ONDO coin on a stack of books

Ondo menawarkan kepakaran dalam tokenisasi aset dunia nyata (RWA), seperti bon Perbendaharaan AS dan instrumen pendapatan tetap lain agar ianya tersedia dalam pasaran liquid dan desentralisasi.

Nota

Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan ONDO, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima ONDO.

Siapa mencipta Ondo?

Ondo Finance diasaskan oleh Nathan Allman dan Pinku Surana pada tahun 2021 dan kedua-duanya merupakan bekas kakitangan Goldman Sachs. Mereka mendapati wujud ketidakcekapan dalam pasaran tradisional, oleh itu Ondo dilancarkan untuk menawarkan solusi produk kewangan bertaraf institusi pada rantaian blok dalam usaha perkhidmatan ini lebih mudah diakses, bersifat cair dan telus.

Sejak penubuhannya, Ondo Finance telah berkembang pesat, berjaya membuat kerjasama dengan pemain industri kewangan utama, termasuklah Mastercard. Aset yang telah ditokenkan disepadukan pada Multi-Token Network (MTN) milik Mastercard. Syarikat ini terus mengembangkan ekosistemnya dan menawarkan kaedah-kaedah baharu bagi individu dan institusi untuk berinteraksi dengan aset-aset dunia nyata dalam persekitaran desentralisasi.

Bagaimana Ondo berfungsi?

Ondo membolehkan tokenisasi aset-aset dunia nyata (RWA) dan menawarkannya dalam bentuk produk kewangan berasaskan rantaian blok. Ekosistem Ondo dibina pada Rantaian Ondo, rantaian blok Layer-1 dengan konsensus Proof-of-Stake, direka khas untuk aset-aset bertaraf institusi. Infrastruktur Ondo membolehkan pelabur membeli, berdagang dan menguruskan aset-aset ditokenkan dengan selamat serta mematuhi peraturan kewangan.

Melalui platform Ondo, pengguna boleh menyertai pelbagai strategi pelaburan seperti liquidity provisioning, stablecoin yield farming dan dagangan volatiliti. Ondo juga berintegrasi dengan oracle milik Chainlink untuk menyediakan data harga masa-nyata untuk memastikan pelaksanaan dagangan instrumen kewangan yang tepat dan efisyen.

Produk flagship Ondo, OUSG (Dana Perbendaharaan Kerajaan AS Tempoh Singkat), membolehkan pelabur berkelayakan untuk memegang Dana Perbendaharaan AS dalam bentuk token, sekaligus dapat menyediakan kecairan dan akses yang lebih baik berbanding pasaran tradisional. Para pelabur boleh mint dan menebus aset-aset mereka 24/7 tanpa perlu menghadapi cabaran operasi terhad dalam kewangan tradisional.

Apakah mata wang kripto natif bagi Ondo?

Mata wang kripto natif Ondo Chain adalah ONDO, yang memainkan peranan utama dalam ekosistemnya – melancarkan tadbir urus, ganjaran dan sebagai insentif terhadap penyedia kecairan. Sebagai sebahagian model desentralisasi Ondo, para pemegang ONDO mempunyai hak untuk terlibat dalam keputusan tadbir urus seperti pengundian kertas cadangan yang boleh memberi kesan terhadap hala tuju projek, penawaran produk baharu dan pembangunan strategik. Kaedah ini memastikan komuniti mempunyai ‘suara’ pada perkembangan ekosistem Ondo.

Selain dari tadbir urus, ONDO juga digunakan untuk memberi ganjaran kepada peserta dalam ekosistem Ondo. Sebagai contoh, penyedia kecairan menerima ONDO sebagai pampasan kerana menyediakan modal kepada pelbagai kolam pelaburan. Token ONDO direka untuk merancakkan komunikasi aktif dalam ekosistem dalam memastikan pemegang taruh diberikan insentif untuk menyokong perkembangan platform ini.

Selain itu, token ONDO digunakan untuk membayar caj transaksi dalam ekosistem, untuk memastikan platform kekal selamat dan boleh beroperasi.

Insiden keselamatan

Ondo Finance telah mengalami insiden keselamatan berikut:

Pepijat Pelaksanaan Kontrak Pintar (Oktober 2021):
Satu pepijat telah ditemui dalam satu kontrak yang menguruskan peti kolam kecairan SushiSwap ETH/CVX dan ETH/YGG. Pepijat ini telah menyebabkan penukaran (swap) yang besar, namun disebabkan pergerakan harga positif, ralat ini telah menjana keuntungan sebanyak ~120 ETH, yang kemudian diagihkan kepada pengguna secara manual. Sumber: Medium

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

ONDO merupakan token ERC-20 pada rantaian blok Ethereum dengan bekalan maksimum sebanyak 10 billion. Setakat 23 Disember 2024, 10 alamat dompet teratas memegang anggaran ~8.30 billion ONDO (~83% dari jumlah maksimum bekalan token).

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token ONDO.

 

Tip

Mahu belajar lagi mengenai Ondo? Ketahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan Ondo unik dan dapatkan semua berita mata wang kripto terkini di Luno Discover.

Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Ondo? Cari jawapannya di artikel bantuan ini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?