Cardano token on top of a stack of books

Cardano ialah platform rantaian blok proof-of-stake (pembuktian pegangan) dengan matawang kriptonya sendiri yang dipanggil ADA.

Dilancarkan pada September 2017 oleh Charles Hoskinson, pengasas bersama Ethereum, Cardano direka untuk menjadi matawang kripto generasi baru yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh matawang kripto lain:

Apakah masalah yang diselesaikan oleh Cardano?

Masalah 1Transaksi kripto biasanya akan menjadi perlahan dan lebih mahal ketika permintaan tinggi. Matawang kripto patutnya menjadi lebih bagus apabila ramai pengguna, bukan sebaliknya.

Masalah 2: Sesetengah matawang kripto (seperti Bitcoin) menggunakan tenaga yang banyak untuk berfungsi. Matawang kripto perlu berfungsi dengan efisyen supaya lebih mampan untuk jangka masa panjang.

Masalah 3: Matawang kripto tidak sesuai dengan matawang-matawang kripto lain. Untuk maju, matawang yang berbeza perlu berfungsi dengan matawang lain untuk mencipta ekosistem yang lancar dan senang digunakan.

Bagaimana Cardano menyelesaikan masalah ini?

Pasukan Cardano membangunkan sistem menakjubkan dipanggil Ouroboros. Dengan membina teknologi ini daripada matawang kripto sebelumnya (seperti Bitcoin dan Ethereum), dan mengasaskan platform mereka melalui kajian peer-review, pembangun Cardano mencipta rantaian blok yang boleh diskalakan, boleh ditambah baik dan menggunakan kurang kuasa komputer.

Ouroboros menggunakan protokol proof-of-stake yang dicipta khas, berbanding mekanisma konsensus proof-of-work yang memakan masa yang lama dan menggunakan tenaga yang banyak sepertimana Bitcoin.

Bagaimana Cardano berfungsi

Peserta, yang dipanggil validator, menyumbang atau ‘stake’ ADA mereka dengan harapan akan dipilih untuk mengesahkan transaksi blok baru. Validator bagi blok baru ini dipilih secara rawak, tetapi mereka mempunyai peluang yang lebih besar berdasrkan berapa banyak ADA yang disumbangkan. Sistem ini tidak memerlukan komputer berkuasa tinggi yang diperlukan oleh sistem proof-of-work (pembuktian kerja), dimana individu bersaing untuk menyelesaikan soalan perkomputeran yang semakin sukar.

Apa yang menjadikan Ouroboros unik berbanding protokol proof-of-stake lain ialah ia membahagikan rantaian blok Cardano kepada beberapa slot. Slot ini boleh ditugaskan kepada beberapa validator untuk berkongsi beban kerja di antara mereka, dan setiap slot boleh dibahagikan lagi secara infiniti kepada bahagian kecil, jadi tiada individu yang terbeban dengan tugas kerja yang banyak.

Apakah ganjaran bagi validator? Jika mereka mengesahkan transaksi blok dengan betul, mereka mendapat ganjaran ADA yang setara dengan sumbangan mereka. Jika mereka membuat kesilapan, atau mereka cuba untuk melakukan perkara yang jahat, ADA mereka akan menjadi tidak-ADA (mereka akan kehilangan ADA). Pada masa yang sama, sedikit caj transaksi Cardano akan diketepikan pada dana perbendaharaan yang membayar pembangun untuk menambah baik rantaian blok Cardano.

Kesemua usahasama ini menggalakkan pertumbuhan rantaian blok Cardano yang boleh diskala dan mampan, tanpa perlu memberi kesan terhadap kelajuan transaksi atau keselamatan.

Apakah perancangan masa depan Cardano dan ADA?

ADA tidaklah mencuba untuk menjadi ‘one coin that rules them all’.Cardano merancang untuk membina jambatan di antara rantaian-rantaian blok lain untuk membenarkan pertukaran matawang kripto yang berbeza dengan mudah, tanpa perlu ‘orang tengah’. Cardano juga mahu bank juga turut menyertai dengan memberikan pengguna pilihan untuk memasukkan lebih banyak maklumat pada transaksinya, seperti nama pengirim dan penerima.

Walaupun usaha ini masih panjang, Cardano bermatlamat untuk menjadi rantaian blok yang berfungsi dengan rantaian blok lain, dan pada masa yang sama, bekerjasama dengan sistem kewangan tradisional sedia ada.

Insiden keselamatan

Cardano telah mengalami insiden keselamatan berikut:

Pemecahan Rantaian Mainnet (November 2021)

Satu ekploitasi transaksi tidak lengkap dilakukan dengan sengaja terhadap pepijat deserialisasi dorman, menyebabkan nod versi lama dan baharu tidak bersetuju terhadap kesahihan lejar, menyebabkan pemecahan seketika rantaian. Penghasilan blok tidak terhenti dan tiada kehilangan dana. Sumber: Bitfinex Blog Analysis

Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDos) (Jun 2024)

Penyerang membuat cubaan untuk membanjiri rangkaian dengan transaksi spam yang melaksanakan hampir 200 kontrak pintar. Rangkaian kekal beroperasi tanpa masa turun (downtime), dan serangan digagalkan selepas pembangun mengenalpasti kaedah untuk menyah-daftar kelayakan stake penyerang. Sumber: Nasdaq

Pencerobohan akaun X Cardano Foundation (Disember 2024) 

Akaun media sosial rasmi Cardano Foundation telah digodam untuk menghantar maklumat salah mengenai token $ADASOL palsu dan tuntutan mahkamah SEC palsu. Walaupun rantaian blok Cardano tidak pernah diceroboh, insiden ini telah menyebabkan sesetengah pelabur melabur dalam token palsu. Sumber: The Block

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

Cardano mempunyai bekalan maksimum sebanyak 45 billion ADA, dengan 80% token berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~5.08 billion ADA (~11.20% dari jumlah maksimum bekalan token).

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token ADA.

Tip

Mahu belajar lagi mengenai Cardano? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan Cardano unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.

Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Cardano? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?