Synthetix (SNX) coin illustration

Synthetix adalah ekosistem dagangan desentralisasi yang dibina pada rantaian blok Ethereum. Synthetix membolehkan pengguna mengakses pelbagai aset-aset berbeza seperti stok, komoditi, matawang fiat dan matawang kripto lain tanpa perlu memiliki aset dasar. Synthetix merealisasikannya dengan penciptaan ‘synth’, ataupun versi digital sintetik aset dunia nyata yang boleh diniagakan pada rangkaian Synthetix.

Token SNX digunakan sebagai cagaran bagi aset-aset sintetik yang ditokenkan. Setiap kali synth dikeluarkan, token SNX akan dikunci dalam kontrak pintar.

Ringkasnya, Synthetix menukar aset dunia nyata menjadi bentuk digital.

Memahami aset sintetik

‘Synth’ secara asasnya ialah derivatif – satu instrumen kewangan dengan nilai yang berasaskan prestasi aset asas, indeks atau kadar rujukan. Nilai synth diterbitkan dari pergerakan harga aset-aset asas ini. Derivatif ditawarkan dalam pelbagai bentuk seperti kontrak masa depan, opsyen, swap dan forward. Para pelabur menggunakan derivatif untuk tujuan melindungi pelaburan mereka dari risiko, spekulasi pergerakan harga, atau mendapatkan pendedahan terhadap pasaran tanpa perlu memiliki aset tersebut secara terus.

Synth dipanggil sebagai derivatif kerana nilainya diteribitkan dari nilai aset lain seperti saham, komoditi atau matawang. Ini bermaksud harga derivatif berkaitan terus dengan perubahan harga aset asas, menjadikannya sebagai kontrak kewangan yang terbit dari prestasi aset lain.

SNX, token natif protokol Synthetix yang tersedia di Luno adalah bukan derivatif.

Bagaimana Synthetix berfungsi?

Pengguna boleh mencipta USD sintetik (sUSD) dengan mengunci token SNX sebagai cagaran. Token sUSD akan menjejak nilai Dolar AS dan membolehkan pengguna untuk meniagakannya pada bursa Synthetix seperti matawang-matawang lain. Pengguna juga boleh mencipta synth Bitcoin (sBTC), emas (xXAU) atau saham Apple (sAAPL).

Meniagakan aset-aset sintetik ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan pendedahan terhadap pelbagai pasaran tanpa perlu memiliki aset tersebut secara terus. Synthetix juga membolehkan pengguna untuk terlibat dalam strategi dagangan derivatif seperti long atau short, melindungi nilai dari turun naik harga dan mengakses pasaran yang sukar untuk diakses.

Elemen penting bagi protokol Synthetix ialah rangkaian oracle. Kontrak pintar ini direka untuk mengawasi harga aset-aset dunia nyata dan menyediakan data ini kepada rangkaian rantaian blok. Oracle membolehkan synth untuk memaparkan harga aset asas dengan tepat.

Protokol Synthetix menggunakan Chainlink sebagai rangkaian oracle utama untuk mendapatkan harga aset-aset dunia nyata dan menyediakan data ini kepada kontrak pintar. Dengan menyepadukan rangkaian oracle desentralisasi Chainlin, Synthetix dapat memastikan kebolehan dan keselamatan suapan harga terhadap aset-aset sintetik.

Apakah matawang kripto natif bagi Synthetix?

Matawang kripto natif bagi rantaian blok Synthetix ialah SNX (Synthetix Network Token). SNX mempunyai beberapa peranan dalam ekosistem Synthetix seperti cagaran terhadap nilai aset-aset sintetik yang dicipta pada platform ini. Pemegang SNX boleh menjadikan token mereka sebagai Stake (cagaran), dan menerima ganjaran dari aktiviti dagangan yang dibuat pada platform ini.

Pemegang SNX juga boleh menyertai tadbir urus protokol Synthetix, membolehkan mereka mengundi perubahan dan kemaskini sistem.

Note

Di Luno, anda hanya membeli, menjual, menghantar atau menerima SNX, seperti mana-mana koin lain yang kami sokong. Aset kripto yang disimpan dalam dompet Luno anda tidak terlibat dalam fungsi protokol Synthetix, seperti penguncian undi atau tadbir urus. Jika anda ingin menyertai perkara tersebut, anda boleh melawat laman web Synthetix untuk mengetahui lebih lanjut

Tip

Ingin meneroka Synthetix lebih lagi? Ketahui asas-asas SNX dan dapatkan berita terbaru mengenai matawang kripto di Luno Discover.

Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli, menjual, menerima atau menghantar SNX? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda