Tron_learn@3x.png

Tron bermatamat untuk menjadi asas internet desentralisasi untuk pengguna mencipta aplikasi desentralisasi (dApps) dan konten tanpa memerlukan pihak berpusat. Dengan slogan “Decentralise the Web” beserta fokus utama terhadap hiburan – pereka konten dan pengguna boleh berinteraksi secara terus.

Berwaspada dengan serangan keracunan alamat

Disebabkan caj transaksi yang rendah di rangkaian Tron, rangkaian ini sering mengalami transaksi spam dan serangan keracunan alamat, di mana penggodam menghantar sejumlah kecil kripto ke dompet alamat untuk memperdayakan anda menghantar dana ke alamat mereka. Jangan:

  • Hantar kripto ke alamat yang disalin dari sejarah transaksi tanpa menyemak sama ada keseluruhan alamat adalah tepat
  • Berinteraksi dengan sebarang nota atau memo yang dikaitkan dengan transaksi spam ini pada explorer rantaian blok

Siapa yang mencipta Tron?

Sun Yuchen, seorang ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Justin Sun, telah mengasaskan Tron pada awal 2017. Sebelum ini, Sun pernah memberi impak di China dengan penciptaan aplikasi konten audio iaitu Peiwo. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wakil kepada Ripple pada tahun 2015 dan CEO bagi BitTorrent, sebuah perisian perkongsian fail.

Bagaimana Tron berfungsi?

Protokol Tron berfungsi sama seperti sistem pengoperasian dApp lain seperti Ethereum. Ia menggunakan kontrak pintar untuk membolehkan pembangun dan pencipta konten menerbitkan hasil kerja mereka terus pada rantaian blok. Dengan cara ini, hasil-hasil kerja mereka dilindungi dan tidak boleh diubah.

Rangkaian Tron juga membenarkan interaksi peer-to-peer, membolehkan komunikasi dan transaksi terus di antara pencipta dan pengguna tanpa memerlukan orang tengah. Dengan mengeluarkan kebergantungan terhadap entiti berpusat, Tron memperkasakan pengguna untuk mempunyai lebih kawalan terhadap data dan konten yang dibuat, sekaligun dapat mencipta ekosistem internet yang lebih demokratik.

Delegated Proof-of-Stake (DPoS)

Tron menggunakan mekanisme konsensus yang dikenali sebagai Delegated Proof-of-Stake (DPos) untuk melindungi rangkaian dan juga untuk mengesahkan transaksi. Dalam model DPoS, para pemegang TRX (matawang kripto natif bagi rangkaian Tron), boleh mengundi delegasi-delegasi yang bertanggungjawab untuk mengesahkan transaksi dan juga menguruskan rangkaian. Delegasi-delegasi ini juga dikenali sebagai “super representatives”, adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir rangkaian Tron.

Transaksi dalam rangkaian Tron disahkan oleh 27 super-representatives yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan sejarah transaksi. Mereka dipilih pada setiap enam jam, dan jika terpilih, mereka boleh menerima TRX yang dijana oleh protokol.

Mekanisme ini berbeza dari mekanisme Proof-of-Stake (PoS) – dimana semua pemegang koin mempunyai peluang untuk menjadi pengesah blok dengan cara menjadikan koin mereka sebagai Stake. DPoS bermatlamat untuk meningkatkan skalabiliti dan kecekapan mekanisme ini dengan memindahkan proses pengesahan blok kepada kumpulan-kumpulan kecil entiti yang dipercayai, manakala PoS ingin mencapai konsensus dengan membenarkan mana-mana pemegang koin untuk mengesahkan transaksi berdasarkan jumlah koin yang dipegang.

Apa itu Tron Virtual Machine (TVM)?

Tron Virtual Machine (TVM) ialah sistem komputer dan persekitaran pelaksanaan yang membenarkan pembangun untuk menghantar dan melaksanakan kontrak pintar pada rantaian blok Tron. Sama seperti Ethereum Virtual Machine (EVM), TVM menyediakan sumber-sumber dan pekakas penting untuk para pembangun menulis kontrak pintar dalam bahasa pengaturcaraan seperti Solidity yang boleh dilaksakan oleh virtual machine.

Apakah matawang kripto natif bagi Tron?

Matawang kripto natif bagi rangkaian Tron ialah TRX. Matawang kripto ini memperkasakan tadbir urus, keselamatan dan sistem ekonomi. TRX memberi ganjaran kepada penyertaan aktif, melindungi rangkaian dan membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan menyumbang kepada ekosistem TRX.

Tip

Ingin meneroka Tron? Ketahui mengenai asas-asas TRX dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.

Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli, menjual, menerima atau menghantar TRX? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda