Panduan menggunakan aplikasi Luno

Two phones with Lunas homepage

Sudah selesai mendaftar dan bersedia untuk mulakan pengembaraan anda? Selamat datang ke Luno! Aplikasi ini mengandungi semua fungsi yang anda perlukan dalam membantu anda sepanjang pengembaraan anda dalam dunia kripto. Mari mulakan!  

 

Skrin utama anda tempat permulaan yang pertama. Dengan sekali pandang, anda akan boleh melihat secara komprehensif bagaimana matawang kripto kegemaran anda sedang beraksi, beli koin kripto yang anda berminat, cipta Penggera Harga dan dapatkan akses mudah ke Luno Exchange.

Luno Home screen in Malaysia

Bagaimana untuk memaparkan harga koin berbeza 

Setiap ikon di bawah graf mewakili koin yang boleh dibeli atau dijual pada aplikasi Luno. Secara lalai, anda akan mempunyai Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) pada skrin utama.

Maklumat harga bagi setiap koin akan dipaparkan apabila anda menekan setiap ikon koin. Anda juga akan melihat pilihan untuk membelinya dengan memilih amaun yang diinginkan dan kemudian tekan butang BELI .

Nota

Sebelum anda melakukan pembelian pertama, anda perlu mengesahkan identiti dan membuat deposit ke dompet anda. Ikuti panduan ini untuk mulakan.

Untuk melihat harga lepas, gunakan kursor gelongsor atau pilih titik yang spesifik pada graf. Jika anda mahu menukar bingkai masa, tekan anak panah ke bawah pada bahagian bawah harga.

Bagaimana untuk menetapkan penggera harga atau tukar ke paparan Exchange

Tekan tiga titik pada sudut atas kiri untuk melihat harga satu unit koin yang anda pilih dalam USD. Menu ini juga adalah titik akses untuk menetapkan Penggera Harga dan tukar ke skrin/platform Luno Exchange.

Tip

Ikut panduan langkah demi langkah kami untuk menetapkan penggera harga pertama anda. Ketahui lagi bagaimana untuk menggunakan Luno Exchange.

Dunia kripto sentiasa berubah dan sentiasa mempunyai sesuatu untuk dipelajari. Dengan banyaknya sumber dan pendapat di sekeliling kita, perjalanan pertama mungkin sukar untuk dimulakan dengan siapa yang boleh dipercayai, dari mana boleh dipelajari. Luno berusaha untuk memastikan semua maklumat jelas dan mudah diakses oleh anda.

Ingin mempelajari dan mahu sentiasa ‘up to date’ dengan apa yang berlaku pada dunia kripto? Halaman Explore ialah tempat yang paling sesuai untuk menambah pengetahuan anda.

Luno Explore screen in Malaysia

Di sini anda boleh mendapatkan berita terbaru, kemaskini produk, akses ke beberapa artikel bantuan dan portal pembelajaran kami dengan hanya menekan seksyen yang berkaitan pada bahagian atas skrin anda.

Skrin ini memberikan paparan semua dompet anda dan bakinya – asasnya, di sinilah wang anda diletakkan.

Pada bahagian atas skrin, anda boleh melihat Nilai Dompet Terkumpul dipaparkan dalam matawang fiat tempatan. Nilai ini dikira dengan mengumpul semua jumlah nilai dompet individu anda - fiat dan kripto - berdasarkan nilai semasa tukaran.

Luno Wallets screen in Malaysia

Ikon up/down arrow pada bahagian kanan menghubungkan anda ke skrin untung dan rugi. Anda boleh melihat jumlah keuntunguan dan kerugian yang dihasilkan dalam satu tempoh masa yang disetkan.

Tip

Ketahui bagaimana keuntungan dan kerugian anda dikira, bagaimana ‘Wang masuk’ dikiraWang keluar’’, dan bagaimana baki anda berubah mengikut keadaan semasa.

Bersedia untuk membuat urusniaga? Pilih BELI untuk membuat belian pertama anda. Anda kemudian akan dipaparkan dengan senarai kripto yang boleh dibeli.

Ingin melebarkan lagi portfolio anda? Pilih Cipta dompet kripto dan pilih matawang kripto yang ingin ditambah. Setiap paparan dompet mempunyai pilihan yang sama untuk beli, jual, hantar dan terima.

Bitcoin percuma? Luno memberikan ganjaran kepada anda jika anda merujuk kepada rakan dan keluarga.

Pilih JEMPUT RAKAN untuk berkongsi pautan rujukan unik melalui sosial media atau terus kepada rakan. Curiga bagaimana ia berfungsi? Pilih BAGAIMANA IA BERFUNGSI akan menerangkan bagaimana ganjaran berfungsi supaya anda boleh mula mendapatkan ganjaran.

