The Sandbox adalah satu dunia virtual yang membolehkan pengguna mencipta, memiliki dan mendapat keuntungan monetari dari permainan serta aset virtual. The Sandbox asalnya dilancarkan sebagai permainan video tradisional, namun kemudian berevolusi menjadi platform berasaskan rantaian blok pada tahun 2018, membolehkan pemain untuk menggunakan dan berdagang aset virtual dalam persekitaran desentralisasi.
Siapa mencipta The Sandbox?
The Sandbox dicipta oleh Arthur Madrid dan Sebastien Borget, yang asalnya dibina sebagai permainan peranti pintar pada tahun 2011. Kejayaan permainan ini membawa pasukan ini untuk meneroka teknologi rantaian blok sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan menyediakan pemain dengan pemilikan lebih besar terhadap aset-aset virtual mereka. Pada tahun 2018, Madrid dan Borget melancarkan The Sandbox sebagai sebuah platform berasaskan rantaian blok dan menggabungkan sekali Token Tidak Sepiawai (NFT) serta kontrak pintar untuk mencipta ekonomi virtual desentralisasi.
Bagaimana The Sandbox berfungsi?
Pengguna boleh mencipta, memiliki dan berdagang aset-aset virtual melalui teknologi rantaian blok. Platform ini menggunakan rantaian blok Ethereum untuk menyimpan dan membuat transaksi aset digital seperti NFT, membolehkan pemain untuk membeli, jual dan berdagang ruangan, item dan pengalaman virtual.
Apa itu LAND dalam The Sandbox?
The Sandbox Metaverse dibina oleh LAND – setiap unit LAND adalah sebahagian dari dunia yang dimiliki oleh pemain. Sama seperti dunia sebenar, pembangun boleh membina pada LAND mereka untuk mencipta dan mendapatkan keuntungan monetari dengan menjadi hos permainan, membangunkan pengalaman multi-player, mencipta perumahan dan menawarkan pengalaman sosial kepada komuniti The Sandbox. Setiap LAND adalah NFT. Jumlah LAND adalah terhad sebanyak 166,464 LANDS. Anda boleh membina atau mencipta apa-apa sahaja menggunakan pekakas percuma VoxEdit dan Game Maker yang disediakan oleh The Sandbox.
Apakah mata wang natif The Sandbox?
Mata wang natif The Sandbox adalah SAND – digunakan sebagai mata wang utama dalam platform, melancarkan transaksi, tadbir urus dan fungsi Stake. SAND membolehkan pengguna untuk membeli LAND, berdagang aset-aset virtual dan menyertai tadbir urus ekosistem The Sandbox. Pemilik LAND juga boleh menerima ganjaran SAND berdasarkan jumlah dan tempoh pemilikan LAND.
Insiden keselamatan
The Sandbox telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Kejuruteraan Sosial dan Pencerobohan Data Malware (Mac 2023)
Komputer kakitangan The Sandbox telah digodam dan membolehkan penyerang untuk menghantar emel phishing yang mengandungi pautan malware berbahaya kepada pengguna. Sumber: The Block
Godaman Akaun X Arthur Madrid (Mei 2023)
Akaun sosial media CEO The Sandbox telah digodam untuk mempromosi airdrop palsu. Sumber: Binance
Kelemahan Kontrak Pintar ASSET (Januari 2021)
Satu kelemahan telah dikenalpasti yang membolehkan pengguna untuk menghantar token kepada mereka sendiri untuk meningkatkan baki secara artifisial; kelemahan ini telah dipulihkan sebelum sebarang eksploitasi berlaku. Sumber: Medium
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
SAND mempunyai bekalan maksimum sebanyak 3 billion. Setakat 29 Mei 2024, 10 alamat dompet Ethereum teratas memegang anggaran ~66.79% dari bekalan pada Ethereum (~61.67% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token SAND.
Tip
Mahu belajar lagi mengenai The Sandbox? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan The Sandbox unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima The Sandbox? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.