Bagaimana untuk memadam peranti dipercayai?

Amaran keselamatan penting

Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.

Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.

Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.

Peranti dipercayai ialah satu fungsi keselamatan yang menghantar notifikasi terus ke aplikasi Luno anda. Fungsi ini membantu dalam melindungi akaun anda dari diceroboh.

Jika anda ingin memadam mana-mana peranti (telefon pintar atau tablet) sebagai peranti dipercayai bagi akaun Luno anda (contohnya jika anda menukar telefon pintar atau kehilangan peranti), anda boleh melakukannya sendiri. Apabila peranti tersebut dipadam, ia tidak akan lagi menerima notifikasi push berkenaan keselamatan akaun.

Nota

Jika anda mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor (2FA), anda mungkin tidak dapat membuang peranti dipercayai menggunakan langkah-langkah ini. Sila nyahaktifkan 2FA buat sementara waktu, kemudian cuba lagi. Aktifkan semula 2FA selepas itu untuk memastikan akaun anda kekal selamat.

Bagaimana untuk memadam peranti dipercayai

  1. Log masuk ke akaun Luno anda
  2. Pada bahagian atas kiri, tekan huruf nama anda untuk mengakses profil Luno
  3. Pilih Sekuriti
  4. Pergi ke Peranti
  5. Pilih peranti dipercayai yang ingin dipadam dan pilih PADAM

Apabila selesai, peranti yang dipilih akan dipadam.

Jika anda kehilangan peranti dipercayai dan tidak dapat log masuk

PIN sekali guna (OTP) dihantar melalui notifikasi push ke peranti dipercayai apabila anda melog masuk ke Luno. Anda boleh memadam peranti dipercayai lama anda jika ia tidak lagi bersama anda.

Nota

Anda perlu boleh menerima SMS melalui nombor telefon asal untuk melengkapkan langkah-langkah ini.

Bagaimana untuk memadam peranti dipercayai:

  1. Pergi ke halaman log masuk Luno, masukkan alamat emel dan pilih SETERUSNYA
  2. Enter your password and select SETERUSNYA
  3. Apabila anda diarahkan untuk menghantar kod ke peranti dipercayai, pilih PUSH TIDAK DITERIMA
  4. Dari menu, pilih Tukar kepada emel dan SMS
  5. Pilih TERUSKAN, dan sahkan alamat emel dan nombor telefon dengan memasukkan kod unik yang dihantar ke emel dan nombor telefon
  6. Anda akan menerima pengesahan bahawa anda kini menggunakan emel dan SMS

Peranti dipercayai lama anda kini dipadam dan anda akan menerima OTP log masuk seterusnya melalui emel.

Tip

Mengalami masalah lain? Semak panduan ini untuk membantu anda membaikpulih masalah peranti dipercayai.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?