aave coin illustration

Dalam sistem kewangan tradisional, aktiviti pinjaman biasanya diuruskan oleh institusi kewangan berpusat seperti bank atau pihak-pihak tengah lain. Penglibatan pihak-pihak ini biasanya akan mewujudkan pelbagai masalah – ketidakcekapan, penapisan dan banyak lagi.

Namun bagi Aave, matawang kripto ini menghubungkan peminjam dan pemberi pinjam pada platformnya, tanpa memerlukan pihak tengah. Aave melakukannya dengan menggunakan kontrak pintar yang mengautomasikan dan menjalankan perjanjian pinjaman.

Aave menyokong pasaran pinjaman untuk lebih dari 20 matawang kripto berbeza pada pelbagai rantaian blok, termasuklah Ethereum, Polygon dan Fantom.

Tip

Aave disebut sebagai "AH-vay." Bayangkan anda menyebut "ah" dengan nada terkejut, diikuti dengan "vay" seperti dalam sebutan "tray."

Bagaimana Aave berfungsi?

Pengguna boleh melibatkan diri dalam platform ini sebagai pembekal atau peminjam. Pembekal menyediakan kecairan dengan menyediakan matawang kripto dan menerima ganjaran berdasarkan jumlah yang diberi pinjam, manakala peminjam boleh meminjam kripto dan membayar faedah berdasarkan jumlah yang dipinjam. Kadar faedah ditadbir urus oleh algoritma yang akan menyelaraskan kadar faedah berdasarkan permintaan dan bekalan dalam pasaran.

Aave berfungsi dengan mengumpul deposit daripada pengguna dan diletakkan di dalam “kolam kecairan”. Kolam kripto ini kemudian digunakan oleh sistem sebagai pinjaman kepada pengguna lain. Ia seperti akaun simpanan yang boleh digunakan oleh Aave untuk memberikan pinjaman dengan pantas dan mudah kepada sesiapa yang memerlukan.

Protokol sistem pinjaman ini juga bermatlamat untuk menjadikan aktiviti pinjaman lebih selamat dan fleksibel. Aave menggunakan gabungan kontrak automatik, cagaran dan algoritma khas untuk menguruskan risiko-risiko pinjaman. Melalui cagaran, peminjam perlu membuat amaun deposit lebih dari kripto yang dipinjam, sekaligus akan melindungi pemberi pinjam dari kerugian. Kontrak pintar menguruskan maklumat pinjaman seperti kesediaan dana dan kadar faedah. Algoritma Aave memastikan keselamatan pembekal dengan menjual cagaran peminjam jika perlu. Peminjam boleh membayar semula pinjaman pada bila-bila masa dan ia akan mengurangkan risiko kehilangan cagaran. Aave juga mempunyai perkhidmatan pinjaman segera, bayaran pinjaman pantas yang mengetengahkan bayaran tepat pada masanya.

Peminjam boleh berinteraksi dengan protokol Aave melalui aplikasi laman web Aave dan menggunakan dompet digital desentralisasi. Selepas itu, mereka boleh membuat deposit pada matawang kripto yang ingin dipinjam.

Apakah matawang kripto natif Aave?

AAVE ialah matawang kripto natif bagi rangkaian Aave dan digunakan untuk pentadbiran serta fungsi Stake. Pemegang token AAVE boleh menyertai pentadbiran platform ini dan mempunyai hak untuk mengundi bagi pelbagai perkara seperti kolam baharu, aset baharu, penyuntingan parameter kolam, caj platform dan kemaskini platform.

Jumlah bekalan AAVE adalah terhad kepada 16 juta token. Jejak bekalan terkini di sini.

Siapakah pengasas Aave?

Stani Kulechov mengasaskan Aave dengan matlamat untuk mencipta platform pinjaman desentralisasi. Aave secara rasmi diasaskan pada tahun 2017 dengan nama ETHLend. Fokus awal platform ini ialah pinjaman peer-to-peer menggunakan kontrak pintar pada rantaian blok Ethereum. Apabila projek ini semakin berevolusi, ia dijenamakan semula sebagai ‘Aave’ yang bermaksud “hantu” dalam bahasa Finnish – satu simbol terhadap ketelusan dan desentralisasi.

Apakah struktur kewangan Aave?

Aave beroperasi sebagai organisasi automatik desentralisasi (DAO). Ini bermaksud keputusan mengenai kemaskini protokol dan perubahan dibuat oleh pemegang Aave melalui undian. Melalui sistem ini, Aave menggunakan pendekatan demokratik dan dipacu oleh komuniti terhadap pembangunan dan tadbir urus protokol.

Note

Di Luno, anda hanya membeli, menjual, menghantar atau menerima AAVE. Aset kripto yang disimpan dalam dompet Luno anda tidak terlibat dalam aktiviti pinjaman atau peminjaman di rangkaian Aave. Jika anda ingin menyertainya, anda boleh mengetahui lebih lanjut di laman web Aave.

Tip

Ingin meneroka Aave lebih lagi? Ketahui asas-asas AAVE dan dapatkan berita terbaru mengenai matawang kripto di Luno Discover.

Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli, menjual, menerima atau menghantar AAVE? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda