Curve illustration

Curve ialah platform penggerak pasaran (market maker) – bursa desentralisasi yang membolehkan pengguna untuk meniagakan matawang kripto seperti stablecoin dan pada masa yang sama, meminimakan kerugian nilai dagangan disebabkan perubahan harga. Curve berbeza dari platform penggerak pasaran lain kerana platform ini hanya menyenaraikan matawang kripto yang mempunyai fungsi hampir sama. Sebagai contoh, dua jenis stablecoin yang ditambat ke Dolar AS membolehkan Curve untuk beroperasi lebih cekap dan menawarkan caj lebih rendah.

Bagaimana Curve berfungsi?

Curve menggunakan algoritma yang membantu pengguna untuk meniagakan stablecoin dan matawang-matawang kripto kurang volatil lain dengan “slippage” (perbezaan harga di antara harga jangkaan dan harga apabila dagangan dibuat) minimum. Melalui kaedah ini, Curve boleh diniagakan dengan nilai yang boleh dijangkakan serta kurang ‘kejutan’ terhadap pulangan yang diterima.

Penggerak pasaran automatik ialah sejenis algoritma yang dibina pada teknologi rantaian blok. Proses perlaksanaan dagangan dibuat secara automatik pada bursa desentralisasi (DEX).

Tidak seperti bursa tradisional yang perlu mengharapkan penjual dan pembeli menawarkan harga-harga berbeza untuk sesuatu aset, penggerak pasaran automatik menggunakan kolam kecairan dengan kripto yang diambil dari pengguna lain dan dikumpulkan serentak. Setiap kolam mengandungi pasangan matawang kripto khas yang disokong pada protokol Curve. Kolam kecairan ini direka untuk menyediakan jenis-jenis matawang kripto yang bersifat hampir sama – biasanya stablecoin – satu pendekatan untuk mengurangkan kerugian dan mengekalkan caj rendah.

Protokol ini kemudian menghubungkan pengguna dengan pasaran bursa berbeza, berdasarkan kadar caj yang bersesuaian dengan mereka. Curve memberi ganjaran kepada pengguna yang mendeposit kripto milik mereka ke dalam kolam kecairan Curve.

Bagaimana kolam kecairan berfungsi

Pemilihan pasangan niaga - Penyedia kecairan akan memilih kolam kecairan spesifik dan pilih pasangan matawang kripto pilihan mereka. Sebagai contoh, kolam kecairan mungkin melibatkan stablecoin seperti USDT dan USDC.

Sumbangan nilai setara - Penyedia kecairan akan mendeposit sejumlah nilai stablecoin (kedua-dua pasangan niaga) yang setara ke dalam kolam kecairan pilihan. Contohnya, $100 USDC dan $100 USDT. Kripto yang dideposit akan mewakili ‘stake’ mereka di dalam kolam kecairan. Protokol Curve akan mengira kadar tukaran awalan berdasarkan jumlah token yang disediakan.

Menerima caj - Penyedia pasaran menerima caj dari dagangan yang berlaku dalam kolam kecairan. Apabila pengguna menukar USDT kepada USDC, mereka akan dikenakan caj. Sebahagian dari caj ini akan diberikan kepada penyedia kecairan, dengan nilai yang setara dengan stake mereka dalam kolam kecairan.

Fungsi Stake CRV - Sesetengah penyedia kecairan mungkin memilih untuk menjadikan CRV mereka sebagai stake (Token CurveDAO) sebagai langkah tambahan. CRV yang dijadikan stake akan memberikan ganjaran tambahan dan kuasa pengundian dalam tadbir urus protokol.

Apakah matawang kripto untuk Curve?

Matawang kripto natif bagi Curve ialah Curve DAO (CRV). Matawang kripto ini memainkan peranan penting dalam protokol kewangan Curve.

Pemegang CRV boleh menyertai tadbir urus protokol Curve. Mereka boleh mengundi cadangan-cadangan yang mungkin memberi kesan terhadap pelbagai aspek protokol seperti struktur caj, fungsi-fungsi baharu atau perubahan dalam parameter kontrak pintar.

Pengguna boleh menjadikan CRV mereka sebagai stake untuk menerima ganjaran kripto dalam bentuk token CRV tambahan atau berkongsi caj yang dijana dari setiap dagangan. Fungsi Stake CRV memberi manfaat terhadap kolam kecairan, kerana pengguna memberi sumbangan terhadap kecairan platform. Ganjaran yang diterima berdasarkan jumlah CRV yang dijadikan Stake, serta tempoh Stake dibuat.

Siapakah pengasas Curve?

Curve Finance diasaskan oleh Michael Egorov, seorang jurutera perisian Russia dengan latar belakang pendidikan dalam matematik dan sains komputer. Egorov mencipta Curve untuk menyelesaikan masalah dalam kewangan desentralisasi (DeFi), terutamanya dagangan stablecoin. Masalah utama yang ingin diselesaikan oleh Curve ialah isu ‘slippage’, satu isu yang sering berlaku apabila stablecoin diniagakan pada bursa desentralisasi tradisional.

‘Slippage’ merujuk kepada perbezaan harga di antara harga jangkaan dari dagangan dengan harga dagangan sebenar selepas diniagakan. Bagi stablecoin, meminimakan perbezaan harga ini adalah penting untuk memastikan kecekapan dagangan kerana stablecoin direka untuk mengekalkan nilai yang stabil seperti matawang fiat.

Dengan memberikan fokus terhadap stablecoin, Curve bermatlamat untuk mencipta persekitaran perniagaan yang lebih stabil dan cekap modal agar pengguna tertarik untuk meniagakan stablecoin mereka atau menyediakan kecairan kepada pasaran-pasaran tersebut.

Bagaimana struktur Curve?

Curve ialah organisasi desentralisasi automatik (DAO). Keputusan biasanya dibuat oleh komuniti pelabur CRV melalui proses tadbir urus desentralisasi. Struktur DAO selari dengan prinsip-prinsip kewangan desentralisasi (DeFi).

Tokenomi

Bekalan edaran semasa CRV adalah sekitar 1.08 bilion, dan bekalan terhad pada angka 3,303,030,299.

Nota

Di Luno, anda hanya membeli, menjual, menghantar atau menerima CRV, seperti mana-mana koin lain yang kami sokong. Aset kripto yang disimpan dalam dompet Luno anda tidak terlibat dalam fungsi protokol Curve, seperti penguncian undi atau tadbir urus. Jika anda ingin menyertai perkara tersebut, anda boleh melawat laman web Curve untuk mengetahui lebih lanjut.

Insiden keselamatan

Curve telah mengalami insiden keselamatan berikut:

Eksplotasi Kemasukan Semula Vyperlang (Julai 2023)

Eksploitasi kemasukan semula (reentry) telah ditemui pada versi bahasa pengaturcaraan Vyper spesifik (0.2.15, 0.2.16 dan 0.3.0) yang digunakan untuk beberapa kolam kecairan berasaskan ETH. Insiden ini telah menyebabkan anggaran kehilangan sebanyak $73.50 juta dalam mata wang kripto, walaupun lebih kurang $53.30 juta telah dipulangkan semula ke pihak-pihak yang terjejas. Sumber: Merkle Science

Rampasan DNS Front-end (Ogos 2022)

Bahagian hadapan (Front-end) Curve Finance telah dirampas melalui serangan DNS. Insiden ini telah mengelirukan pengguna ke laman web penyamaran berbahaya dan mereka diarahkan untuk mengesahkan transaksi ke satu kontrak yang tidak dapat disahihkan, menyebabkan penyerang berjaya merompak lebih dari $500,000.00 nilai aset-aset seperti USDC dan DAI. Bahagian hadapan Curve Finance dipulihkan semula pada keesokkan harinya. Sumber: Certik

Serangan DNS Front-end DNS (Mei 2025)

Dalam satu insiden berlainan, penyamar berbahaya berjaya menggodam domain bahagian hadapan Curve dan mengelirukan pengguna ke laman web penyamaran yang mengakibatkan kerugian dana pengguna sebanyak $3.5 juta. Serangan tersebut merupakan godaman domain yang membawa kepada cubaan phishing, dimana dompet penjenayah tersebut disambung dengan infrastruktur drainer dikenali. Sumber: Hypernative

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

Curve mempunyai bekalan maksimum sebanyak 3.03 billion CRV, dengan 48% berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~1.83 billion CRV (~60.4% dari jumlah maksimum bekalan token).

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token CRV.

Tip

Ingin meneroka Curve lebih lagi? Ketahui asas-asas CRV dan dapatkan berita terbaru mengenai matawang kripto di Luno Discover.

Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli, menjual, menerima atau menghantar CRV? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?