Sukar untuk membuat pilihan pelaburan? Luno menawarkan Bundle untuk membantu anda melabur melalui pembelian koleksi aset dalam satu pembelian tunggal.
Luno menawarkan fungsi Bundle berikut, namun ketersediaan adalah bergantung pada negara anda:
- Fungsi Bundle Luno Large Cap, koleksi aset-aset kripto terbesar dan paling terkemuka
Pembelian Bundle kali pertama
- Log masuk ke akaun Luno anda
- Pilih Beli
- Tekan Bundle
- Pilih Luno Large Cap (LLC)
- Masukkan amaun yang ingin dilaburkan dan pilih SETERUSNYA
- Semak maklumat pada skrin, tanda jika anda menerima Terma & Syarat, kemudian tekan SAHKAN
Berjaya! Pelaburan anda akan ditambahkan pada portfolio bundle anda.
Tambah nilai fungsi Bundle
- Pilih Portfolio
- Skrol ke bawah dan pilih Bundle anda di bahagian Bundle
- Tekan Tambah Nilai
- Pilih cara pembayaran
- Masukkan amaun dan pilih SETERUSNYA
- Semak maklumat transaksi, termasuklah amaun pembelian dan caj yang dikenakan
- Jika anda berpuas hati, terima Terma dan Syarat dan tekan SAHKAN
- Masukkan PIN Luno anda
Pelaburan akan ditambah dalam portfolio Bundle anda.
Menjual sebahagian atau semua Bundle
- Pilih Portfolio
- Skrol ke bawah dan pilih Bundle anda di bahagian Bundle
- Pilih Jual
- Masukkan amaun yang ingin dijual dan tekan SETERUSNYA
- Semak maklumat transaksi, termasuklah amaun jualan dan caj yang dikenakan. Tekan SAHKAN
- Masukkan PIN Luno anda
Berjaya! Anda selesai menjual sebahagian atau keseluruhan Bundle anda.
Tarik Bundle (Hanya tersedia di Malaysia)
Pelanggan di Malaysia boleh memindah keluar matawang kripto dari fungsi Bundle. Sebagai contoh, jika anda ingin mengeluarkan Bitcoin dari fungsi Bundle, anda boleh menarik keluar Bitcoin dan memindahkannya ke dalam dompet Bitcoin transaksi.
Cara-cara:
- Pilih Portfolio
- Pilih Bundle pada bahagian Bundle
- Pilih TARIK BUNDLE dari menu atas, kemudian FAHAM
- Pilih aset kripto yang ingin dikeluarkan dari Bundle
- Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan
Jumlah Bundle yang ditarik akan ditolak caj 1% sebelum dipindahkan ke dompet matawang transaksi biasa. Ulang langkah di atas jika anda ingin mengeluarkan aset kripto lain.
Manfaat membina portfolio dipelbagaikan
Fungsi Bundle adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan jika anda mencari kaedah untuk mempelbagaikan pegangan kripto anda.
Anda boleh membeli sebahagian dari aset-aset kripto terbesar dan terkemuka dalam pasaran kewangan kripto, dengan hanya satu pembelian tunggal. Algoritma Bundle akan menjejak prestasi pasaran modal, agar aset-aset dalam fungsi Bundle anda boleh diseimbangkan.
Tip
Fungsi Bundle adalah seperti anda memiliki sebakul aset, kecuali kandungan bakul tersebut diselaraskan berdasarkan perubahan pasaran. Ketahui lagi mengenai apa itu pengimbangan semula dan bagaimana ia berfungsi.

Soalan Lazim
Apakah perbezaan kombo aset kripto dan fungsi Bundle?
Kombo koin memberikan kemudahan untuk anda membeli beberapa aset kripto dalam satu transaksi, kemudian di simpan dalam setiap dompet kripto masing-masing. Anda boleh membeli lebih dari satu aset pada masa lain atau menjual sebahagian/semuanya secara individu.
Bundle adalah satu kumpulan aset yang telah ditetapkan dan disimpan dalam satu dompet khas, serta melalui proses pengimbangan semula secara automatik setiap suku tahun.
Apakah caj-caj yang dikenakan?
Luno mengenakan caj beli, penjejakan, tambah nilai dan jual bagi fungsi Bundle. Caj penjejakan dibayar setiap suku tahun, manakala caj-caj lain dibayar ketika transaksi dibuat.
Nota
Baca artikel ini mengenai pecahan caj yang dikenakan pada fungsi Bundle.
Apa itu pengimbangan semula?
Apabila nilai koin-koin dalam Bundle anda mengalami pengurangan atau kenaikan, kami akan mengimbangkan semula Bundle anda pada setiap suku tahun dengan menambah koin berprestasi tinggi dan mengeluarkan koin-koin berprestasi rendah, jika perlu. Proses pengimbangan semula mengelakkan nilai Bundle anda dari terikat dengan satu koin yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan memastikan pendedahan anda terhadap risiko dapat dikurangkan. Baca lagi mengenai proses pengimbangan semula dan bagaimana ia berfungsi.
Bila proses pengimbangan semula dijalankan?
Proses pengimbangan semula akan dilakukan pada hari kedua bekerja pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.
Adakah saya boleh menjejak prestasi Bundle saya?
Ya, anda boleh. Semak prestasi Bundle anda dengan pergi ke Portfolio, kemudian skrol ke bahagian Bundle dan pilih dompet Bundle yang ingin disemak.
Tip
Semak artikel ini untuk mengetahui bagaimana untuk menyemak prestasi Bundle anda.
Adakah terdapat implikasi cukai?
Ya. Pembelian aset-aset asas, pengimbangan semula, penjualan atau pembentukan semula aset-aset Bundle boleh menyebabkan implikasi cukai.
Nota
Kami mengesyorkan anda untuk berunding dengan penasihat cukai diiktiraf untuk mengetahui lebih lanjut mengenai potensi implikasi cukai apabila anda melabur dalam fungsi Bundle.