OP_learn@3x.png

Optimism adalah solusi perskalaan Layer-2 bagi Ethereum yang direka untuk meningkatkan kecekapan dan skalabiliti rangkaian tersebut. Optimism bermatlamat untuk mengurangkan beban data pada rangkaian Ethereum dan mengurangkan kos transaksi, menjadikannya ideal untuk pembinaan platform aplikasi desentralisasi (dApps) dan kewangan desentralisasi (DeFi).

Nota

Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan OP, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima OP.

Bagaimana Optimism berfungsi?

Optimism meningkatkan prestasi Ethereum melalui penggunaan teknologi Optimistic Rollups. Dalam sistem ini, transaksi diproses di luar rangkaian Ethereum utama (dipanggil sebagai “off-chain”). Transaksi-transaksi ini kemudian dikumpulkan dan ringkasan setiap kumpulan akan dihantar semula ke rangkaian utama Ethereum (“on-chain”), dimana semua transaksi dan kontrak pintar direkodkan.

Pendekatan ini mengurangkan amaun data dan beban komputasi yang diperlukan jika diuruskan terus oleh Ethereum – memberikan hasil caj yang rendah dan transaksi dibuat lebih pantas. Sistem ini menganggap semua transaksi adalah sahih melainkan terdapat sebab untuk dianggap sebaliknya – bermaksud transaksi hanya akan disemak jika terdapat pertikaian. Kaedah ini mengekalkan kecekapan rangkaian namun masih mengekalkan keselamatan Ethereum.

Apakah mata wang natif Optimism?

Mata wang natif Optimism adalah OP dan digunakan untuk membayar caj transaksi serta menyertai tadbir urus dalam ekosistem Optimism. Pemegang OP boleh mengundi apa-apa keputusan protokol penting, termasuklah kemaskini dan agihan data. OP juga digunakan untuk melabur dalam kejayaan masa depan ekosistem Optimism.

Siapa pengasas Optimism?

Optimism diasaskan oleh Jinglan Wang dan Kevin Huang, yang bermatlamat untuk menyelesaikan masalah skalabiliti Ethereum dengan memperkenalkan solusi Layer-2 yang efisyen. Projek ini dibangunkan oleh Optimism PBC, sebuah syarikat yang didedikasikan untuk meningkatkan infrastruktur Ethereum melalui teknologi perskalaan inovatif.

Insiden keselamatan

Optimism telah mengalami insiden keselamatan berikut:

Eksploitasi Peruntukan Kecairan Wintermute (Mei 2022) 
Seorang penggodam telah mengeksploitasi kelemahan replay untuk mengakses token OP bernilai 20 juta yang di hantar ke alamat yang salah. Alamat ini disediakan oleh penyedia pasaran Wintermute. Penggodam kemudian memulangkan OP bernilai 17 juta dan mengambil 2 juta sebagai tebusan.
Sumber: The Block

Mainnet Head Terhenti (2024)
Sepanjang 2024, Mainnet OP telah mengalami “unsafe head stalls” dimana penjujukan OP gagal mencipta blok, menyebabkan rangkaian OP terhenti seketika selama beberapa jam. Insiden ini berlaku pada bulan Februrai, April, Mei, Jun, Julai, September dan Disember.
Sumber: Blockworks 

Kelemahan Sistem Fault-Proof (April 2024)
Offchain Labs telah mengenal pasti dua kelemahan dalam Sistem Stack Fault-Proof OP yang berpotensi membenarkan individu jahat memaksa protokol menerima untuk sejarah rantaian tidak sah. Kelemahan ini telah didedahkan secara peribadi dan dipulihkan sebelum pengumuman awam dibuat.
Source: Optimism

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

Optimism mempunyai bekalan maksimum sebanyak ~4.29 billion OP. Setakat 12 Disember 2024 10 alamat dompet teratas memegang anggaran ~2.75 billion OP (~64.10% dari jumlah maksimum bekalan token).

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token OP.

 

Tip

Mahu belajar lagi mengenai Optimism? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan Optimism unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.

Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Optimism? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?