Starknet membantu Ethereum mengendalikan lebih aktiviti dengan memindahkan sejumlah pemprosesan transaksi keluar dari rantaian blok Ethereum utama. Berbanding dari merekodkan semua tindakan pada rantaian blok Ethereum, Starknet mengumpulkan sejumlah transaksi dan menyemak kesahihannya menggunakan pembuktian zero-knowledge (ZK), kemudian menghantar rumusan kembali ke Ethereum untuk pengesahan akhir. Langkah ini lebih laju dan murah untuk digunakan dan masih boleh bergantung kepada keselamatan, kepercayaan dan desentralisasi.
Bagaimana Starknet berfungsi?
Starknet beroperasi sebaga rangkaiani Layer-2 pada Ethereum, menggunakan teknologi yang dipanggi zk-rollup. Dalam bahasa mudah, zk-rollup mengumpulkan beribu-ribu transaksi dan menjana bukti kriptografik bahawa kumpulan tersebut sahih. Bukti ini kemudian diposkan ke Ethereum, mengurangkan kos dan masa diperlukan untuk mengesahkan setiap transaksi individu on-chain. Starknet dibina menggunakan Cairo, bahasa perisian custom yang direka khas untuk pembinaan kontrak pintar zero-knowledge.
Berdasarkan struktur ini, pembangun boleh mencipta aplikasi desentralisasi (dApps) kompleks seperti permainan, protokol DeFi dan NFT yang berfungsi lebih laju dan cekap berbanding jika dijalankan terus pada rangkaian Ethereum.
Siapa mencipta Starknet?
Starknet dibangunkan oleh StarkWare, sebuah syarikat Israel yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Eli Ben-Sasson, Uri Kolodny, Michael Riabzev dan Alessandro Chiesa. Ben-Sasson merupakan seorang figura yang terkenal dalam dunia kriptografi dan merupakan sebahagian dari pasukan yang membantu pembinaan zk-SNARKs, teknologi privasi teras yang digunakan dalam projek seperti Zcash. StarkWare telah melancarkan Starknet kepada orang awam untuk memperluaskan askes terhadap infrastruktur rantaian blok boleh diskalakan.
Apakah kegunaan STRK?
STRK adalah token natif bagi Starknet dan memainkan peranan dalam tadbir urus, fungsi Stake dan keselamatan rangkaian. Pemegang token boleh mengundi kertas cadangan yang memimpin hala tuju ekosistem Starknet. Lama kelamaan, STRK dijangka akan digunakan untuk membayar caj rangkaian dan berpotensi memberi ganjaran kepada peserta yang membantu menyemak dan menyusun transaksi.
Mengapa Starknet penting?
Masalah scalability merupakan salah satu cabaran terbesar Ethereum. Melalui pembuktian zero-knowledge, Starknet menawarkan kaedah untuk mengurangkan kos transaksi secara signifikan dan menambah daya pemprosesan tanpa mengorbankan fungsi desentralisasi. Kaedah ini boleh membuka peluang untuk lebih banyak aplikasi digunakan pada infrastruktur Ethereum. Pendekatan sumber terbuka dan penekanan terhadap pekakas pembangun juga memberi potensi untuk berperanan sebagai asas dalam dApps generasi hadapan.
Insiden keselamatan
Starknet telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Pencerobohan Server Discord (Ogos 2024)
Server Discord rasmi Starknet telah dikompromi dan membolehkan penyerang untuk menghantar pautan berbahaya. Insiden ini telah dilabelkan sebagai medium bagi pengguna dalam ekosistem.
Sumber: Binance
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Starknet mempunyai bekalan maksimum sebanyak 10 billion STRK. Setakat Februari 2024, 10 alamat dompet teratas memegang anggaran ~7.07 billion STRK (~70.66% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token STRK.
Tip
Mahu belajar lagi mengenai Starknet? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan Starknet unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Starknet? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.