Axie Infinity adalah sejenis permainan berasaskan rantaian blok yang menggabungkan elemen “play-to-earn” dan berasaskan NFT. Dilancarkan pada tahun 2018, Axie Infinity membolehkan pemain untuk mengumpul, menternak dan bersaing dengan karakter fantasi “Axies” serta menerima mata wang kripto melalui permainan. Penggunaan inovatif teknologi rantaian blok menyediakan pengalaman permainan desentralisasi dengan insentif monetari bagi pemain.
Siapa mencipta Axie infinity?
Axie Infinity dibangunkan oleh Aleksander Leonard Larsen dan Trung Nguyen. Permainan ini muncul dari visi mereka untuk mencipta jenis pengalaman permainan baharu yang menggunakan teknologi rantaian blok untuk pemilikan aset serta mempunyai mekanik “play-to-earn”. Usaha mereka telah menjadikan Axie Infinity sebagai platform terkemuka dalam ruangan permainan rantaian blok dan telah menarik ramai peminat serta pelaburan.
Bagaimana Axie Infinity berfungsi?
Axie Infinity merupakan sebuah dunia permainan atas talian mengenai karakter seperti Pokemon yang dipanggil Axies. Pemain boleh mengumpul, bersaing, menternak dan membina kerajaan bagi Axies mereka – mencampurkan sekaligus permainan tradisional dengan teknologi rantaian blok. Aset-aset digital dalam permainan, termasuklah Axies, diwakili sebagai NFT; token unik yang boleh membuktikan pemilikan serta membenarkan dagangan dibuat dalam pasaran permainan. Permainan berasaskan Ethereum ini membolehkan pemain memiliki aset-aset virtual mereka sendiri dan menerima ganjaran berdasarkan tahap kemahiran mereka.
Untuk mula bermain, pengguna perlu menyambung dompet-dompet digital dan akaun sosial mereka ketika proses penyertaan dibuat. Kemudian, pemain boleh berinteraksi dengan pasaran digital menggunakan dompet digital mereka. Sebagai permulaan, pemain perlu memiliki tiga Axies yang boleh dibeli dengan ETH melalui dompet Ronin, sebuah dompet mata wang kripto yang direka khas untuk ekosistem Axie Infinity. Pemain juga boleh mendapatkan ‘biasiswa’ yang ditawarkan dalam saluran Discord Axie rasmi.
Harga Axie berbeza berdasarkan rarity, ciri-ciri dan jenis. Floor Axies adalah Axie paling mampu milik dan biasanya agak lemah. Manakala Mystic Axies boleh bernilai sehingga beribu-ribu dolar. Ekonomi permainan ini memaparkan naik turun harga, sekaligus memberi kesan terhadap potensi keuntungan pemain.
Model Play-to-Earn (P2E)
Model play-to-earn membolehkan pemain menerima nilai dunia-nyata melalui tindakan dalam permainan (in-game). Tidak seperti permainan video tradisional, Axie Infinity menggunakan teknologi rantaian blok untuk mencipta aset-aset digital seperti NFT dan mata wang kripto yang boleh didagangkan atau dijual. Model ini menjadikan permainan kepada potensi sumber pendapatan dengan menawarkan ganjaran bagi masa dan kemahiran, insentif ekonomi dalam permainan yang bukan sekadar hiburan.
Pemain boleh menerima ganjaran dalam bentuk mata wang kripto dalam permainan iaitu SLP (Smooth Love Potion) dan AXS (Axie Infinity Shards) dengan menyertai perlawanan, menyelesaikan misi dan membuat pencapaian dalam permainan. Token-token ini boleh didagangkan atau dijual di pelbagai platform, memberikan pemain manfaat pendapatan daripada prestasi permainan mereka.
Ruangan Virtual
Dalam dunia Axie Infinity, Lunacia merupakan dunia digital untuk pemain memiliki atau menyewakan plot-plot ruangan virtual. Plot-plot ini berfungsi sebagai tapak asas bagi Axies. Pemain mempunyai pilihan untuk membeli plot-plot ruangan ini atau menjadi penyewa. Pemilik plot boleh menyenaraikan plot-plot mereka di pasaran Axie Infinity dan memilih pengguna lain untuk menguruskannya. Pemilik dan pengurus ruangan virtual ini boleh menerima AXS dan mengumpul pelbagai sumber yang muncul di Lunacia. Sumber-sumber ini adalah bernilai untuk menaiktaraf Axies dan ruangan itu sendiri.
Apakah mata wang natif bagi Axie Infinity?
Terdapat dua mata wang kripto utama dalam Axie Infinity: Smooth Love Potion (SLP) dan Axie Infinity Shards (AXS). SLP diterima melalui permainan dan sering digunakan untuk menternak Axies, namun token ini juga boleh didagangkan pada bursa mata wang kripto. AXS pula merupakan token tadbir urus bagi ekosistem Axie Infinity, membolehkan pemilik untuk mengundi cadangan dan perubahan dalam ekosistem Axie Infinity. AXS juga boleh dijadikan Stake untuk menerima ganjaran serta menyumbang terhadap keselamatan ekosistem. Selain itu, AXS juga boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran bagi perkhidmatan atau fungsi-fungsi dalam permainan, dan turut boleh didagangkan di platform-platform bursa mata wang kripto. Walaupun SLP memfokuskan terhadap mekanik dalam permainan, AXS memainkan peranan penting dalam tadbir urus dan rangka kerja ekonomi meluas permainan Axie Infinity.
Insiden keselamatan
Axie Infinity telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Godaman Ronin Bridge (Mac 2022)
Pencerobohan keselamatan terbesar bagi Axie Infinity, dimana penggodam yang kemudian dikenalpasti sebagai North Korean Lazarus Group. Mereka berjaya mengawal 5 dari 9 kunci pengesah selepas jurutera Sky Mavis terjejas dengan spyware yang dihantar melalui tawaran pekerjaan palsu. Penyerang berjaya merompak dengan anggaran $625 juta (173,600 ETH dan 25.5 juta USDC) daripada bridge tersebut. Sumber: Bank Info Security
Eksploitasi MEV pada Ronin Bridge (Ogos 2024)
Projek ini mengalami eksploitasi kurang teruk pada Ronin Bridge disebabkan masalah yang dihadapi pada kemaskini kontrak terbaru dimana had undian pengendali untuk pengeluaran telah ditetapkan secara salah. Kelemahan satu bot MEV telah dieksploitasi untuk mengeluarkan had harian maksimum dengan anggaran sebanyak $12 juta. Pengekspoit kemudian memulangkan semula amaun tersebut dengan tebusan sebanyak $500,000. Sumber: The Block
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Axie Infinity mempunyai bekalan maksimum sebanyak 270 juta AXS, dengan 62% token berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~180 juta AXS (~66.7% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token AXS.
Tip
Mahu belajar lagi mengenai Axie Infinity? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan Axie Infinity unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Axie Infinity? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.