ApeCoin (APE) adalah satu mata wang kripto yang menperkasakan ekosistem APE serta berevolusi dari Bored Ape Yacht Club (BAYC) – sebuah platform koleksi NFT yang popular. BAYC mengetengahkan siri-siri NFT Bored Ape lukisan tangan unik yang memberikan pemilik item NFT ini keahlian kelab eksklusif dengan akses ke majlis istimewa, ruangan digital dan banyak lagi manfaat lain. ApeCoin digunakan untuk memberi insentif terhadap aktiviti-aktiviti yang dibuat dalam aplikasi ekosistem, termasuklah permainan, seni dan kewangan disentralisasi (DeFi)
Siapa mencipta ApeCoin?
ApeCoin dicipta oleh ApeCoin DAO (Organisasi Autonomi Desentralisasi) – sebuah organisasi dipacu oleh komuniti yang dibentuk untuk mengurus dan mentadbir ekosistem APE. DAO adalah sebuah entiti desentralisasi untuk membuat keputusan secara kolektif oleh ahli-ahlinya berbanding dari diputuskan oleh satu autoriti berpusat. Bagi ApeCoin, pemilik token boleh mengundi kertas cadangan, inisiatif, mempengaruhi pembangunan, pengedaran dan hala tuju masa depan. Yuga Labs, pencipta Bored Ape Yacht Club, memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan ekosistem.
Bagaimana ApeCoin berfungsi?
ApeCoin adalah sejenis token ERC-20 yang dibina pada rantaian blok Ethereum dan berperanan untuk memproses pelbagai aktiviti dalam ekosistem APE seperti memudahkan transaksi, termasuklah pembelian aset-aset digital serta akses ke pengalaman-pengalaman ekslusif. ApeCoin digunakan sebagai token utiliti dan tadbir urus untuk meningkatkan interaksi dan penyertaan pengguna. Sebagai contoh, pemilik token boleh menggunakan ApeCoin untuk membeli item digital rare seperti NFT edisi terhad, rekaan khas atau menyertai majlis virtual istimewa Bored Ape Yacht Clun.
Selain dari utiliti, ApeCoin juga berfungsi sebagai token tadbir urus dengan membolehkan pemegang ‘bersuara’ terhadap pembangunan dan pengurusan ekosistem APE. Pemilik token juga boleh mengundi kertas cadangan, mempengaruhi agihan dana komuniti dan membantu membentuk hala tuju projek APE. Melalui kaedah dua-fungsi, ApeCoin menyokong aspek operasi dan penyertaan dalam ekosistem APE.
Insiden keselamatan
Ape Coin telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Godaman Saluran Discord Yuga Labs (Jun 2022)
Saluran Discord Yuga Labs telah diceroboh selepas akaun pengurus komuniti saluran berkenaan digodam dan digunakan untuk menghantar pautan phishing pada saluran rasmi. Kesannya, ahli komuniti kehilangan NFT dengan nilai anggaran 200 ETH. Sumber: Business Insider
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Ape Coin mempunyai bekalan maksimum sebanyak 1 billion APE, dengan 75% token berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~68.5 juta APE (~6.85% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token APE.
Tip
Mahu belajar lagi mengenai ApeCoin? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan ApeCoin unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima ApeCoin? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.