Scammer mungkin akan menyamar sebagai pasukan Sokongan Luno untuk memberi tekanan kepada anda supaya memadam fungsi keselamatan platform. Penipuan ini boleh berlaku melalui emel, panggilan telefon atau mesej yang kelihatan sahih. Dalam sesetengah kes, penyamar juga turut menunjukkan sijil pengesahan sebagai ‘bukti’ mereka bekerja di Luno. Matlamat penipuan ini adalah mendapatkan akses ke akaun anda dan membawa keluar mata wang kripto anda, biasanya dengan menggunakan taktik yang nampak sahih jika tidak diteliti.
Banyak emel Luno palsu direka untuk meniru mesej Luno rasmi, untuk menyamar seperti emel sebenar daripada kami. Jika anda dihubungi oleh individu yang mendakwa mereka merupakan kakitangan Luno namun menggunakan alamat emel bukan dari Luno (seperti Gmail, Hotmail atau Yahoo), atau menggunakan domain yang hampir serupa dengan Luno (seperti adalah bukan daripada pasukan Sokongan Luno sebenar dan jangan mempercayai emel tersebut.
Tip
Sentiasa sahkan sebarang komunikasi untuk melindungi aset-aset kripto anda daripada penipuan dan cubaan pencerobohan akaun. Jika anda tidak pasti mengenai sebarang aktiviti mencurigakan, laporkan kepada kami segera pada bila-bila masa.
Bagaimana taktik penipuan ini dijalankan?
Scammer akan menghubungi anda di luar jangkaan dan cuba untuk menekan atau mengelirukan anda supaya membuat tindakan yang akan merisikokan akaun anda, seperti:
- Memadam peranti dipercayai
- Nyah aktif atau memadam fungsi pengesahan dua-faktor (2FA)
- Memadan fungsi kunci laluan
- Berkongsi PIN sekali guna (OTP yang baru dihantar
- Berkongsi PIN telefon
- Mengaktifkan fungsi hantar kripto
Dalam sesetengah kes, scammer boleh menyamar sebagai sokongan daripada Google atau Apple untuk meminta PIN telefon anda.
Waspada!
Anda meletakkan akaun anda dalam risiko besar walaupun hanya memadam satu atau berkongsi maklumat fungsi keselamatan. Risiko pencerobohan akaun menjadi lebih besar jika anda berkongsi/memadam lebih banyak fungsi keselamatan Luno.
Ingat perkara ini
Luno tidak akan menghubungi anda tanpa permintaan sokongan yang masih aktif
Kemungkinan untuk Luno menghubungi anda terlebih dahulu adalah amat rendah, melainkan anda menghubungi kami terlebih dahulu.
- Jika anda menerima panggilan, emel atau mesej mendakwa dari Luno di luar jangkaan anda, sila laporkan segera kepada kami
- Jika anda tidak menghantar sebarang permintaan bantuan, anda sepatutnya tidak menerima sebarang emel sokongan daripada pasukan Sokongan Luno
Apabila Luno memberi panduan kepada anda untuk memadam fungsi keselamatan
Dalam kes yang amat terhad, Luno mungkin akan membantu anda untuk memadam fungsi peranti dipercayai, 2FA atau kunci laluan, namun situasi hanya akan berlaku jika:
- Anda telah menghubungi Luno terlebih dahulu, dan
- Permintaan ini berkaitan terus dengan masalah untuk mengakses akaun anda
Luno tidak akan menghubungi anda luar dari jangkaan dan meminta anda untuk memadam fungsi peranti dipercayai, 2FA atau kunci laluan.
Laporkan segera jika anda menerima sebarang komunikasi yang mendakwa mereka daripada Luno dan meminta anda memadam fungsi-fungsi keselamatan, terutamanya jika anda tidak menghubungi pasukan Sokongan Luno terlebih dahulu.
Luno tidak akan meminta anda untuk mengelakkan dari mengakses akaun anda selama satu tempoh lanjutan. Walaupun sesetengah perubahan keselamatan (seperti memadam fungsi 2FA) mungkin akan mengakibatkan sedikit kelewatan, anda masih akan mendapat akses penuh dah boleh menggunakan akaun anda seperti biasa.
Luno tidak akan meminta anda berkongsi kod keselamatan
Luno tidak akan meminta anda untuk berkongsi perkara berikut:
- Kata laluan
- PIN sekali guna (OTP)
- PIN telefon anda
- Kod 2FA
Permintaan ini bukan dari Luno jika anda menerimanya.
Penyamar mungkin meminta anda untuk mengaktifkan fungsi hantar kripto
Scammer sering meminta pelanggan untuk mengaktifkan fungsi hantar kripto. Ini merupakan taktik yang selalu digunakan dan perlu dilihat sebagai petunjuk amaran serius.
Kami amat mengesyorkan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan.
Luno tidak akan meminta anda untuk mengaktifkan fungsi hantar untuk keselamatan akaun.
Google dan Apple tidak akan meminta PIN telefon anda
Google dan Apple tidak akan meminta:
- PIN telefon
- Kata laluan
- OTP
- Kod 2FA
Taktik ini merupakan percubaan penipuan walaupun permintaan ini kelihatan rasmi.