Avalanche token on a stack of books

Avalanche ialah platform rantaian blok yang menawarkan transaksi berkos rendah dan pantas. Ia mempunyai keupayaan yang sama seperti Ethereum: pembangun boleh menggunakan Avalanche untuk membina aplikasi tidak berpusat (dApps) atau rantaian blok baru. Apa yang membezakan Avalanche daripada Ethereum ialah pendekatan uniknya terhadap Proof of Stake, yang membolehkan transaksi disahkan dengan lebih, lebih pantas.

AVAX ialah token natif bagi rantaian blok Avalanche dan digunakan untuk membayar caj dan juga untuk mengekalkan rangkaian Avalanche melalui staking. Ia juga boleh didagangkan seperti matawang kripto lain.

Bagaimana Avalanche mengesahkan transaksi

Apabila transaksi berlaku pada rantaian blok Avalanche, ia akan disahkan oleh pengesah yang kecil dan rawak – iaitu sekumpulan sukarelawan yang menjadi sebahagian daripada rangkaian Avalanche dengan cara mempertaruhkan (staking) AVAX milik mereka.

Melalui proses yang dipanggil ‘gossiping’ (mengumpat ke tu?), setiap pengesah ini akan menyemak transaksi dengan sekumpulan pengesah rawak lain. Pengesah tersebut akan mengesahkannya dengan pengesah lain, dan lain, dan lain, sehinggalah transaksi tersebut disahkan oleh setiap pengesah dalam rangkaian Avalanche. Satu transaksi tunggal ‘emping salji’ (snowflake) menjadi ‘runtuhan salji’ (avalanche) apabila ia disahkan oleh keseluruhan sistem.

Sama seperti ‘gosip’ dalam dunia nyata, maklumat disebarkan dengan amat pantas ke seluruh rangkaian. Avalanche dilaporkan boleh memproses 4,500 transaksi per saat, dan mempunyai kemuktamadan 2-saat – bermaksud yang ia hanya mengambil masa 2 saat sahaja untuk sebarang transaksi disahkan (dan tidak boleh diterbalikkan) pada rangkaian. Sebagai perbandingan, Ethereum memproses sehingga 30 transaksi per saat dan mengambil masa sehingga 15 minit untuk mencapai kemuktamadan (walaupun kemaskini Ethereum pada masa depan ingin meningkatkan kelajuan ini).

Tidak kiralah berapa banyak pun jumlah pengesah dalam rangkaian, hasil pengesahan akan dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tempoh masa ini menjadikan rangkaian Avalanche sukar diserang: berbanding Bitcoin, penyerang perlu mengambil alih 51% daripada rangkaiannya, tetapi bagi Avalanche, penyerang memerlukan 80% dari pengesah Avalanche untuk mengambil alih rangkaian tersebut.

Sedikit lagi maklumat: rantaian blok dan subnet

Satu lagi perkara menarik mengenai Avalanche ialah ia terdiri daripada tiga jenis rantaian blok:

  1. X-chain - untuk tukaran. Di sinilah tempat bagi aset digital, termasuklah AVAX, dicipta, diuruskan dan ditukarkan untuk aset-aset digital lain

  2. C-chain - untuk mencipta dan menggerakkan kontrak pintar. Avalanche menyokong bahasa pengekodan seperti Ethereum dan ini memudahkan pembangunan kontrak pintar dan dan aplikasi yang sesuai dengan pelbagai rangkaian blok yang berbeza

  3. P-chain - untuk pengurusan platform. Tempat para pengesah diuruskan dan tempat untuk individu atau organisasi boleh mencipta atau menguruskan subnet: rangkaian rantaian blok yang boleh disesuaikan dengan syarat tersendiri

Nota

Jika anda ingin memindahkan AVAX di antara Luno dan platform lain, pastikan anda menggunakan C-Chain. Dompet AVAX anda di Luno hanya bersesuaian dengan transaksi C-Chain sahaja. Anda akan kehilangan kripto anda jika anda memilih rangkaian atau rantaian yang salah.

Subnet ialah satu perkakas hebat dan mempunyai potensi yang amat hebat. Berbanding dari mana-mana organisasi perlu membentuk organisasi mereka semula semata-mata untuk muat dalam rantaian blok yang sedia ada, organisasi ini boleh menggunakan rantaian blok Avalanche dan mencipta rantaian subnet yang boleh disesuaikan dengan keperluan mereka sendiri. Subnet boleh dijadikan sebagai subnet awam atau peribadi dan setiap subnet boleh menggunakan ketiga-tiga jenis rantaian blok Avalanche, sementara rangkaian yang lain terus mengesahkan rantaian blok utama dan subnet-subnet lain.

Avalanche menyediakan peluang untuk syarikat dan pembangun dari pelbagai industri untuk mencipta kontrak pintar tidak berpusat dan dApps, yang dihoskan secara peribadi atau awam – yang disahkan secara selamat oleh keseluruhan rangkaian dengan kepantasan kilat.

Tip

Ingin meneroka lebih banyak matawang kripto? Lawati Pusat Bantuan atau Luno Discover untuk semua yang anda ingin tahu mengenai matawang kripto.

Ingin tahu bagaimana untuk beli, jual or hantar atau terima Semak artikel-artikel ini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda