghubungkan jurang di antara rantaian-rantaian blok.
Tip
Ingin meneroka Cosmos? Ketahui mengenai asas-asas ATOM dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui lagi cara-cara untuk membeli dan menjual ATOM? Dapatkan jawapan pada artikel bantuan berikut:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.