The Graph ialah protokol pengindeksan dan permintaan data terdesentralisasi untuk data rantaian blok. Ia membolehkan pembangun mengakses dan mendapatkan data daripada rantaian blok, sekali gus memudahkan pembinaan aplikasi terdesentralisasi (dApp). Ia beroperasi seperti enjin carian Google. Bezanya, Google mengindeks dan mengambil data daripada internet, manakala The Graph mendapatkan data daripada rantaian blok.
Bagaimana The Graph berfungsi?
Protokol The Graph dibina untuk mengindeks data melalui subgraf yang boleh disamakan dengan API dalam pembangunan web tradisional. Subgraf bertindak sebagai alat penting untuk mengekstrak data tertentu daripada rantaian blok yang kemudiannya boleh diproses dan diakses menggunakan GraphQL, bahasa pertanyaan asli protokol ini.
Pembangun boleh menggunakan subgraf ini untuk mengekstrak dan mendapatkan data tertentu dengan mudah daripada pelbagai rantaian blok, sekali gus membolehkan pembangun membina aplikasi yang memerlukan maklumat rantaian blok yang tepat dan masa nyata.
The Graph Node ialah enjin permintaan data utama protokol ini. Ia mengimbas blok rangkaian rantaian blok dan kontrak pintar secara berterusan, mengekstrak data berkaitan dan mengindeksnya ke dalam subgraf. Operasi The Graph Node melibatkan interaksi dengan empat jenis peserta rangkaian utama: Pengindeks (Indexer), Kurator (Curator), Pemberi Kuasa (Delegator) dan Pengguna (Consumer).
Pengindeks: Pengindeks menyimpan dan mengindeks data daripada rangkaian rantaian blok ke dalam subgraf, mengendalikan Graph Node untuk memproses permintaan data dan memperoleh ganjaran, serta bersaing untuk mendapatkan bayaran dengan mengindeks dan menyampaikan data yang relevan kepada pengguna.
Kurators: Kurator mengenal pasti subgraf berkualiti tinggi dengan melakukan staking mata wang kripto utama The Graph iaitu GRT. Dengan cara ini, kurator memastikan data yang bernilai dan tepat diindeks serta boleh diakses oleh pengguna.
Pemberi kuasa: Pemberi kuasa melakukan staking GRT dengan pengindeks untuk menyertai konsensus rangkaian dan memperoleh ganjaran. Ia turut menyumbang kepada keselamatan rangkaian dengan mengagihkan GRT kepada pengindeks yang dipercayai, serta berkongsi ganjaran berdasarkan prestasi pengindeksan.
Pengguna: Pengguna mengakses data yang telah diindeks pada rangkaian The Graph untuk aplikasi terdesentralisasi dengan membayar yuran pertanyaan bagi mendapatkan maklumat daripada rantaian blok. Golongan ini merangkumi pembangun dApp, pengguna, serta aplikasi lain yang memerlukan akses kepada data rantaian blok.
Apakah mata wang kripto bagi The Graph?
Mata wang kripto bagi protokol The Graph ialah GRT (token Graph). Tujuan utamanya adalah untuk memberi insentif kepada peserta rangkaian termasuk pengindeks, kurator dan pemberi kuasa begi menyumbang kepada proses pengindeksan dan pertanyaan data dalam rangkaian. GRT digunakan untuk staking, tadbir urus, serta sebagai ganjaran bagi penyediaan dan akses kepada data terdesentralisasi melalui protokol The Graph.
Tip
Mahu belajar lagi tentang The Graph? Belajar lagi tentang asas GRT dan dapatkan semua berita terbaru mengenai matawang kripto di Luno Discover.
Mahu mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar, atau menerima GRT? Kami ada jawapannya di sini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.