Bagaimana untuk menutup akaun saya?

Untuk menutup akaun Luno anda, sila lakukan permintaan terus melalui aplikasi Luno atau dengan melengkapkan borang permohonan di bawah. Kami akan memulakan proses penutupan akaun dengan segera selepas kami menerima notifikasi permohonan anda.

Nota

Adakah perkara-perkara di bawah terpakai dengan situasi anda? Semak jika situasi di bawah berkenaan dengan anda:

Sebelum anda teruskan…

Untuk melancarkan proses penutupan akaun, sila pastikan perkara-perkara berikut:

Telah membatalkan semua pembayaran akan datang

Semua pesanan debit, pindahan bank berjadual atau belian ulang perlu dibatalkan segera. Pastikan anda turut memaklumkan pihak-pihak berkenaan agar mereka tidak lagi menghantar kripto ke dompet Luno anda.

Kosongkan baki dompet anda jika melebih $10

Anda perlu mengosongkan akaun Luno anda, sama ada anda mengeluarkan dana ke akaun bank yang didaftarkan di atas nama anda atau hantar baki kripto anda ke platform mata wang kripto lain.

Jika jumlah baki dompet kurang dari $10, Luno akan menuntut baki ini sebagai caj pemprosesan kami.

Jangan gunakan akaun anda selama 30 hari

Selepas anda menyelesaikan langkah-langkah di atas, elak dari membuat sebarang transaksi sekurang-kurangnya selama 30 hari. Perkara ini perlu dilakukan seperti yang dinyatakan dalam Syarat Penggunaan untuk memastikan anda dilindungi dari kerugian.

Bagaimana untuk mengeluarkan dana dari dompet Luno anda

Tip

Setiap negara menawarkan produk yang berbeza. Sila abaikan sebarang pilihan di bawah jika tidak tersedia untuk anda.

 Bagaimana untuk menarik Stake kripto anda

Jika anda mempunyai kripto yang dijadikan Stake, baki Stake positif akan dipaparkan pada skrin Portfolio anda.

Malaysia staking balance

Berikut adalah cara-cara untuk menarik Stake anda:

  1. Tekan bahagian Baki Stake untuk melihat dompet Staking anda
  2. Pilih dompet yang ingin digunakan
  3. Pilih TARIK STAKE
  4. Pilih MAKS pada ruangan Amaun kemudan pilih SETERUSNYA
  5. Pada skrin seterusnya, pilih TARIK STAKE

Selesai. Skrin pengesahan akan dipaparkan untuk anda mengetahui tempoh penarikan Stake anda.

Apabila proses penarikan kripto selesai, anda akan menerima kripto anda kembali ke dompet normal. Sebagai contoh, jika anda menarik balik Stake Ethereum, ETH akan dimasukkan ke dalam dompet ETH anda.

Nota

Tempoh penarikan Stake akan mengambil masa selama beberapa hari untuk kripto anda dipaparkan di dalam dompet kripto normal. Tempoh menunggu ini adalah berdasarkan rantaian blok matawang kripto yang terlibat, dan bukan dari Luno.

Bagaimana untuk jual atau menghantar kripto 

Jika anda mempunyai baki positif dalam mana-mana dompet kripto, ia akan dipaparkan pada bahagian Jumlah kripto. Kembangkan bahagian ini untuk melihat dompet-dompet yang mengandungi kripto.

total crypto balance card

Anda sama ada perlu jual kripto anda untuk matawang tempatan, atau menghantar kripto anda ke dompet luaran.

Nota

Terdapat beberapa keadaan yang Luno mungkin akan menyekat penghantaran kripto atau pengeluaran matawang tempatan. Dalam kes ini, gunakan kaedah yang bersesuaian dengan anda. Sebagai contoh, jika fungsi penghantaran disekat, anda perlu menjual kripto dan mengeluarkan matawang tempatan ke bank anda.

Bagaimana untuk menjual kripto anda

  1. Bagaimana untuk menjual kripto anda
  2. Pilih JUAL
  3. Pilih untuk jual kepada matawang tempatah
  4. Pilih MAKS sebagai amaun yang ingin dijual, kemudian pilih SETERUSNYA
  5. Pada skrin seterusnya, tekan SAHKAN

Ulang pada semua dompet kripto yang mempunyai baki positif.

Bagaimana untuk menghantar kripto

  1. Pastikan anda telah menghidupkan fungsi hantar dengan pergi ke Profil Sekuriti Skrol ke bawah untuk Hantar kripto
  2. Selepas fungsi hantar dihidupkan, pergi ke Portfolio
  3. Pilih dompet pilihan anda
  4. Pilih HANTAR dari ‘quick action bar’ (mungkin di bahagian bawah LAGI)
  5. Tampalkan alamat dompet yang ingin dihantar
  6. Jika undang-undang Travel Rule digunapakai di negara anda, anda akan diminta untuk melengkapkan beberapa soalan
  7. Masukkan amaun yang ingin dihantar, dan pilih SETERUSNYA
  8. Pilih SAHKAN

Tip

Jika anda perlu menghantar satu amaun kripto yang besar ke dompet lain, anda digalakkan untuk membuat ujian penghantaran terlebih dahulu. Cuba hantar satu jumlah yang kecil untuk memastikan transaksi berjaya diterima. Penghantaran kripto tidak boleh dikembalikan dan secara asasnya ia tidak boleh dipulangkan jika terdapat masalah.

Bagaimana untuk mengeluarkan matawang tempatan ke akaun bank anda

Anda boleh mengosongkan baki dompet matawang tempatan anda dengan membuat pengeluaran ke akaun bank disahkan atas nama anda.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran:

  1. Pada skrin Portfolio, buka Dompet MYR anda
  2. Pilih PENGELUARAN dari ‘quick action bar
  3. Pilih akaun bank atau tambahkan maklumat bank baru
  4. Pilih MAKS apabila anda memasukkan jumlah yang ingin dikeluarkan
  5. Semak transaksi dan tekan SAHKAN

Jika berjaya, anda akan dipaparkan dengan skrin pengesahan yang kami sedang memproses pengeluaran anda, berserta jangkaan masa bila wang tersebut akan dipaparkan pada akaun bank anda.

 

Apabila selesai, anda boleh membuat permintaan penutupan akaun.

Pasukan sokongan kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk mengesahkan penutupan akaun.

Sebagai langkah terakhir, sila kongsikan sebab penutupan akaun anda. Maklumbalas ini amatlah dihargai kerana ia memberikan kami gambaran bagaimana untuk menambah baik perkhidmatan kami.


 

Tutup akuan saya

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?