Ankr adalah sebuah platform yang membantu pembangun untuk membina aplikasi desentralisasi dengan lebih pantas dan efisyen. Berbanding dari menggunakan perkhidmatan seperti AWS atau Google Cloud, Ankr menawarkan akses ke rangkaian nod-nod global yang menyokong aplikasi desentralisasi, fungsi Stake dan kueri data rantaian blok.
Platform ini dianggap sebagai tulang belakang infrastruktur bagi Web3. Ia memberi para pembangun pekakas yang diperlukan untuk membina aplikasi, menghubungkannya ke rantaian blok dan menguruskan pengoperasiannya dengan selamat dan boleh diskalakan.
Apakah solusi yang ditawarkan oleh Ankr?
Untuk berinteraksi dengan rantaian blok, anda biasanya perlu disambungkan dengan nod – komputer yang menyimpan salinan rantaian blok dan membantu mengesahkan transaksi. Pengoperasian nod sendiri boleh melibatkan kos yang besar, sukar untuk diselenggara dan memerlukan pengetahuan teknikal lanjutan.
Ankr menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan akses mudah terhadap rangkaian nod desentralisasi global menerusi pelnagai rantaian blok utama seperti Ethereum, BNB Chain dan Polygon. Kaedah ini membolehkan para pembangun, peserta Stake dan institusi menyambung ke rantaian blok dengan mudah tanpa perlu membina atau menguruskan infrastruktur dengan sendiri.
Dengan menyingkirkan keperluan penyedia berpusat dan tetapan teknikal, Ankr memudahkan pengguna untuk membina dan berinteraksi dengan rangkaian rantaian blok.
Apakah kegunaan token ANKR?
Token ANKR digunakan untuk memacu ekosistem Ankr – sebagai kaedah pembayaran bagi node hosting dan perkhidmatan API, menjadikannya penting untuk para pembangun dan projek yang bergantung pada infrastruktur Ankr.
ANKR juga digunakan dalam fungsi Stake, satu kaedah yang membantu meningkatkan keselamatan rangkaian dan memberi peluang bagi pemegang token untuk menerima ganjaran. Pemegang token ANKR juga mempunyai suara untuk masa depan projek melalui sistem tadbir urus dengan cara membenarkan pengundian terhadap kemaskini dan perubahan protokol. Melalui penggunaan token ANKR untuk mengakses perkhidmatan Ankr, pengguna membantu menyokong ekosistem rangkaian blok ini sambil mendapat manfaat dari penyertaan dan kawalan desentralisasi.
Siapa yang menggunakan Ankr?
Ankr digunakan menerusi pelbagai aplikasi Web3 yang meluas. Projek-projek DeFi bergantung pada Ankr untuk mendapatkan akses desentralisasi terhadap data rantaian blok. Pengesah (validator) menggunakannya untuk mengoperasikan nod dan menerima ganjaran Staking tanpa cabaran tetapan atau pengurusan infrastruktur. Perniagaan yang meneroka penggunaan rantaian blok juga menggunakan Ankr sebagai kaedah mudah untuk mengakses perkhidmatan utama tanpa perlu membinanya dari awal. Para pembangun pula menggunakan Ankr untuk menjalankan kontrak pintar atau membina aplikasi desentralisasi menerusi pelbagai rantaian blok. Ankr juga telah membentuk kerjasama dengan ekosistem rantaian blok utama seperti Microsoft Azure, Binance dan Polygon untuk membantu menskalakan akses desentralisasi kepada pengguna global.
Insiden keselamatan
Ankr telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Pencerobohan sistem dalaman (2020)
Penceroboh mendapat akses terhadap sistem dalaman Ankr dan mencuri sejumlah kecil dana, menyebabkan pasukan Ankr perlu melaksanakan dompet multi-signature dan program bug bounty. Sumber: Merkle Science
Eksploitasi penciptaan tanpa had aBNBc (Dis 2022)
Bekas kakitangan menggunakan kunci peribadi yang telah dikompromi untuk mengemaskini kontrak pintar, menyebabkan aset bernilai $5 juta berjaya dikeluarkan. Sumber: Blockworks
ksploitasi sekunder Helio Protocol (Dis 2022)
Seorang individu telah mengeksploitasi oracle harga tertunda untuk menggunakan token aBNBc tidak sah sebagai cagaran, menyebabkan berlaku pinjaman stablecoin HAY sebanyak $16 juta sebelum protokol tersebut boleh membuat mengemaskini harga. Sumber: Halborn
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Ankr Network mempunyai bekalan maksimum sebanyak 10 billion token, dengan 100% token berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~4.79 billion ANKR (~47.9% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token ANKR.
Tip
Mahu belajar lagi mengenai Ankr? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan Ankr unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Ankr? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.