Luno Rewards screen in Malaysia.gif

Bersedia untuk ‘level up’? Luno juga menghargai kesetiaan anda bersama kami. Anda boleh meningkatkan ganjaran Bitcoin apabila anda mengajak rakan dan keluarga dengan mengekalkan bulan aktif di Luno. Pilih TAHAP GANJARAN untuk melihat tahap semasa dan berapa banyak yang anda akan terima bagi setiap rujukan.

Jika anda bernasib baik memiliki kod promo atau anda telah dirujuk oleh seorang rakan, pilih Masukkan kod pada sudut kanan atas untuk memasukkannya.

Skrin profil ialah pusat kawalan anda dan skrin ini memudahkan anda untuk mengemaskini maklumat akaun, tukar kesukaan anda, dan mengawal apa yang anda mahukan di Luno. Notifikasi akan dipaparkan pada bahagian atas skrin. Notifikasi ini akan dipaparkan apabila terdapat sebarang aktiviti pada akaun anda, termasuklah log masuk dan transaksi.

Luno Profile screen in Malaysia

Mari semak dengan lebih dalam pada setiap seksyen untuk pelajari lebih lanjut.

Keselamatan

Kami amat mengutamakan keselamatan dan fungsi-fungsi yang memastikan matawang kripto anda selamat. Buat perubahan cara anda untuk log masuk ke akaun anda dan lindungi transaksi anda di seksyen ini.

Anda boleh tukar kata laluan anda, aktif atau nyahaktifkan 2FA, setkan ouch ID dan fungsi kunci aplikasi, dan juga uruskan peranti.

Tip

Untuk keselamatan tambahan, kami galakkan anda untuk kekalkan fungsi hantar matawang kripto dinyahaktifkan kerana penghantaran kripto tidak boleh dipulangkan dan anda tidak boleh mendapatkan wang anda semula jika anda menghantar ke alamat yang salah.

Dapatkan lebih tips untuk pastikan keselamatan wang anda.

Tetapan

Di sini anda mengawal dan melaraskan keutamaan peribadi dan maklumat akaun anda. Anda boleh menukar nama, emel dan nombor telefon atau menukar negara, bahasa dan keutamaan komunikasi yang sesuai dengan keperluan anda.

Anda juga boleh memaparkan tahap pengesahan dan uruskan keutamaan Luno Exchange anda.

Luno Labs membolehkan anda mencuba fungsi-fungsi baru sebelum ia dilancarkan kepada pelanggan lain. Anda cuma perlu mengaktifkan Luno labs untuk menyertai komunti ini.

Tip

Kami sentiasa mengeluarkan fungsi baru! Mahu menjadi yang pertama dalam menggunakan fungsi tersebut? Ketahui bagaimana anda boleh menjadi salah seorang ahli komuniti Luno Labs kami.

Nota

Di sesetengah negara yang disokong, terdapat tahap akaun yang berbeza dengan had deposit dan pengeluaran yang dikenakan bagi setiap tahap. Anda boleh semak jika negara anda mempunyai tahap akaun di sini.

Bantuan

Menghadapi masalah? Kami sedia membantu. Cari semua jawapan bagi soalan anda di sini. Kami telah mencipta satu direktori komprehensif yang mengandungi semua maklumat penting untuk membantu anda dalam selok belok dunia kripto.

Pusat Bantuan kami diaturkan kepada beberapa kategori agar pencarian jawapan boleh dibuat dengan semudah mungkin. Semak seksyen ini dengan skrol kebawah dan pilih topik yang berkaitan dengan permasalahan anda atau sebarang maklumat yang anda sedang cari.

Anda juga boleh melaporkan aktiviti mencurigakan dengan terus pergi ke bawah halaman, tekan LAPOR AKTIVITI MENCURIGAKAN dan pilih sebab yang relevan dengan anda.

Penggera Harga

Berminat dengan prestasi sesuatu koin? Tetapkan penggera harga agar anda dapat menjejaki perubahan nilai koin yang anda berminat.

Anda boleh mencipta penggera yang akan memberitahu sebarang perubahan harga satu unit koin. Pilih nilai dalam matawang tempatan dan tetapkan bagaimana anda ingin diberitahu – sama ada apabila nilainya kurang atau lebih daripada amaun tertentu, dan juga berapa kerap anda akan menerima notifikasi.

Tip

Untuk menikmati fungsi penggera harga yang secara maksimum, anda perlu menghidupkan fungsi notifikasi pada aplikasi Luno.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda