Apabila anda menyertai fungsi Stake, aset anda biasanya akan ‘dikunci’ sehingga anda menarik Stake anda – sekaligus akan menyekat kegunaan aset tersebut dengan protokol kewangan desentralisasi (DeFi) lain.
Lido menyediakan perkhidmatan fungsi Stake Liquid bagi Ethereum dan rantaian blok Proof-of-Stake (PoS) lain untuk membolehkan pengguna untuk menyertai fungsi Stake dan menerima ganjaran, namun aset tersebut masih boleh digunakan pada aplikasi DeFi lain.
Kaedah ini menggunakan replika sintetik token (dikenali sebagai ‘stAsset token’) pada kadar satu-kepada-satu. Token versi sebenar kekal dijadikan Stake, dan anda diberikan versi sintetik untuk digunakan di platform DeFi lain.
Secara mudahnya, protokol Lido menyediakan kecairan dan akses terhadap kripto yang telah dijadikan Stake, namun masih membolehkan anda menggunakannya.
Contoh
Apabila pengguna menyeragamkan Ethereum dengan Lido, pengguna boleh menjadikan Ethereum sebagai Stake dan kemudian menerima stETH, satu representasi ditokenkan bagi Ethereum yang telah dijadikan Stake.
Token stETH mempunyai nilai yang sama dengan Ethereum yang dijadikan Stake dan boleh digunakan merentasi pelbagai ekosistem DeFi sambil menerima ganjaran Staking.
Tadbir Urus Lido
Lido beroperasi melalui kaedah DAO, atau Decentralised Autonomous Organisation. Kaedah ini beroperasi sepenuhnya melalui kontrak pintar pada rangkaian rantaian blok, seperti Ethereum. Tidak seperti organisasi tradisional dengan struktur berpusat, DAO bersifat desentralisasi dan autonomi sepenuhnya – bermaksud ia tidak bergantung pada autoriti atau pengurusan pusat. Sebaliknya, keputusan dibuat secara kolektif bersama ahli DAO melalui kaedah mekanisme konsensus yang dibina dalam kontrak pintar Lido. DAO bermatlamat untuk menawarkan pendekatan telus dan demokratik terhadap tadbir urus, membolehkan peserta dari seluruh dunia untuk berkolaborasi dan menyumbang kepada objektif organisasi tanpa keperluan pihak tengah.
Tadbir urus Luno dipermudahkan melalui mata wang kripto natifnya, LDO. Pemegang LDO boleh mengundi cadangan berkaitan protokol, kemas kini, penyelarasan caj dan keputusan-keputusan signifikan yang memberi kesan terhadap ekosistem. Cadangan-cadangan ini biasanya dihantar oleh ahli komuniti, pembangun atau pemegang taruh lain dan tertakluk kepada proses pengundian dimana pemegang LDO boleh berkongsi pendapat mereka.
Selain itu, Lido DAO juga mengawasi pemilihan dan pengurusan pengendali nod yang bertanggungjawab untuk mengesahkan transaksi dan melindungi rangkaian yang disokong. Pengendali nod dipilih berdasarkan kebolehpercayaan, kebolehan teknikal, dan komitmen terhadap integriti rangkaian.
Insiden keselamatan
Lido Dao telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Isu teknikal bot Maintainer P2P (Mac 2024)
Satu isu teknikal telah dikenal pasti pada bot Maintainer, yang menyebabkan kegagalan unstaking dan seterusnya mengunci dana pengguna dalam kontrak untuk Lido di Solana. Isu ini telah diperbaiki dengan kemas kini bot maintainer menjelang 3 April 2024, dan panduan untuk penebusan stSOL secara manual melalui CLI turut dikongsikan. Sumber: Coin Telegraph
Penutupan sementara Ledger Connect Kit sebagai langkah berjaga-jaga (Disember 2023)
Pasukan projek telah menutup sementara front-end Lido sebagai langkah berjaga-jaga susulan eksploitasi terhadap Ledger Connect Kit. Front-end tersebut diaktifkan semula beberapa jam kemudian, kerana antaramuka pengguna (UI) Lido menggunakan penyambung Ledger tersuai dan tidak terjejas oleh kerentanan tersebut. Sumber: Coin Telegraph
Kegagalan oracle melaporkan baki pengesah (November 2022)
Oracle Lido gagal melaporkan baki pengesah, menyebabkan agihan ganjaran tidak dapat dilakukan pada hari-hari tersebut. Dana pengguna dan ganjaran pengesah tidak berisiko, dan isu ini telah diselesaikan pada 13 November 2022. Sumber: Lido Finance
Kerentanan yang menjejaskan antaramuka pengguna Lido (Mac 2022)
United Global Whitehat Security Team telah menemui dan melaporkan satu kerentanan yang menjejaskan antaramuka pengguna (UI) Lido melalui Immunefi. Kerentanan tersebut telah diselesaikan dan ditampal dalam tempoh kira-kira lima jam, dan tiada pengguna atau dana pengguna yang terjejas. Sumber: Lido Finance
Kerentanan yang boleh dieksploit oleh pengendali node yang diluluskan (Oktober 2021)
Satu kerentanan kritikal telah dilaporkan melalui program ganjaran pepijat (bug bounty) yang hanya boleh dieksploit oleh pengendali nod yang diluluskan untuk mencuri sebahagian dana pengguna, sekali gus meletakkan keseluruhan baki ETH yang belum didepositkan (20,000 ETH) dalam risiko. Risiko kerentanan ini adalah rendah kerana hanya pihak yang diluluskan oleh DAO boleh mengeksploitasinya, dan ia telah dikurangkan pada 6 Oktober 2021. Sumber: Lido Finance
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Lido DAO mempunyai bekalan maksimum sebanyak 1 billion LDO, dengan 89% dalam edaran setakat Januari 2026. 10 alamat dompet teratas memegang anggaran ~524 juta LDO (~52.5% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token LDO.
Tip
Mahu belajar lagi mengenai Lido DAO? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan Lido DAO unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Lido DAO? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.