LayerZero membantu rantaian blok berbeza untuk berkomunikasi dengan satu sama lain. Biasanya rantaian blok seperti Ethereum dan Solana beroperasi dalam sistem yang berbeza dan terdapat kesukaran untuk berkongsi maklumat atau nilai. Sebagai solusi, pembangun biasanya menggunakan pekakas tradisional seperti jejambat atau wrapped token. Jejambat atau bridge adalah satu pekakas yang membolehkan pengguna memindahkan token mereka dari satu rantaian blok ke satu rantaian blok yang lain, manakala wrapped token adalah satu versi mata wang kripto yang telah direka semula untuk berfungsi pada rantaian blok berlainan.
Solusi-solusi ini biasanya melibatkan perkhidmatan berpusat dan berkemungkinan hadir dengan risiko keselamatan.
LayerZero mengelakkan risiko ini dengan menggunakan kontrak pintar pada rantaian blok berbeza berkomunikasi secara terus antara satu sama lain dalam persekitaran dilindungi dan desentralisasi. Ini bermaksud satu aplikasi desentralisasi yang dibina pada Ethereum boleh berkongsi data atau nilai dengan aplikasi yang dibina pada Solana, Avalanche, atau mana-mana rantaian blok yang disokong.
Matlamat LayerZero adalah untuk menjadikan pengalaman penggunaan pelbagai rantaian blok sebagai ‘satu’. Pembangun boleh membina aplikasi yang boleh berfungsi merentasi semua rantaian blok dari satu asas kod (codebase) tunggal, berbanding dari perlu mencipta dan menguruskan aplikasi dengan versi-versi berbeza.
Apakah masalah yang diselesaikan oleh LayerZero?
Kebanyakkan rantaian blok beroperasi secara ‘silo’. Ini menyukarkan pemindahan aset merentasi rangkaian, dan solusi tradisional seperti jejambat hadir dengan risiko seperti pengeksploitan atau pemecahan kecairan (liquidity fragmentation). LayerZero menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan protokol komunikasi yang selamat dan modular – membolehkan aplikasi-aplikasi yang dibina pada rantaian blok natif boleh berinteraksi antara satu sama lain.
Solusi ini amat berguna dalam industri kewangan desentralisasi, permainan dan tadbir urus merentasi rantaian, kerana data dan tindakan perlu dipindahkan dengan lancar di antara ekosistem.
Apakah kegunaan token ZRO?
Token ZRO adalah aset natif bagi rangkaian LayerZero. Token ini direka untuk memainkan peranan penting dalam protokol tadbir urus dan sistem insentif LayerZero. Pemegang ZRO boleh mengundi cadangan perubahan protokol dan turut sama terlibat dalam membentuk pelan perjalanan LayerZero. Token ini juga boleh digunakan untuk membayar caj permesejan atau menyokong fungsi-fungsi tambahan apabila ekosistem LayerZero semakin matang.
Siapa yang mencipta LayerZero?
LayerZero dicipta oleh syarikat teknologi Kanada dipanggil LayerZero Labs. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2021 oleh Bryan Pellegrino, Ryan Zarick dan Caleb Banister. Pasukan ini bermatlamat untuk mencari solusi terhadap masalah serpihan rantaian blok (blockchain fragmentation) – dimana pengguna, pembangun dan aset diperluaskan menerusi rantaian blok berbeza yang biasanya tidak berkomunikasi dengan satu sama lain.
LayerZero Labs telah menerima sokongan dari beberapa nama terbesar kripto termasuklah Andreessen Horowitz (a16z), Sequoia Capital, Binance Labs dan Coinbase Ventures. Visi mereka adalah untuk membina masa depan rantaian blok yang berkebolehan untuk beroperasi agar aplikasi desentralisasi boleh digunakan dengan lancar pada pelbagai ekosistem.
Insiden keselamatan
LayerZero telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Kelemahan UltralightNode (ULNv1) (September 2022)
Penyelidik Whitehat telah menemui pepijat pada versi pertama protokol UltralightNode. LayerZero menyerahkan Bug Bounty sebanyak $250,000 bagi penemuan tersebut dan berjaya dipulihkan sebelum berlakunya sebarang eksploitasi.
Sumber: Medium
Tuduhan Kelemahan Pintu Belakang (Januari 2023)
Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Nomad mendakwa Endpoint Layer Zero dan kontrak UltraLightNodeV2 mengandungi kelemahan pihak dipercayai yang membenarkan fungsi MultiSig LayerZero untuk melepasi mesej arbitrari tanpa keizinan Relayer atau Oracle. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LayerZero menepis dakwaan ini, menyatakan bahawa mereka hanya menggunakan protokol secara lalai (default) dan boleh dikonfigurasi.
Sumber: Coindesk
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
LayerZero mempunyai bekalan maksimum sebanyak 1 billion ZRO. Setakat 20 Jun 2024, 10 alamat dompet tertinggi mempunyai jumlah kolektif sebanyak ~680.87 juta ZRO (~68.10% dari bekalan token maksimum).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token ZRO.
Tip
Mahu belajar lagi mengenai LayerZero? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan LayerZero unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima LayerZero? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.