Helium_learn@3x.png

Helium adalah rangkaian tanpa wayar (wireless) desentralisasi yang menyediakan liputan internet bagi peranti seperti sensor pintar, skuter, penjejak GPS dan telefon pintar 5G. Helium dikuasakan setiap hari oleh pengguna yang telah menetapkan hotspot fizikal di rumah atau perniagaan mereka tanpa perlu bergantung pada syarikat telekom.

Hotspot ini mewujudkan liputan tanpa wayar dan membantu pergerakan data merentasi rangkaian Helium. Pengguna pula menerima ganjaran token HNT. Pendekatan ini menjadikan Helium sebagai rangkaian desentralisasi pertama untuk Internet of Things (IoT).

Helium bermula dengan pembinaan liputan tanpa wayar jarak jauh untuk peranti IoT berkuasa rendah, dan kemudian dikembangkan kepada 5G. Helium berpindah dari rantaian bloknya sendiri ke rangkaian Solana pada tahun 2023 untuk meningkatkan kelajuan dan kebolehsesuaian dengan projek-projek lain.

Apakah solusi yang ditawarkan oleh Helium?

Rangkaian tanpa wayar tradisional bersifat berpusat dan mempunyai kos selenggara yang tinggi – biasanya dibina oleh syarikat telekom besar dan terhad di pusat-pusat bandar.

Helium mengambil pendekatan berbeza dengan membolehkan individu membina dan memiliki infrastruktur tersebut, sekaligus dapat mengurangkan kos dan melebarkan liputan dengan lebih pantas. Sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada rangkaian dengan menetapkan hotspot dan menerima ganjaran bagi peranan mereka.

Kaedah ini menjadikan sambungan internet pada peranti pintar lebih mudah di kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh rangkaian internet tradisional.

Siapa mencipta Helium?

Helium diasaskan pada 2013 oleh Amir Haleem, Shawn Fanning dan Sean Carey. Syarikat ini pada awalnya dipanggil sebagai Helium Inc, dan kini dikenali sebagai Nova Labs. Visi projek ini adalah untuk membina rangkaian tanpa wayar global dan desentralisasi yang dimiliki serta dikendalikan oleh individu yang menggunakannya.

Apakah kegunaan HNT?

HNT adalah token natif bagi rangkaian Helium. Ia digunakan sebagai ganjaran kepada hos-hos hotspot kerana menyediakan liputan dan turut digunakan sebagai pembayaran bagi penggunaan rangkaian melalui sistem yang dipanggil Data Credit. Apabila data bergerak merentasi rangkaian Helium, sejumlah kecil HNT dibakar untuk mencipta kredit ini.

Sistem ini menggalakkan keseimbangan di antara bekalan dan permintaan. Lebih banyak penggunaan rangkaian bermaksud lebih banyak HNT akan dibakar. HNT juga boleh digunakan untuk tadbir urus dan keputusan mengenai masa depan rangkaian Helium.

Insiden keselamatan

Helium telah mengalami insiden keselamatan berikut:

Percanggahan Pengeluaran Token MOBILE (Disember 2023)

Satu pencanggahan dalam pengeluaran token MOBILE telah ditemui kerana “ralat konfigurasi pada peratus ganjaran delegator,” menyebabkan 274 juta token MOBILE mengalami pengeluaran terlebih kepada delgator veHNT berbanding subDAO. Protokol ini kemudian meningkatkan pengeluaran untuk sementara untuk mengisi semula akaun escrow subDAO yang telah dirizabkan untuk ganjaran. Sumber: Binance

Percanggahan Skor Utiliti MOBILE DAO (Oktober 2023)

Apabila entiti penerima ganjaran baharu (mapper) diperkenalkan pada MOBILE DAO, pelanggan Mobile terus dikira sebagai peranti aktif dan menerima ganjaran token MOBILE, menyebabkan skor utiliti MOBILE meningkat dari 21 Julai 2021 sehingga 12 September 2023. Satu hotfix telah dilaksanakan oleh pasukan projek untuk menapis pelanggan Mobile. Sumber: Helium

Gangguan Pindahan Data (April 2023)

Dua gangguan pindahan data berlaku disebabkan “ketidaksepadanan protobuf”, dimana pasukan projek mengaitkannya dengan “kesilapan komunikasi dan kecuaian”. Oracle Kecemasan dan kemaskini Console terus dilaksanakan untuk menyelesaikan ketidaksepadanan protobuf. Sumber: CryptoNews

Rantaian Blok Helium Terhenti (Jun 2021)

Rantaian blok Helium, (kini tidak lagi digunakan) telah dihentikan disebabkan pepijat yang mengakibatkan ahli Consensus Group untuk crash dan menghentikan rantaian. Pasukan projek telah menerbitkan “Rescue Block” dan telah membaiki pelbagai pepijat dan sekaligus menyambung semula operasi rantaian. Sumber: Helium

Rantaian Blok Helium Terhenti (Mei 2021)

Rantaian blok Helium, (kini tidak lagi digunakan) telah dihentikan disebabkan perubahan kod yang “merosakkan laluan kod pemulihan kritikal HoneyBadgerBFT”. Pembangun teras telah bersedia dan menerbitkan pemulihan kecemasan. Sumber: Helium

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

Helium mempunyai bekalan maksimum sebanyak 223 juta HNT, dengan 83% token berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~31.1 juta HNT (~14% dari jumlah maksimum bekalan token).

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token HNT.

Tip

Mahu belajar lagi mengenai Helium? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan Helium unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.

Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Helium? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?