PAX Gold, atau PAXG, adalah sejenis aset digital yang disandarkan dengan emas fizikal sebenar. Setiap token PAXG disandarkan sepenuhnya pada satu troy auns emas tulen dan disimpan dalam peti simpanan professional di London. Pemegang mendapat manfaat memiliki emas tanpa perlu menyimpan atau memindahkannya sendiri.
PAXG dibina pada rangkaian Ethereum dan membolehkan sesiapa sahaja untuk memiliki dan memindahkan emas melalui teknologi rantaian blok. Token PAXG dikeluarkan oleh Paxos Trust Company, sebuah institusi kewangan dikawal selia Amerika Syarikat.
Tidak seperti pelaburan emas tradisional yang berkemungkinan mempunyai caj tambahan, PAXG menjadikan emas boleh diakses oleh semua orang yang mempunyai sambungan internet dan dompet kripto.
Bagaimana PAXG berfungsi?
Apabila pengguna membeli PAXG, mereka membeli emas sebenar yang disimpan secara custody. Paxos memastikan setiap token kekal disandarkan secara 1:1 dengan emas fizikal yang diaudit secara berkala. Emas tersebut disimpan dalam peti simpanan yang dikendalikan oleh penjaga amanah seperti Brink’s.
Oleh kerana PAXG beroperasi pada rantaian blok Ethereum, pengguna boleh menyimpan token tersebut pada mana-mana dompet yang sesuai dengan Ethereum. Cara ini menjadikan emas lebih mudah cair dan senang digunakan menerusi pelbagai platform digital.
Apakah kegunaan token PAXG?
Token PAXG membolehkan pengguna untuk melabur dalam emas secara mudah, selamat dan boleh diskalakan. Ia juga boleh digunakan sebagai simpanan nilai, pelindung nilai terhadap inflasi atau sebagai cagaran dalam protokol kewangan desentralisasi. Sesetengah pelabur menggunakan PAXG untuk mempelbagaikan portfolio kripto dengan pendedahan terhadap aset tradisional seperti emas.
Oleh kerana PAXG disandarkan dengan emas fizikal, harga PAXG hampir seiring dengan harga spot emas, menjadikannya representasi digital nilai dunia-nyata yang boleh dipercayai.
Siapa pengasas PAX Gold?
PAX Gold dicipta oleh Paxos Trust Company, sebuah syarikat fintech di New York. Paxos diasaskan bersama dengan Charles Cascarilla, yang berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Paxos Trust Company. Firma tersebut dikenali sebagai syarikat yang membina infrastruktur berasaskan rantaian blok untuk pasaran kewangan dan juga syarikat yang bertanggungjawab bagi aset-aset dikawal selia seperti Pax Dollar (USDP).
Paxos dikawal selia oleh New York State Department of Financial Services, sekaligus memberikan PAXG asas pematuhan yang kukuh.
Insiden keselamatan
Tiada insiden keselamatan pernah dihadapi oleh PAX Gold.
Bekalan token dan konsentrasi
PAXG merupakan token ERC-20 pada rantaian blok Ethereum dengan bekalan maksimum sebanyak 229,000 token setakat Disember 2023. 10 alamat dompet teratas memegang anggaran ~75,300 PAXG (~32.88% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token PAXG.
Tip
Mahu belajar lagi mengenai PAX Gold? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan PAX Gold unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima PAX Gold? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.